#47 - Why?

1.6K 191 6
                                    

"Hah?! Taehyung, Jimin dan Jungkook hilang?!" Soo Hoon menepuk pemegang sofa dengan kuat secara mengejut.

Terlompat Hoseok hingga terpeluk Namjoon. Seokjin mengangguk sambil melekapkan kedua-dua tapak tangannya.

"Nae, Jungkook dah seminggu lebih kami tak dapat hubungi dia. Taehyung dengan Jimin pulak, baru beberapa hari hilangkan diri. Kami cadang nak pergi ke Busan, tapi..kami rasa elok kami jumpa appa dulu." Jelas Seokjin kembali menegakkan badan.

Soo Hoon kembali bersandar di sofa. Nafas panjang dia hela. Dia kemudiannya merenung sesuatu yang tak dapat dijangka sesiapa.

"Appa boleh tolong kami carikan diorang?"

"Boleh tu boleh. Appa akan hantarkan orang bawahan appa untuk tolong cari mereka bertiga. Sebelum tu, mana Yoongi? Tak datang ke?" Baru Soo Hoon perasan, hanya ada Hoseok dan Namjoon.

"Tak. Dia ada kerja katanya. Jadi dia tak boleh datang." Hoseok dan Namjoon mengangguk. Soo Hoon mengusap-ngusap dagunya.

"Macam mana ni appa?" Seokjin mendesak lagi. Soo Hoon memandang Seokjin.

"Macam ni lah, memandangkan sekarang dah lewat malam, kamu bertiga tidurlah dulu dekat sini. Kita akan cuba cari diorang besok." Soo Hoon mengambil kata putus.

Mereka semua berdiri, bersedia untuk bersurai. "Thanks appa." Seokjin menunduk. Begitu juga dua lelaki lain.

"Haish, takde apa-apalah. Mereka pun macam anak appa dah.." Soo Hoon tersenyum.

"Dah lah, kamu semua pergilah tidur dulu. Ada banyak bilik kosong kat atas. Kamu pergilah pilih bilik yang kamu nak. Tidur awal, besok kena bangun awal." Soo Hoon tersenyum sebelum berdiri.

"Okay, thanks appa." Soo Hoon tersenyum sebelum masuk ke dalam biliknya yang berada di tingkat satu.

Namjoon kembali duduk dan memandang Seokjin. Dia menarik nafas puas sambil memandang sekeliling. Rumah yang mewah dihiasi perabot dan perhiasan mahal.

"Not badlah. Dia kaya. Hebat." Puji Namjoon.

"Betoi! Untunglah hyung, kecik-kecik dah jadi orang hebat." Hoseok mengusik sebelum mereka sama-sama berkongsi tawa.

"Tak best jugak kalau sorang-sorang. Ada korang, baru perfect hidup aku.." Seokjin tersengih di luar, tapi dalam..

'Kalaulah korang tahu kisah sebenar aku..'

"Tapi, tak apa ke biarkan Yoongi sorang-sorang kat rumah?" Mereka berdua memandang Hoseok.

"Aku rasa okaylah kot. Try kau call rumah." Cadang Namjoon. Hoseok mengeluarkan telefon bimbitnya.

Dia mendail nombor telefon rumah Seokjin. Kemudian, telefon itu dilekapkan di telinga. Mereka diam sebentar menunggu panggilan diangkat. Tapi, Hoseok kembali menjauhkan telefon itu dari telinganya. Dia menggeleng.

"Alah, mungkin dia kerja lagi kot." Namjoon berkerut dahi cuba berpositif miskipun ada sedikit rasa risau terbit di hatinya.

"Pukul 1 pagi?" Hoseok meningkah, mempersoalkan keadaan Yoongi.

"Alah, tak pun dia keluar makan?" Seokjin mencelah.

"Kann. Eh, kau dah cuba call telefon dia?"

"Belum lagi." Hoseok mencari-cari nombor telefon Yoongi di dalam phone listnya.

"Kita bertaruh. Siapa kalah, buat kerja rumah selama seminggu." Seokjin tahu cara nak memeriahkan keadaan.

"Okay! Cun! Aku pilih Yoongi dalam masalah." Hoseok membuat pilihan penuh confident.

"Aku pulak, Yoongi tengah tidur." Namjoon menepuk dada.

"Fine, aku Yoongi tengah makan kat luar." Mereka saling ketawa.

Kemudian, Hoseok melekapkan telefon itu di telinga. Setelah beberapa saat menunggu,

"Hello?"

"Hah! Yoongi ah, kau kat mana ni? Kenapa aku telefon rumah kau tak angkat?"

Semua orang sudah berharap agar jawapan itu berpihak kepada diri masing-masing.

"Rileks beb. Aku kat luar ni. Erk..t-tengah makan. Hah! Aku tengah makan. Kenapa?"

Hoseok pandang Seokjin yang sudah beraya sakan. Dia memusingkan bola mata tanda menyampah.

"Okay ke kat rumah? Ada masalah?"

"Aku okaylah."

"Herm, okaylah. Kalau diorang balik, call kitaorang. Nanti kitaorang balik." Panggilan dimatikan sejurus mendapat maklum balas dari Yoongi.

"Okay, aku menang. Korang berdua kena buat apa yang aku suruh okay dalam masa seminggu, bermula besok." Seokjin tersengih.

"Okay fine!" Hoseok meletakkan kedua-dua tangan di bahu sambil membuat wajah gaya mengejek.

Sebelum lari apabila ternampak Seokjin bangun dan mula mahu menyepaknya.

"Hyung, tak nak tidur lagi ke? Besok kita kena bangun awal sebab nak kena pergi cari tiga makhluk tu." Celah Namjoon menghentikan mereka berdua.

"Ha'alah..jomlah." Mereka bertiga naik ke atas.

•  •  •

Belakang Seokjin bertemu dengan dinding putih luar bilik Soo Hoon. Air mata kanannya perlahan-lahan tumpah membasahi pipi.

"Kenapa...kenapa...kenapa..." Ucap Seokjin bernada sebak tapi perlahan.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Dinding menjadi pembantu untuk dia terus berjalan.

Kenapa semua jadi macam ni?

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now