#51 - Nice To Meet You

1.4K 205 9
                                    

"Haih...penatnya."

Min Yoon Seok melangkah masuk ke dalam rumah. Beg plastik yang sarat dengan makanan diletak di atas meja. Dia mengeliat seketika sebelum menghidupkan lampu ruang tamu.

"Selamat pulang.."

Yoon Seok laju menoleh ke belakang setelah dikejutkan dengan sapaan Yoongi.

"Hah! Siapa?!" Jerkah Yoon Seok memandang ke arah suara itu.

Yoongi tergelak sinis. Perlahan-lahan dia angkat kepala. Dia memandang Yoon Seok dengan mata kiri memandangkan mata kanannya ditutupi rambut putihnya.

"Kau..kau.." Yoongi dapat membaca riak wajah Yoon Seok yang sudah mula pucat.

"Ya...ni aku. Min Yoongi, hyung kepada Min Woozi. Manusia yang kau bunuh dulu!!" Yoongi perlahan-lahan bangun. Wajahnya masih tertunduk.

"Kau...kau...macam mana kau boleh hidup?!" Tergetar-getar Yoon Seok menunding jari ke arah Yoongi.

"Kau ingat aku budak kecil aku tak tahu cari makan? Kau buang aku macam anjing kau ingat aku akan mati macam mana kau harapkan? Hahaha!" Yoongi ketawa.

"L-Lepaskan aku! Apa kau nak buat dengan aku?!!" Tingkah Yoon Seok sedikit gementar. Dia berundur hingga belakangnya terkena dinding.

"Aku nak kau rasa balik apa yang Woozi dan aku rasa dulu!!" Yoongi meluru ke arah lelaki itu dan terus menghunuskan pisaunya.

"Mianhae!!" Yoon Seok menutup mata. Air matanya mengalir dan rasa kesalnya mula menyelubungi hati.

"Hah...hah...hah.." Dia kembali membuka mata setelah terasa ada desahan berat di tepi telinga kirinya.

Yoongi. Dadanya berombak pantas. Pisau...pisau tu..

Yoon Seok pandang ke atas di sebelah kiri. Pisau itu terlekat di pintu kayu. Yoongi tak membunuhnya. Air mata Yoongi mengalir menitis ke bahu Yoon Seok.

"Kenapa..kenapa.." Soal Yoongi dalam keadaan tergetar-getar.

"Kenapaaa!!!!" Jerit Yoongi sambil menutup mata. Tanda dia betul-betul marah saat ini.

Tiba-tiba, kolar baju Yoon Seok direntapnya. Wajah mereka saling bertemu. Yoongi masih bernafas berat dan merenung tajam dalam mata hitam Yoon Seok.

"Kau ingat, aku tak halakan pisau ni dekat kau aku akan lepaskan kau?" Yoongi menarik kembali pisau itu dan dihala ke arah leher Yoon Seok.

"Sekarang..bagitau aku. Kat mana kau sembunyikan Woozi.." Yoongi menolak Yoon Seok lebih kuat ke pintu kayu dan mengeratkan lagi cengkaman leher lelaki itu.

"A-Aku tak tahu.." Lelaki itu berpaling wajah ke kanan.

Yoongi berdecit. Dia melepaskan cengkaman itu dan berundur setapak ke belakang. Yoongi tergelak.

"Sejauh ni aku datang untuk cari kau. Kau tak tahu? Sia-sia aku ke sini.." Yoongi menurunkan pisau itu.

Yoon Seok memegang leher yang terasa sedikit sakit.

"Kau ingat aku bodoh ke nak percaya?!!!" Sekali lagi Yoongi menyerang secara mengejut. Terkejut Yoon Seok terundur sekali lagi ke belakang.

"Aku tak kira!! Bagitahu aku kat mana kau tanam Woozi!!!" Yoongi macam lelaki yang sudah hilang akal.

Hujung pisau mula bertemu dengan kulit leher Yoon Seok. Yoon Seok menelan air liur.

"Kau nak rasa ke sakit yang Woozi dan aku pernah rasa dulu?" Yoongi mula menekan pisau itu. Garisan putih menandakan epidermis lehernya kian terputus.

Ingin sahaja dia menghentam tangannya. Tapi, pinggangnya tiba-tiba dipeluk sesuatu.

"Hyung.." Yoongi terkejut setelah ditegur seseorang. Wo-Woozi?!

"Hyung..polis dalam perjalanan ke sini. Biar diorang yang uruskan aku. Sekarang, kau kena pergi ke Busan dan cari Jimin." Woozi berkeras secara tiba-tiba. Yoongi terpinga-pinga dan aneh dengan soalan itu.

"T-Tapi.." Wajah kecil mulus Woozi dia tatap berkaca-kaca.

"Tolong wei..tolong dengar cakap aku kalau kau betul-betul sayangkan aku. Please..aku akan bagitahu kedudukan Jimin nanti.." Perlahan-lahan Woozi memeluk Yoongi sebelum hilang bagaikan asap.

Yoongi diam sekejap, dia menundukkan kepala, menangis. Dia tak tahu semua ni mimpi atau petunjuk.

Tapi bahu Yoon Seok masih dicengkam kemas. Pisau tadi turut tidak beralih tempat.

"Arghh!!" Yoongi mengambil kata putus dan terus menjulang pisaunya ke atas. Sebelum turun dan mengelar..

Tangannya sendiri. Yoongi melepaskan cengkamannya dan berundur ke belakang. Yoon Seok terduduk masih terkejut dengan apa yang berlaku. Pisau yang tergenggam di tangan terlepas ke lantai. Dia memandang kosong wajah Yoon Seok.

"Sekarang kau bagitahu aku...kat mana kau tanam mayat Woozi.." Yoongi menyoal serius.

"B-Belakang r-rumah kita...bawah pokok besar...." Akhirnya, Yoon Seok memberi jawapan.

Yoongi menggenggam tangannya. Dia masih geram dan marah. Air matanya mengalir dibiarkan jatuh tak diusik.

"Encik! Buka pintu ini encik!" Kedengaran pintu diketuk bertalu-talu.

Yoon Seok berundur dan membiarkan pintu itu terbuka dengan sendiri. Pihak polis terkejut melihat keadaan rumah Yoon Seok.

Yoongi berjalan ke arah polis.

"Tolong gali tanah kat bawah pokok kat belakang rumah ni. Ini nombor telefon saya. Dan, tangkap dia atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki."

"A-Awak cedera ni. Saya akan hantar ke hospital. Dan, saya perlu ambil keterangan awak!" Pegawai polis itu mencapai nota dan pennya.

"Encik! Encik!!" Pegawai itu tercari-cari Yoongi yang sudah hilang dari pandangan.

"M-Manusia ke hantu tadi ni.." Pegawai itu menggaru kepala sebelum membantu rakan sekerjanya membawa masuk Yoon Seok ke dalam kereta polis.

Yoongi berlari pantas ke stesen bas Daegu. Busan, tujuan utamanya sekarang. Dari gaya Woozi berkata-kata, Jimin macam dalam bahaya.

Kenapa..apa dah berlaku pada dia?

Min, andai kau boleh dengar apa isi hati aku sekarang, aku mohon..what ever yang berlaku pada kau, tolonglah jangan tinggalkan aku lagi...please bertahan...

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now