"Dah aku nak masuk tidur. Besok aku kena kerja pulak.Nanti korang kemas okay. Besok kalau aku bangun, bawah ni bersepah, aku terajang korang sekor-sekor keluar tingkap." Seokjin mengeliat.
"K.." Itu sahaja jawapan Jimin. Jawab pun tanpa menoleh.
"K? Aku beleter panjang-panjang ni kau jawab K? Eh K kepala timun kau la!" Seokjin meluku kepala Jimin.
"Ah! Ish, sakitlah jilak-" Jimin menghentikan ayat. Dia memandang Seokjin yang sudah memanjangkan leher.
"Ha! ha! Hah! Aku siapa dengan kau?"
Jimin mendengus geram.
"Eii...baiklah hyung ku sayang intan payung yang aku menyampah.."
Mereka yang lain ketawa kecil dan tersengih melihat gelagat dua lelaki itu.
"Bagus..seronok rupanya jadi hyung ni.." Seokjin ketawa macam orang gila lalu meninggalkan mereka berenam dan terus masuk ke dalam bilik di tingkat dua.
"Apalah dosa aku kat dia.." Jimin mencebik lalu kembali baring di paha Yoongi yang sudah tertidur.
"Mak aih, macam serombong kapal perang versi ke-21.." Jimin memandang Namjoon yang turut tertidur di sebelah Jungkook.
Mulutnya ternganga bagai mahu mempelawa lipas masuk. Tak dapat dibayangkan jika perkara itu terjadi.
"Korang cuba bayang. Letak orang tengah memancing kat tepi mulut dia. Bahahahah!!" Kalau Namjoon sedar ketika itu, pastinya empat orang lelaki itu sudah mati dipijaknya.
Mereka mula berimaginasi sesama sendiri. Serombong kapal la, ikan melompat masuk la, orang memancing la, cicak jatuh dari atas la.
Tak lama itu, mereka semua kembali melekapkan pandangan ke kaca televisyen yang memaparkan movie bertajuk Train To Busan.
"Huhuhu.." Jungkook, Taehyung dan Jimin yang masih berjaga mula cuak.
Siapa pulak yang menangis ni. Jimin pantas bangun dari pembaringannya. Lengan Yoongi dia peluk. Taehyung pula masih steady dengan muka selamba. Manakala Jungkook menoleh ke sini sana.
"Huhuhu.." Mendayu-dayu suara itu menangis. Mereka bertiga saling berpandangan.
"Kau dengar tak apa yang aku dengar?" Jimin menyoal. Jungkook dan Taehyung mengangguk.
Agak-agak ah. Dalam gelap, pukul 2 pagi, tiba-tiba je dengar bunyi orang menangis.
"Huhuhu...kenapa hero mesti mati?" Mereka semua tersentak. Eh, lain macam je hantu ni menangis.
Laju pandangan dialihkan kepada Hoseok yang sedang menangis.
"Lah! Kau ni kenapa Hope?! Menangis tak tentu pasal. Kitaorang ingatkan hantu mana hilang anak.." Taehyung meningkah.
"Huuu...cerita ni sedih ah! Tengok, ayah dia mati. Bestlah cerita Train To Busan ni.." Jimin tercegang. Dia kembali mengamati skrin televisyen.
Fikirannya kembali ke episod ingatan 17 tahun lalu. Saat eommanya dihentak oleh lelaki yang bertopengkan syaitan. Hati Jimin bergetar apabila teringatkan wajah eommanya. Dan dendamnya membara kembali saat wajah lelaki tua tu hadir dengan senyuman jahatnya. Jimin bangun. Dan semua mata tertoleh ke arahnya.
"A-Aku nak naik bilik.." Tergetar-getar suara Jimin cuba menahan sebak.
"Hurm, okay. Ajak Suga sekali. Dah teruk sangat dia tidur tu.." Tegur Jungkook menjuihkan mulutnya.
Dan Jimin sekadar mengangguk.
"S-Suga..bangun.." Jimin mencuit-cuit bahu Yoongi. Tak lama itu, terpisat-pisat Yoongi bangun.
Yoongi sudah bermata merah. Ar liur separuh basi dilap dengan baju lengan. Lena sangat dia tidur tadi.
"Dah, jom masuk bilik. Tidur kat sini tak selesa.." Jimin menarik tangan Yoongi dan Yoongi sekadar bergerak malas.
"K-Korang kemas nanti eh.." Tanpa mendapat balasan orang lain terlebih dahulu, dia terus naik ke atas bersama Yoongi yang masih mamai.
Jungkook, Taehyung dan Hoseok saling berpandangan. Mereka berkerut dahi.
"Kenapa dengan dia tu?" Orang pertama yang menyoal, Taehyung.
"Entahlah. Korang perasan tak mata dia merah?"
"Kau jangan takutkan aku!" Hoseok sudah mula perangainya. Lengan Namjoon dipeluk mengejut dan akhirnya, dia menerima tamparan dari lelaki itu sendiri.
"Bukanlah! Maksud aku..dia menangis..." Rendah suara Jungkook.
Mereka semua pandang ke arah atas, di mana bilik mereka serta Jimin berada.
"Erk, dia menangis tengok cerita Train To Busan kot. Hah, tahu pun sedih.." Hoseok mencebik dan mereka ketawa terbahak-bahak.
Di dalam bilik, Yoongi sudah terlena di katilnya. Jimin pula sudah baring secara mengiring dengan membelakangi Yoongi. Bahunya terhinjut dan matanya merah berkaca.
"Eomma..Jimin janji..Jimin tuntut balik hak eomma.." Jimin menutup mata sebelum lena dibuai mimpi.
Saat dia menutup mata, dua cecair jernih mengalir turun dari matanya dan menitis di katil bercadar putih itu.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...