Kepala aku berdesing. Dan seperti berbalut. Tapi, aku rasa selesa. Aku bagai tidur di atas awan. Lembut. Tapi, aku rasa diperhatikan. Aku buka mata aku.
Aku lihat Namjoon dan lelaki berambut hitam berkot putih sedang tersenyum melihat aku. Eh kejap, ni bukan mamat kuning tu ke?!
Aku menggelupur kejap sebab terkejut.
"Woi woi! Runtuh katil ni!" Namjoon memaut bahu aku.
Mata aku terbuntang dan terarah pada lelaki itu. Tapi, dia hanya senyum. Dia dah lupa ke aku ni pernah nak bunuh dia?
"Kau okay?" Namjoon soal. Eh orang tua ni. Dah tau yang aku terbaring macam sotong bakar ni dia boleh tanya okay ke tak.
Sebelum aku menjawab, aku pandang sekeliling.
"Kau kat hospital." Lelaki berambut hitam yang aku agak doktor itu jawab soalan yang baru sahaja aku fikir untuk menyoal. Aku angguk sahaja.
"Kau macam mana? Sakit lagi tak?" Aku tak jawab soalannya tadi, jadi dia terus bertanya.
"P-Pening.." Aku jawab, perlahan. Sebab aku tak percayakan dia.
"Ermm, kau demam ni." Jelas doktor itu. Aku diam. Tak membalas. Rasa bersalah lah pulak.
"Kau dah boleh balik kejap lagi. Nanti kau pergi minta ubat dekat kaunter. Bayaran semua aku akan bayar. Minta maaflah sebab aku terlanggar kau tadi. Aku tak nampak kau masa kau melintas." Lelaki itu sopan bahasanya. Inilah kali pertama aku berhadapan dengan seorang yang lemah lembut.
Tapi aku diam..
"Aku mintak maaf sebab pernah cuba nak-" Kata-kata Namjoon dipotong laju oleh lelaki berambut hitam itu lagi.
"Gwenchanalah. Aku okay."
Kami diam kejap. Tapi, tiba-tiba lelaki itu jadi peramah lain macam.
"Korang ada keluarga?" Aku pelik. Kenapa dia tanya? Apa hak dia? Tapi kami hanya geleng.
"Rumah?"
Geleng.
"Kalau macam tu, jomlah ikut aku balik." Pantas kepala kami berdua serentak terteleng ke arahnya.
Otak aku dah start dah fikir macam-macam. Dia tergelak halus. Cekap benar membaca air muka kami yang berona merah.
"Bukan, maksud aku. Tinggal dengan aku dulu. Housemate aku pun ada. Kami pun macam korang. Tak ada keluarga."
Kami hembus nafas lega. Haish, apalah yang kau fikir ni!
Dia hulur tangan secara tiba-tiba. Aku dan Namjoon pandang huluran itu.
"By the way, Kim Seokjin imnida." Dia memberitahu, mesra.
"N-Namjoon.." Namjoon orang pertama yang sambut tangan itu memandangkan dia yang paling hampir. Kemudian, dia hulurkan tangan pada aku.
"Hoseok. Tapi boleh panggil J-Hope." Aku sambut huluran tangan itu. Aku tengok keningnya terangkat.
"Oh, patutlah Namjoon jerit Hope tadi. Aku ingatkan dia suruh kau lompat. Apa-apa pun, korang boleh panggil aku Jin atau Seokjin. Selamat berkenalan."
"N-Nae.."
"Oh ye, aku memang nak sembang banyak lagi. Tapi aku kena kerja sekarang. Korang rehatlah dulu. Apa-apa panggil je nurse atau doktor mana-mana. Petang nanti, aku habis kerja, kita balik sama-sama." Dia mengukirkan senyuman manis dan meninggalkan kami.
Kami terpinga-pinga dan saling berpandangan antara satu sama lain. Kami tak sangka, masih ada manusia yang berhati lembut macam tu.
Terpegun aku.
"Dah, kau tidurlah dulu. Demam kau tak kebah lagi." Aku ikut kata-kata Namjoon. Tapi tiba-tiba aku teringat sesuatu.
"Namjoon!" Aku pegang bahu Namjoon yang terkejut dengan aku.
"Apa?! Terkejut aku!" Marahnya.
"Lelaki tu.." Mata Namjoon membesar. Kami tepuk dahi.
"Jangan risau, dia takkan terlepas.." Namjoon cuba pujuk aku. Aku mengangguk kecewa sebelum kembali baring di katil.
Namjoon menghela nafas panjang sebelum matanya terarah pada seorang pesakit lelaki yang sedang berjalan lemah.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...