#43 - Bad News

1.5K 204 6
                                    

Namjoon menghela nafas panjang. Dia kemudian mengerling ke arah jam tangan. Lagi 9 minit sebelum pukul 10 malam. Kereta yang terakhir berwarna hitam sudah pun berlalu pergi. Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam stesen minyak semula.

"Aku balik dulu. Hoon Jae dah sampai tu." Namjoon mencapai kadnya.

"Ye ye..selamat jalan. Elok-elok balik." Pesan Jae Joon, perkerja kaunter.

"Aku ambik satu tau!" Namjoon mencapai satu batang lolipop perisa strawberry.

"Dah lah, pergi balik. Aku belanja yang tu." Cebik Jae Joon membuatkan Namjoon tersengih-sengih. Dia melangkah keluar dari stesen minyak.

Topi biru gelap dia betulkan di kepala. Plastik lolipop dibuang ke dalam tong sampah sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Sempat juga dia menyakat Hoon Jae yang bakal menggantikan tempat kejap lagi.

Setelah beberapa meter jauh dari stesen minyak itu, Namjoon mengeluarkan telefonnya yang telah dimatikan. Gila kau, dalam stesen minyak kot.

Telefon dihidupkan. Tak lama itu, dia perasan bahawa dia mendapat 10 missed called. Terkejut juga. 3 dari Yoongi, 4 dari Hoseok dan 4 dari Seokjin. Namjoon berkerut dahi. Dah kenapa semua pakat call dia ni?

Dia menelefon kembali si pemanggil.

"Hyung?" Namjoon memanggil perlahan.

"Namjoon ah! Kenapa kau off kan telefon?! Kita ada masalah baru ni!" Pemanggil itu bernada cemas.

Namjoon terpaksa menjauhkan telefon dari telinganya. Risau gegendang telinganya pula yang pecah.

"Wo wo wo..rileks. Yang pertama, sebab aku kerja dekat stesen minyak. Yang kedua, masalah ape?" Namjoon menyeluk saku poket jaket putihnya.

"Kau balik dulu. Kita cerita kat rumah. Balik cepat, please! Hantar tempat kau sekarang, aku pergi ambil!"

"O-Okay.."

•  •  •

"Apa?! V dengan Jimin letak jawatan?!" Terbuntang mata Namjoon macam nak tersembul keluar.

"Haa." Hoseok bersuara serius.

"K-Kalau macam tu...mana V? Kau dah cuba telefon diorang ke? Baru aku perasan aku tak nampak dia hari ni." Namjoon menggenggam kedua-dua tangannya.

"Dah..tapi..semua tak dapat. Apa dah berlaku ni weh. Mula-mula Jungkook, lepas tu Jimin dan sekarang V?" Seokjin menyisir rambutnya.

"Apa? Jimin hilang jugak?" Namjoon meletakkan topi di atas meja kopi.

"Cuba kau fikir. Kalau dia ke Busan sekejap je, kenapa dia nak letak jawatan terus? Kenapa tak mintak cuti je? Kenapa dia off telefon dia?" Hoseok kedengaran sedikit bengang. Stress ahh weii..

Semua orang terdiam setelah Yoongi menepuk kuat tepi sofa.

"Pagi tadi.." Semua kepala terarah pada Yoongi.

"Kenapa? Kau ada nampak apa-apa ke?" Namjoon mendesak.

"V..aku nampak V. Masa aku nak beristinjak. Dia keluar, pakai jaket hoodie hitam dia, bawak beg galas. Lebih kurang pukul 5 pagi macam tu."

"Kat atas barang-barang dia macam mana?" Namjoon menyoal lagi.

"Ada lagi. Beg dia tu je takde. Aku rasa, beg tu lah yang Suga nampak. Dia bawak beg tu.." Keluh Seokjin.

Mereka diam sekejap. Cuba berfikir jalan penyelesaian.

"Hah, aku cuba mintak tolong pakcik aku. Memandangkan besok aku cuti, jadi bolehlah aku gi sana. Korang nak ikut?"

"Bolehlah. Aku mintak cuti." Namjoon bersetuju.

"Aku, aku suruh kawan aku ambil alihlah kerja aku kejap." Bermakna Hoseok pun bersetuju.

Yang tinggal hanya Yoongi. Mereka bertiga memandang lelaki yang sedang menggigit bibir.

"Aku..aku tak bolehlah. Aku ada kerja sikit. Korang pergilah. Apa-apa mesej je aku..okay?" Yoongi menolak.

Memang dia ada kerja.

"Okaylah kalau macam tu. Korang nak makan tak? Aku nak masak.." Seokjin bangun.

"Takpe ah hyung. Kitaorang tak rasa laparlah.." Tolak Namjoon berwajah sebal.

Seokjin hanya mengangguk sebelum melangkah naik ke atas. Begitu juga yang lain. Masing-masing diam tak berkutik.

Yoongi melangkah masuk ke dalam bilik yang dikongsi dengan Jimin. Dia duduk di birai katil. Sebelum membelek gambar lamanya bersama Woozi..dan Jimin..

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now