"Jungkook tak balik lagi ke?" Soal Namjoon sambil memakai topi biru tua di kepalanya. Dia menjuruskan pandangan ke arah Yoongi yang sibuk memakai uniform kerjanya.
"Tak."
"Erm, aku nak pergi kerja dah ni. Aku balik malam tau. Kalau aku terserempak dengan dia, aku call kau dengan yang lain." Namjoon memakai kasut sport kelabunya.
"Nae."
"Suga ah, Seokjin hyung pesan. Jangan kunci pintu. Takut nanti Jungkook balik." Laung Namjoon di muka pintu.
"Okay!" Sahut lelaki putih itu lagi.
Kemudian, rumah kembali sunyi. Namjoon kerja, Hoseok kerja, Jimin ke Busan, Seokjin dari semalam tak balik sebab banyak pesakit, Taehyung awal-awal pagi dah lesap, Jungkook pulak, hilang entah ke mana.
"Haish.." Yoongi mengeluh sekejap lalu menutup pintu rumah.
Tapi, tatkala kedua-dua pintu hampir bertemu, Yoongi ternampak satu susuk tubuh kanak-kanak kecil sedang berdiri merenungnya. Dia boleh melihat dari celah pintu. Yoongi menjadi cemas.
"Woozi?!" Yoongi menolak kembali pintu agar terbuka luas. Dia mengamati setiap sudut ruang tamu. Malangnya, kosong.
Yoongi hela nafas panjang.
"Imaginasi aku agaknya." Yoongi hembus nafas pendek.
Pintu dibiar tidak berkunci. Dia menghayunkan langkah meninggalkan kawasan perkarangan rumah Seokjin.
Dia berjalan hingga tiba di sebuah kedai pakaian yang agak mewah. Tempat yang bakal dia berkerja sekarang.
"Suga! Kau tolong Jihyun dengan Kyung Soo kemas jap stock kat stor belakang sana. Ada stock baru sampai." Pinta seorang perkerja wanita bernametag Lee Ji Yoon.
"Okay."
Yoongi sekadar melangkah selamba ke dalam stor. Memandangkan pekerja lain sudah mula bertugas di tempat masing-masing, dia pun terpaksalah melakukan hal yang sama.
"Fuh.." Itulah ucapan Yoongi tatkala masuk ke dalam stor itu. Besar, tapi dipenuhi kotak lama yang agak..berbau..
Dua orang lelaki sedang sibuk mengangkat kotak-kotak yang masih baru rupanya. Mungkin itulah stock yang dikatakan Ji Yoon tadi.
"Sugakan nama kau? Aha, kau tolong buang kejap kotak-kotak lama ni. Aku nak letak yang baru." Pinta Jihyun.
"Okay." Yoongi melangkah masuk ke dalam stor. Agak sesak nafasnya.
Dia mengeluarkan kotak-kotak lama yang kosong dari stor. Sesekali dia menepuk permukaan kotak kerana dikotori habuk dan sawang labah-labah. Macam sudah berabad lamanya kotak-kotak itu diperam seperti jeruk di dalam stor.
Baru setengah jam berlalu, Yoongi sudah termengah-mengah. Dia membuat sedikit regangan badan setelah terasa lenguh. Wajah putih yang dibanjiri peluh di lap dengan hujung baju. Jihyun dan Kyung Soo masih bertungkus lumus memunggah barang-barang.
Tak lama itu dia kembali meneruskan kerja yang tergendala. Tapi, ingatannya tiba-tiba memutarkan pita rakaman pagi tadi. Ketika dia turun ke bawah setelah perutnya memulas.
Taehyung..
FLASHBACK
"Arhh...wahai perut yang belot pada tuannya, tolonglah bertahan kejap.." Yoongi menekan perutnya yang kian menucuk kuat.
Langkah diorak menuju ke dapur. Suasana masih gelap memandangkan baru pukul 5 pagi.
Tap!
Yoongi terdengar bunyi tapak kaki. Dia menjenguk sedikit ke ruang tamu yang dipisahkan dengan dinding.
Tambahan lagi, dapur dekat dengan ruang tamu. Jadi, mudahlah dia lihat manusia yang keluar masuk melalui pintu utama.
Yoongi menggosok mata dengan lebih kuat. Seakan-akan tak percaya apa yang sedang matanya lihat.
Seorang lelaki berjaket hitam, dan menggalas sebuah beg hitam sedang memakai kasut. Lelaki itu kemudiannya keluar dari rumah.
"V?"
Yoongi mahu mendekatinya, tapi, satu firasat kuat mula menendang dinding perutnya. Okay fine..dia kembali ke jamban.
End Flashback
"Takkan aku berilusi lagi kot.." Gumam Yoongi dalam hati. Dia termenung seketika.
Butterfly~
Machi butterfly, but-butterfly, cheorom~"Omo!" Yoongi mencapai telefon bimbit di dalam saku. Dia merenung seketika skrin telefon yang berwarna hijau berkelip.
Unknown
Slide to answer ➡"Eh, siapa ni?" Nombor yang tidak dikenalpasti. Yoongi berkerut dahi sebelum menekan punat hijau.
"Hello?" Yoongi melekapkan telefon bimbitnya di telinga.
"Suga ah, ni kawan V dengan Jimin. Doojoon.."
"Oh, Doojoon. Yang kat kafe tu kan? Kenapa?" Yoongi menyandarkan belakangnya dengan dinding stor.
"Sebenarnya..." Doojoon meneruskan ayat. Yoongi hanya diam.
Mata Yoongi terbuntang. Perlahan-lahan dia kembali berdiri tegak. Nafasnya sesak seketika.
"Hah?!!" Yoongi sedikit meningkah. Jihyun dan Kyung Soo berhenti membuat kerja dan memandang Yoongi yang sudah cemas.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...