"Jimin ah! Kau pergi basuh pinggan kat sana!!" jerit Sehun hyung, senior aku kat cafe ni.
Aku pandang dia. Well, basuh pinggan tu sebenarnya kerja dia. Bukan aku. Tapi...memandangkan di mata dia aku ni seorang yang tak guna, tak ada nilai, maka segala kerja dia, aku yang kena buat.
"K.." Aku balas selamba memandangkan malas nak bertekak dengan dia hari ni. Biarlah orang pijak kepala aku, pijaklah selagi mampu.
Aku melangkah ke belakang tempat aku diarahkan. Fuh, bersepah doh pinggan tak basuh lagi! Dah lah cafe nak tutup dah! Jadi, aku kena percepatkan kerja aku.
Sedang aku kalut membersihkan sisa pinggan yang masih ada dalam sinki, bahu aku dilanggar.
Prang!!
Satu pinggan putih yang berada di tangan aku tergelincir lalu jatuh berkecai di atas lantai. Aku tersentak.
"KAU PEHAL?!!! BUTA KE?!!" Maki aku geram sambil memandangnya.
Tapi lelaki itu endahkan aku dan berlalu pergi meninggalkan aku begitu saja. Aku mengemam bibir, hampir saja aku menjerit buat kali kedua, aku disentak dengan jerkahan seorang lelaki.
"Woi!! Kau ni pehal cuai sangat?! Kau ingat pinggan tu abah kau punya ke?! Suka hati je bagi pecah! Kemas sekarang!"
Aku angkat kepala. Bos.
"T-Tapi-"
"Apa tapi tapi?! Kemas!"
Aku terdiam dan terus menunduk tanda maaf. Sebaik sahaja bos aku berambus, aku menggengam penumbuk dan terus menumbuk sinki. Cuba melepaskan segala perasaan amarah yang terpendam.
"SHIT AH!!" Aku menekan suara dan bercangkung untuk mengutip kepingan pinggan yang sudah bersepai di atas lantai.
Dari dapur, aku dapat lihat Sehun tengah bermain phone di store. Perasaan marah kini membuak-buak dalam diri aku. Tanpa aku sedar, aku menggenggam serpihan pinggan yang masih berada dalam pegangan aku.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...