#31 - Nightmare

1.7K 218 24
                                    

"Ergh..apa dah jadi ni? Sakitnya kepala aku.." Jimin perlahan-lahan duduk di atas katil. Dia memegang kepala yang terasa berdesing.

"Ni apahal aku pakai seluar pendek dengan singlet je ni? Apa dah jadi semalam?" Pandangannya sedikit kabur, tapi cerah setelah terpandang rambut di sebelahnya.

Rambut blonde yang panjang. Kejap, perempuan?!! Ma-Macam mana perempuan ni boleh ada dalam biliknya?!

Perlahan-lahan Jimin menarik selimut yang membaluti tubuh itu. Jantungnya berdegup laju. Takkanlah perempuan.

"Omo!!" Jimin menghela nafas panjang.

"Ahh! Seriously?!! Siapa letak patung tak guna ni tepi aku?!" Jimin mendengus geram menampar muka patung itu itu.

"Haishh..apa aku dah buat semalam? Seingat aku, aku makan ayam pedas je. Ni apahal baju aku bersepah ni? Eh, baju siapa pulak ni? Takkan Yoongi pulak? Yah!" Jimin tersentak setelah terasa ada sesuatu yang tiba-tiba melingkari perutnya. Tangan?!

"Cis! Patutlah katil ni rasa sempit!"

Dalam kerisauan yang membara itu, dia mengeluh. Jimin meneguk air liur yang terasa kelat kerana dia yakin, kali ini memang betul-betul manusia disebelahnya. Perlahan-lahan Jimin menyelak selimut putih yang menutupi seluruh tubuh makhluk disebelahnya.

"Warghhhh!!! Kau turun!!" Jimin terus menendang tubuh itu sehingga dia terjatuh.

"Hah?! Apa? Kenapa?!!!" Manusia itu bangun dengan cemas.

"Ape kau buat dalam bilik aku ni?!!" Jerkah Jimin. Terbuntang matanya bagai mahu tersembul keluar.

"M-Mana aku tahu! Eh, apahal aku seksi sangat ni?! Hah?! A-Apa kau dah buat kat aku?!!" Jerkah Taehyung pula setelah melihat dirinya berpakaian sama seperti Jimin.

"What?! Aku?! Kau yang ada dalam bilik akukan!" Jimin membalas terus berdiri.

"Kau tarik aku masuk kan?! Aku tak tahu apa-apa pun!" Taehyung turut bangun dan merenung wajah merah padam Jimin. Jimin berdecit.

"Kau ni!" Jimin terus terpa ke arah Taehyung. Dia duduk di atas Taehyung dan mencekiknya.

"Woi! Tak puas lagi ke?! Lepas ah!!" Taehyung meronta-ronta.

"Dah lama aku sabar dengan kau tahu tak??" Jimin menarik rambut Taehyung.

"Kau fikir kau sorang je ade kesabaran?!" Taehyung menarik pipi Jimin.

"Woi woi woi! Korang nak mati ke ape?! Pagi-pagi dah macam anjing dengan kucing! Lepas sekarang!" Seseorang menjerkah mendiamkan mereka berdua.

"Hah, jadi ais pulak? Dah bangun, ni aku ada bawakan sup. Bagi hilang sikit mabuk korang tu." Yoongi meletakkan dulang di atas meja.

"Ish, tepi ah!" Taehyung menolak tubuh Jimin sehingga tergolek ke tepi dinding.

"Aish, sakitnya kepala aku. Yah Suga, apa dah jadi semalam?" Taehyung menyoal sambil duduk di kerusi berdekatan Yoongi.

Kemudian, Jimin pula datang dengan wajah sebal dan duduk bertentangan Taehyung.

Yoongi meletakkan dua mangkuk sup pijar panas di atas meja. Dia menarik nafas panjang sebelum mula bercerita.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now