#29 - Eomma, I Found Him

1.8K 216 9
                                    

Hoseok dan Taehyung berjalan melewati bandar Seoul. Malam yang sejuk tidak menghalang penduduknya keluar dari rumah untuk terus bergerak menjelajah kota metropolitan ini.

Fuh ayat..

"V, kau nak makan tak?" Tanya Hoseok. Taehyung diam sekejap.

"Bolehlah. Kau nak makan ape? Ade duit ke?" Sengaja Taehyung mahu menyindir.

"Ade la. Dah la, aku lapar. Jom makan ramen kat kedai baru buka tu." Hoseok menyeluk tangan ke dalam poketnya. Dan Taehyung sekadar menjongket bahu dan mengikut Hoseok.

Mereka berjalan hingga tiba di sebuah gerai ramen di tepi jalan. Tak ramai sangat orang di situ, mungkin disebabkan hari telah larut malam. Tapi, bukan malam rasanya, pagi lebih elok.

Mereka keluar sebaik sahaja rumah sunyi setelah semua orang terlelap. Taehyung tak dapat tidur dan turun untuk minum air, terserempak pula dengan Hoseok yang sedang menonton televisyen. Akhirnya, mereka berdua ambil keputusan untuk keluar mengambil angin.

"Makchik! Ramen dua!" Hoseok dan Taehyung duduk di satu sudut berdekatan pintu masuk.

"Orait!" Peniaga itu membalas.

"Tae, macam mana kau boleh kenal dengan Seokjin?"

"Aku terserempak dengan dia masa aku cari kerja. Time tu, aku tengah melepak dekat bawah pokok. Dia datang tanya apa masalah. Aku jawab yang aku tengah cari kerja. Dia yang tolong aku kerja dekat cafe sekarang ni." Selamba Taehyung membalas.

Hoseok mengangguk-angguk. Seokjin memang aneh orangnya. Suka bawa balik orang sesuka hati. Tapi baguslah juga, dapat juga mereka merasai nikmat keluarga yang tak pernah mereka rasa seumur hidup ini.

"Ramen dua.." Seorang wanita separuh abad meletakkan dua mangkuk ramen yang masih hangat di atas meja.

"Maseh.." Wanita itu membalas senyuman mereka sebelum berlalu pergi.

"Uuii..dap wehh!" Taehyung teruja dan mula menjamah ramen itu. Mereka berdua diam seketika.

"Yah, ramen dua!" Tinggi suara seorang lelaki menyentakkan mereka berdua.

"Okay!" Lelaki yang juga peniaga di situ mengambil pesanan dan mula membuat pesanan itu.

"Yang, nanti ai nak ke Daegu kejap. Bulan depan kot.." Perbualan meja sebelah boleh didengari mereka berdua.

"Hah? Buat apa pergi ke sana?" Wanita 30-an yang berada bertentangannya menyoal.

"Ai nak jumpa seseorang. Ada kerja sikit." Ujar lelaki itu selamba. Taehyung mengerling ke arah lelaki itu. Sedikit. Entah mengapa, perbualan itu menarik perhatiannya.

"Uhuk!" Taehyung tersedak setelah perasan wajah sebenar lelaki itu.

"Ui..makan tu sopan sikit. Nah air.." Hoseok memberikan segelas air kosong kepada Taehyung. Laju Taehyung mencapai air itu dan meneguknya.

"Awak okay?" Lelaki di meja sebelah menegur sopan. Taehyung menekup mulut dan mengangguk.

"Y-Ya. T-Thanks.." Taehyung mengangguk. Dan kembali menjamah makanan seperti biasa.

Tapi, dia kembali menoleh ke arah lelaki itu setelah terasa dirinya ditenung.

"Kenapa yer? Ada masalah ke?" Taehyung menyoal lagi. Dan lelaki itu bagai tersedar terus mengelipkan mata.

"A-Ah..tak..takde...sorry.." Mereka kembali membuat hal masing-masing.

Taehyung menundukkan wajah. Sementara Hoseok sudah selesai menghabiskan hidangan, dia mula menikmati minuman. Usai sahaja makanan Taehyung habis, tangan Hoseok direntap.

"Yah yah yah! V ah!" Terkebil-kebil Hoseok cuba mengikut langkah Taehyung yang agak laju.

"Ini duitnya. Maseh.." Taehyung macam  keretapi. Sekejap berhenti, dan terus berjalan laju.

Kedua pasangan yang duduk di meja sebelah melihat mereka dengan pandangan aneh. Tapi, hanya lelaki itu sahaja yang merenung Taehyung dengan pandangan tajam.

"Yah V ah? Kau pahal?!" Hoseok merentap tangannya, geram.

Taehyung berhenti melangkah. Dia memalingkan tubuh menghadap Hoseok.

"Aku nak balik.." Pendek alasannya tidak lansung memuaskan hati Hoseok.

"Yelah, tapi takkan sampai nak tarik tangan aku macam girlfriend mengamuk!" Marah Hoseok lagi dan Taehyung hanya berwajah selamba.

"Kau tak nak balik lantak kau lah.." Taehyung kembali melangkah.

"Yah! Kejaplah!" Panggilan itu tidak dihiraukan Taehyung.

"Ah, seriusly?! Yah, V ah! Tunggu la sat!"

Ha tudia.

"Cepatlah!!" Jerit Taehyung tanpa menoleh.

"Haish!!" Hoseok melepaskan geram dengan menghentakkan kaki sebelum berlari anak mendekati Taehyung.

Taehyung menundukkan wajah ke arah jalan. Lelaki tu dah muncul.

Kim Min Jung, aku harap kau ingat aku lagi. Lelaki berusia 22 tahun yang pernah kau dera dulu..

Aku harap kau ingat juga pada mak aku. Wanita yang pernah kau sakiti dan tipu dulu. Walaupun aku bencikan mak, tapi dia tetap wanita yang bersusah payah demi aku!!

Eomma, Tae dah jumpa teman lelaki eomma dulu. Hope eomma happy.

Taehyung tersengih di hujung bibir.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now