"Hyung, jom lah. Nanti kita lewat.." Hoseok menarik tangan Seokjin yang masih keras macam batu.
Seokjin tersentak. Bila dia ni masuk?
"Hyung?" Hoseok memanggil sekali lagi setelah Seokjin tiada tanda-tanda mahu bergerak.
"Ah..ya ya. Jom.." Seokjin perlahan-lahan bangun, tapi dia hampir terjatuh.
Mungkin kakinya masih lemah sebab semalam. Dia...dia tak boleh terima. Orang yang dia sayang dan percaya, sebenarnya dalang bagi kehancuran hidupnya.
"Wo wo wo..hyung okay ke tak ni? Kalau tak okay, biar kami berdua jelah yang pergi cari diorang." Hoseok memegang erat pergelangan tangan dan lengan kanan Seokjin. Seokjin tersenyum kelat.
"Tak..aku okay."
"Tapi wajah hyung pucat ni. Betul ke hyung okay?" Hoseok berkerut dahi. Seokjin mengangguk dan meleraikan pegangan Hoseok. Mereka terus berjalan turun ke bawah.
"Ah korang dah turun ke? Ahjusshi Soo Hoon suruh kita tunggu kat sini dulu. Dia pergi jumpa orang bawahan dia untuk minta tolong. Kejap lagi dia balik." Jelas Namjoon.
Mereka berdua mengangguk sebelum melabuhkan punggung di sofa lembut merah. Masing-masing membatu sejenak, sebelum dicelah dengan deringan telefon Namjoon.
"Siapa call?" Soal Seokjin memanjangkan leher. Namjoon memandang skrin telefon. Dia berkerut dahi lalu menjuihkan mulut.
"Entah. Nombor tak dikenalilah hyung."
"Kalau macam tu, buat speaker." Namjoon mengangguk. Ikon hijau dia tekan.
"Hello?" Namjoon memulakan perbualan.
"Hyung!!! Hyung!! Tolong aku hyung!!" Tiba-tiba seseorang menjerit. Itu Jungkook!
Tersentak mereka semua, tapi Seokjin cepat-cepat meletakkan jari telunjuk di mulut.
Dia kemudian melayangkan tangan, menyuruh Namjoon meneruskan ayat. Namjoon mengangguk dan menarik nafas panjang.
"Hello?! Yah! Kau siapa?!" Namjoon separuh menjerit.
Terdengar satu tawa sinis di hujung telefon. "Jungkook ada dalam tangan aku."
"Hah?! Dalam tangan kau?! Kau raba dia eh?! Sekeh kang!" Namjoon meningkah. Seokjin dan Hoseok menepuk dahi.
"Aku culik dialah!"
"Hah?! Kau culik dia? Anak orang tu! Kau takde anak sendiri ke nak culik?!" Namjoon sudah mula dengan loyar buruknya.
"Kau main-main dengan aku ke?! Kau nak jumpa dia dalam keadaan mayat?"
"Takde imanlah kau ni!"
Pang!
"Woi woi! Kau dah bunuh dia ke?! Aku tak siapkan keranda dia lagi ni!"
"Namjoon tak lawak la khinzir!" Dalam samar-samar dia mendengar suara seseorang menjerit di talian.
Eh, Jungkook hidup lagi lah.
"Diam ah kau!"
"Arghh!!" Kedengaran seperti Jungkook sedang disakiti. Mereka cemas.
"Okay okay. Kau nak ape sebenarnya?" Namjoon mengambil kata putus kembali serius. Kedengaran lelaki di talian sana ketawa.
"Eh, tak lawak la, anjing. Cakaplah, kau nak ape! Kang aku ubah fikiran kang!" Namjoon mendesak.
"Aku nak 300 000 dolar-"
"Hah?! Kau ingat aku ni cop duit ke?! Mudah mak abah kau je main mintak-mintak kat orang!" Jerkah Namjoon tapi cepat ditenangkan oleh Seokjin.
"Kau fikir aku kesah ke? Nyawa kawan kau ni aku boleh ambil bila-bila je aku nak. So kalau kau tak nak jumpa anggota badan dia kat depan rumah kau..better kau ikut apa yang aku kata." Dia menggugut. Dapat digambarkan bahawa dia tengah tersenyum sinis sambil memandang Jungkook.
"Maut di tangan tuhan." Sempat Namjoon menyindir sebelum dia, Seokjin dan Hoseok saling berpandangan. Semua dilema. Apa yang perlu dibuat. Tapi, Seokjin hanya mengangguk, menyuruh Namjoon menghabiskan ayatnya.
"Okay apa kau nak?"
"Kau bawak duit tu, ke sebuah gudang lama. Aku akan bagitau kau alamatnya nanti. Pastikan kau tak bersama polis, atau aku bunuh kawan kau ni nanti. Bawak semua kawan-kawan serumah kau yang lain. Kau ingat lagi satu ni, dengar betul-betul. Korang semua sedang diperhatikan sekarang. Jangan berani nak tunjuk kepala sendiri dalam kawasan aku."
Seokjin mula tersedar sesuatu. Ini...ini perangkap!
"Okay, yang pertama, aku bukan kura-kura nak main sorok kepala. Kedua, mohon jangan intai kalau aku nak mandi. Ketiga, aku akan ikut apa kau kata. Tapi, kalau kau sentuh kawan aku tu, aku sendiri akan gali kubur kau."
"No problem, you're time start now. Tik tok tik tok.." Panggilan dimatikan.
Namjoon ketap bibir.
"Sekarang macam mana?" Namjoon memandang Seokjin.
"Kita bagitau ahjusshi Soo Hoon lah." Cadang Hoseok. Seokjin diam, berfikir.
"Sebelum tu..aku ada plan sikit." Namjoon dan Hoseok memandang Seokjin.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...