#69 - idiot

1.3K 189 47
                                    

Yoongi's POV

Dah sebulan setengah Jimin kena tahan kat wad, dan hari ni, dia dah boleh balik. Namjoon pergi ambil kerusi roda. Jungkook dan Hoseok pulak pergi simpan barang Jimin dalam kereta. Seokjin hyung pulak bayar kos rawatan Jimin.

Aku pandang Jimin yang masih tidur di atas katilnya. Tenang sahaja wajahnya.

"Oi Jimin, bangun. Kita nak balik dah oi.." Bahunya aku goncang sedikit.

Tapi...

Jimin tak bangun. Ah, nyenyak gila dia tido. "Oi, bangunlah. Takkan aku nak kena dukung kau macam hari tu lagi kot. Kau dah la berat cam anak gajah.."

Okay, dia tak bangun. Aku tengok muka Jimin, pucat. "Yah! Bangun!" Aku menggoncang bahunya lebih kuat.

Aku fobia sebenarnya.

Dan kali ni, jantung aku macam nak terkeluar.

Kepala Jimin terlentok ke tepi. Macam..macam tak bernyawa lagi. Okay, sumpah aku cuak gila. Takkan dia mati dah kot?

"Min, oi. Jangan buat aku takut, Min. Tak lawaklah setan.." Makin kuat aku menggoncangkan tubuhnya. Tapi, tubuhnya lembik. Aku pegang lehernya, cuba mencari nadi. Aku letakkan jari di hidungnya.

"Oh shit.."

Tak ada pergerakkan dan nafas.

"Min, sebelum aku keluarkan jantung aku dan bagi kat kau, better kau bangun sekarang."

Aku mula cemas. Kemudian, aku perasan sesuatu mengalir dari hidungnya.

Darah.

"Tak..tak..Min..kau bangun Min! Jangan buat aku camni! Dah dah la dengan drama kau syaitan!! Aku tak sanggup dah woi!!"

Aku goncang bahu Jimin. Tapi, memang dia lembik macam mayat. Tak..tak mungkin...tak mungkin Jimin tinggalkan aku. Dia sihat dan doktor kata dia dah boleh balik. Kenapa dia boleh jadi macam ni?

"Min, please bangun, Jimin..kita nak balik ni Min.." Suara aku mula retak. Goncangan di bahu Jimin mula perlahan..aku jadi lemah.

"Seokjin hyung.." Aku memanggil mula teresak-esak.

Jimin, aku tak nak kau tinggalkan aku macam mana Woozi tinggalkan aku dulu. Kau tak boleh mati Jimin. Aku sayangkan kau macam adik aku sendiri.

Aku hampir kehilangan kau, dan aku tak nak benda tu berlaku lagi. Kau sahabat aku dan satu-satunya memori aku..

"Hahahaha.."

Aku angkat kepala sebaik sahaja terdengar bunyi tawaan kecil. Jimin..ketawa?

"Atoto..suwitnyaa.."

Dia ketawa sambil mengelap hidungnya. Bukan darah yang aku sangka, tapi sekadar pewarna makanan yang dibeli Namjoon tempoh hari untuk membuat agar-agar yang diidamkan Jimin. Tah mengandung anak siapa aku pun tak tahu dia nj, kuat sangat makan. Kejap nak benda ni, kejap nak benda tu.

Sampaikan aku terpaksa seludup pizza dari luar. Ergh..

Aku mendengus geram. Bahunya aku tampar dengan sepenuh kudrat. "Adeehhh...!!" Jimin memegang lengannya yang mula menyengat. 

"Tak lawaklah babi, haaa..kan dah kena." Aku memaki.

Jimin tersengih. "Sampai hati kau khinzirkan aku. But, wuu..sayang bhai kau kat aku."

"Otak kau tak sayang, haa...tak lama lagi keluar jugak surat khabar pesakit mati direjam pelawat kang, haa.." Aku memeluk tubuh, sisa cecair di mata aku lap dengan kain baju.

Habis air mata berharga aku. Huh!

"Dahla, jom blah. Kau bangun sendiri, aku malas nak papah." Aku bangun dari kerusi.

Thud!

Aku tersembam ke lantai.  kerusi yang aku duduk tadi tertolak ke tepi menyebabkan bunyi yang agak bising.

End Yoongi's POV

•  •  •

"Yoongi?!" Cemas Jimin turun dari katil setelah Yoongi tiba-tiba jatuh.

Dia mengerutkan dahi sebaik sahaja perutnya tiba-tiba menucuk kuat.  Jimin memegang balutan luka di perutnya dengan tangan yang berbalut.  Dia diam beberapa saat, cuba menghilangkan rasa sakit itu.

"Yoongi.." Jimin turun dari katilnya. Memang Yoongi ni lemah lagi lepas kena perdajjal  tadi, tapi...kenapa dia jatuh secara tiba-tiba? Jantung dia shock ke?

"Woi..aku melawak je wei..yang kau nak pengsan apahal pulak.." Jimin menampar muka Yoongi. Tapi, Yoongi tak bergerak.

"Kau jangan sampai aku buat CPR!" Jimin menarik kolar baju Yoongi mendekati wajahnya.

"Okay! Okay! Aku surrender! Jauhkan mulut kau dari aku pelis! Aku tak rela dirogol manusia sejenis!" Yoongi terus membuka mata dan menampar wajah Jimin.

Jimin jatuh terduduk. Dia ketawa.

"Korang ni apahal?"

Mereka berdua memandang Seokjin, Hoseok, Jungkook dan Namjoon yang sedang ternganga.

Oh shit..

"Jungkookie, closeu your eyeseu pleaseu.." Hoseok menutup mata Jungkook.

"Maybe....kita salah bilik..ehem, erkk..J-Jomlah kita balik..biarkan mereka berkunyit di sini. Erm.." Seokjin memalingkan wajah terus menarik kembali pintu bilik wad itu.

"Wei!! Jangan tinggalkan aku!! Aku difitnah!!!" Merangkak Yoongi mengejar mereka semua.










"Salah kau la ni Jimin. Habis aku pulak dituduh kunyit. Eii, tak guna. Mana-mana gadis di luar sana yang single, tolonglah melamar aku cepat.."

- Yang benar, Min Yoongi yang dizalimi -

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now