Yoongi duduk melutut di hadapan sebuah rak berkaca. Tangannya mengusap-ngusap permukaan kaca itu. Dia tersenyum nipis memandang bingkai gambar yang kecil.
Min Woozi
"Woozi ah, aku datang ni. Aku..aku nak bagitau, yang aku dah gembira sekarang. Betul kata kau, move on bukan bermaksud kita lupakan sesuatu, tapi kita kena bagi ruang pada hati kita untuk terima sesuatu yang baru. Walaupun time tu otak kau otak udang, tapi kau macam dah matang dari aku."
Suara Yoongi mula retak. Hingus yang hampir meleleh disedut semula. Tangan kirinya mula mengesat air mata yang mahu mengalir.
"Aku mintak maaf sekali lagi sebab tak mampu selamatkan kau dulu. Tapi, sekurang-kurangnya kau tak rasa sakitnya dunia ni. Aku sayang kau sangat-sangat, Woozi. Terima kasih sebab hadir dalam life aku even sekejap je. Terima kasih untuk segalanya. Aku kena pergi, nanti aku datang lagi. Kau rehatlah dulu yer. Aku sayang kau."
Perlahan-lahan Yoongi bangun setelah meletakkan bunga pada rak kecil itu. Yoongi menunduk hormat lalu berlalu pergi.
• • •
Jimin duduk melutut dan menundukkan kepala. Kemudian, dia mengangkat kepala semula lalu meletakkan sejambak bunga putih pada rak kecil.
Air mata yang mengalir dibiar tidak diseka. Jimin pandang gambar kecil di dalam ruang kecil itu. Dia tersenyum kecil.
"Eomma...Eomma tak pernah tak cantik, kan? Jimin rindu kat eomma la. Kalau Jimin ada kuasa la kan, Jimin nak hidupkan eomma balik. Jimin nak eomma ada kat sisi Jimin selamanya! Jimin nak peluk eomma. Jimin rindu kasih sayang eomma dulu. Jimin nak eomma usap kepala Jimin setiap kali Jimin balik rumah, cium dahi Jimin dan bacakan buku cerita waktu nak tidur."
Jimin menggenggam kain seluar hitamnya. Dia tertunduk sekejap lalu terdiam. Bahunya terhinjut sedikit. Kemudian, dia mengelap wajah dengan lengan.
"Tak, Jimin tak nangis dah. Jimin kuat. Anak eomma kuat, kan? Tsk..tsk..eomma, kita tak sempat kan nak rasa kehadiran Jihyun? Tak apelah, eomma. Eomma tahu tak, appa tembak Jimin dengan pistol.
Tapi, nasib baiklah Yoongi datang tolong. Oh ya, Jimin dah jumpa Yoongi. Budak yang eomma selalu cerita kat Jimin dulu. Jimin jumpa dia masa dia tengah mencuri makanan kat kedai Jimin. Jebon kan perangai dia?
Then, Jimin tangkap la dia. Rasa macam tangkap belut pun ada. Susah gila. Tapi kami berjaya tangkap lepas dia pegi langgar tiang hahaha, bongok dia tu. Kawan Jimin nak bawak dia pergi balai polis, tapi Jimin rasa pelik. Rasa familiar. So, Jimin bawak dia pergi makan. Last-last, Jimin bawak balik dia ke rumah kawan Jimin, and kami berkawan. Baru Jimin tau yang dia tu Yoongi, sepupu Jimin dulu.
Eomma, Jimin dah kuat sekarang. Dah hensem dah pun. Tak selekeh cam dulu. Oh ya, Jimin dah ada family baru.Diorang selalu ada dengan Jimin tak kira susah atau senang. Jimin gembira sebab digantikan dengan diorang. Oh ya, family sebagai kawan tau, ma. Jimin single lagi. Available.
Apa-apa pun, Jimin dah berjaya, eomma. Jimin dah jadi manager kat sebuah syarikat business ni. Nanti Jimin nak luaskan business tu ke Malaysia pulak. Mana tau jumpa menantu eomma kat sana kan? Hehe."
Tiba-tiba, telefon Jimin berdering. Dia memandang skrin telefonnya lalu tersenyum kecil.
"Eomma, Jihyun. Jimin mintak diri dulu. Nanti Jimin datang lagi okay? Appa pun dah tak ada. Dia tak boleh ganggu kita lagi dah. Dia tak boleh ganggu Jimin dah. Jimin mintak maaf sebab Jimin tak lindungi eomma dulu.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...