#20 - You?!

1.9K 254 18
                                    

"Macam mana tak kenal budak ego ni! Kau buat ape kat sini?" Jimin meningkah sambil melayangkan epal merah yang habis dimakan ke arah Taehyung.

Yoongi kembali ke tempat duduk. Malas nak bertekak. Tak swag katanya.

"Eh, kau yang cari pasal! Aku pulak yang kena!"

"Ah, salah aku lak! Kau yang tak buang sampah! Eii geram betul aku! Yoongi kau pegang aku Yoongi!" Jimin menghulurkan tangan ke arah Yoongi. Tapi Yoongi tak pegang pun.

"Woi woi! Baca mengucap! Istighfar anak-anak! Depan rezeki pun nak gaduh ke? Dosa ah! Pasal sampah je kot? Aku sumbat sampah dalam mulut korang karang! Dah, duduk!" Seokjin mencelah.

"Huh!" Jimin dan Taehyung mengambil tempat.

"Haih. Dah, kita makanlah dulu. Thanks gais sebab datang ke rumah aku." Seokjin tersenyum mesra.

"Nae!" Mereka bersorak sebelum mula menjamah makanan yang tersedia.

Hanya Jimin dan Taehyung sahaja yang bermasam muka. Kalau boleh, ada elektrik bertembung di antara tenungan mereka. Tak kira lagi aura hitam yang sudah menebal memenuhi ruang makan.

"Bapak ah..sedap bhai!" Puji Hoseok.

Seokjin tersengih dan hidungnya kembang kempis bagai penyedut hampagas. Jimin yang sedar hal itu membuat muka menyampah.

"Erk, budak rambut putih." Yoongi angkat kepala dan memandang Seokjin. Rasanya, hanya di situ hanya dia sahaja berambut putih.

"Ha?"

"Nama kau ape?"

Lelaki lain turut mengangkat muka.

"S-Suga..22 tahun."

"Suga? Serius?" Mereka semua membulat, hanya Jimin yang masih melahap dengan selamba. Dia dah tau.

"Alah, tu nama panggilan dia jela. Kau tengoklah kulit dia. Putih macam gula. Rambut pun putih. Nanti kalau kau tak ada gula nak buat air teh atau kopi, kau gunakan je dia ni " Jimin akhirnya mencelah setelah melihat Yoongi macam rusa masuk kampung.

Dan Yoongi hanya mengangguk tapi tidak bermakna dia setuju untuk dijadikan bahan utama membuat teh dan kopi.

"Korang berdua?" Jimin pandang Namjoon dengan Hoseok yang turut memandangnya.

"Hoseok. Nak panggil Jhope pun boleh. 22 tahun."

"Namjoon. Panggil je Namjoon. Umur sama macam Hoseok."

"Aku V. Panggil V. Sama macam korang gak, 22." Taehyung bersuara paling garau.

"Aku Jimin. 22. Mannaso." Suara Jimin mendatar.

"Aku pulak Seokjin. Kim Seokjin. Tapi, aku 24 tahun."

"Kau hyung?" Semua orang memandang Seokjin.

Mai gad..

"Eh tak lah. Aku setan. Soalanlah, tak mencabar lansung fizikal dan mental lansung! Dah aku sorang je 24 tahun daripada korang semua. Pangkat aku tinggilah dalam rumah ni." Seokjin bagai mendabik dada sambil menghabiskan sisa makanannya.

"Weh..aku tak tahu pun." Jimin menundukkan wajah.

Rasa bersalah pula sebab selalu buli Seokjin. Confirm lepas ni dia pula yang bakal dibuli.

"Ni nak bagitahu lah ni. Jungkook ah, kau pun introlah. Dari tadi kau diam je.." Semua kepala kini terteleng pada lelaki yang terakhir.

"J-Jungkook imnida. 22." Dia menundukkan kepala sebelum mengangkat kembali sebagai tunduk hormat.

"Suga, kau ade rumah?" Seokjin menyoal secara tiba-tiba.

Yoongi seakan-akan berat untuk menjawab soalan itu. Jimin pandang Yoongi yang sedang tertunduk. Merenung nasi yang masih berbaki.

"Tak..dia tak ada." Jimin mencelah selamba.

"Serius?"

"Ya...."

"Kalau macam tu, kau tinggal dengan kitaorang je la." Mereka angkat kepala. Terutama Yoongi.

"Haa??" Yoongi soal lagi. Bagai orang tua yang nyanyuk.

"Tinggal dengan kitaorang. Kat rumah ni." Seokjin tersenyum.

"Betul ke??" Yoongi mula tersenyum. Ni lah kali pertama ada orang baik dengannya. Kali kedua actually..

"Yup. Kau pun V. Tinggallah dengan kitaorang.." Semasa Seokjin mempelawa Taehyung, dia sudah menyuruh Jungkook menekup mulut Jimin.

"Ermm!! Hurmm!" Jimin membentak dalam tekupan tangan Jungkook. Tangannya turut dipeluk Yoongi dan Namjoon.

"Sabar Chim. Aku kurung kau dalam peti ais nanti." Seokjin memberi amaran dan Jimin kembali duduk.

Dia merenung tidak puas hati pada Taehyung yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Tapi, bilik ada empat je. Macam ni lah. Suga, kau sebilik dengan Jimin. Jungkook kau dengan V. Namjoon kau dengan Jhope. Yang last, aku sorang." Seokjin tersengih.

Sebenarnya, dia nak letak V dengan Jimin dalam satu bilik. Tapi, dia risau perang dunia ke-II kembali semula.

Jadi, Yoongi macam okay dengan Jimin. Nampak macam diorang dah rapat.

Yang lain angguk setuju.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now