"Apahal dengan Seokjin tu? Tiba-tiba je blah tinggalkan kita." Rungut Hoseok setelah dibenarkan keluar dari bilik.
Baru satu jam Seokjin meninggalkan mereka dalam keadaan terpinga-pinga.
"Entahnya. At least, bagitaulah masalah ape." Sokong Namjoon sambil berjalan seiringan dengan Hoseok.
"Eh, mana bilik Jungkook eh?" Soalan Hoseok sekaligus memberhentikan mereka dari terus berjalan.
"Ha'alah. Diorang kata, ada kat wad biasa. Cuba kita check kat mana. Kita tanya nurse kat kaunter tu." Cadangan Namjoon disetujui Hoseok.
Sedang mereka ingin melangkah, tiba-tiba telefon Hoseok berdering. Pantas dia mencapai telefonnya dan melihat ke arah skrin.
V is calling..
"Oyemgi! V call aku weh!" Terkinja-kinja Hoseok memanggil Namjoon.
"Angkatlah bengap!" Marah Namjoon rimas melihat Hoseok yang masih terkebil-kebil. Cemas dia mengangkat panggilan.
"Hello! V ah! Hello?!!" Hoseok menjerit terlebih dahulu.
Tapi tiada jawapan.
"Hello?!? Woi hello woi!! V ah! Pahal ni? Yah! Jawablah!" Desak Hoseok lagi.
Tiada sahutan, tapi dia dapat mendengar satu lentingan sebelum panggilan dimatikan.
"Jangan bergerak!! Kami polis!!"
Tuttt......
Hoseok menjauhkan telefon itu dari telinganya. "Huh?"
"Kenapa tu Hoseok?" Soal Namjoon pelik melihat wajah Hoseok yang bagai katak puru tak jumpa air.
"A-Aku tak tahu. Tapi, dia call aku dan tak jawab panggilan aku."
"Apa masalah V ni sebenarnya?" Rungut Namjoon.
"Baru aku perasan..aku tak nampak dialah sejak dua menjak ni. Baru hari ni aku dengar dia.."
"Yelah.."
Sedang mereka berdua saling merenung lantai yang putih, mereka dikejutkan dengan satu suara lembut.
"Erh, kamu berdua ni keluarga Jeon Jungkook ke?" Mereka berdua mengangkat kepala.
Eh, tak sedar mereka sedang berdiri di hadapan bilik Jungkook.
"Ya ya! Kami keluarga dia. Saya Jeon Namjoon. Ni adik saya, Jeon Hoseok. Macam mana dia sekarang?" Doktor Min tersenyum dan menolak pintu bilik Jungkook.
Hoseok sudah terkejut segera menyiku lengan Namjoon. Tapi, Namjoon hanya tersengih kepada doktor itu dan memijak kaki Hoseok.
"Dia dah sedar. Tapi dia perlukan rehat yang cukup." Terus mereka berdua menerpa masuk ke dalam bilik Jungkook setelah menunduk hormat.
Kelihatan Jungkook sedang terbaring di atas katil. Tapi, dia dah sedar dan terus memusingkan kepala memandang mereka. Hoseok dan Namjoon tersenyum.
"Syukurlah kau selamat, Kook." Jungkook tersenyum dan memandang sekeliling.
"Apa dah berlaku sebenarnya? Mana Seokjin hyung, Jimin, V dengan Suga?"
Hoseok dan Namjoon berubah wajah. Mereka menceritakan ke semuanya pada Jungkook.
"Jadi, mereka semua hilang?" Serentak Hoseok dan Namjoon mengangguk. "A-Ah..T-Tapi, kau jangan risau, Kook. Kita dah bebas. Kau dah bebas. Soo Hoon tu mungkin akan dihukum mati."
Jungkook mengangguk faham.
"Bila aku boleh keluar dari sini?" Soal Jungkook.
"Entahlah. Aku pun tak tahu."
Tiba-tiba, telefon Namjoon berdering. Kelam kabut dia mengangkat panggilan. Panggilan dari Seokjin.
"Hyung! Hyung kat mana ni?! Jungkook dah sedarlah!" Marah Namjoon.
"Aku dekat hospital Busan-"
Tidak sempat Seokjin menghabiskan ayat, Namjoon mencelah laju.
"Apa hyung buat kat sana?! Tau tak kitaorang tengah risau gila kat sini!"
"Haish! Diamlah kejap! Aku tak boleh balik ke sana lagi. Jimin kritikal sekarang. Dia kena tembak! Yoongi sekarang ada dengan aku."
"What the fak?! Kena tembak?! Bila?!" Ke semua kepala di situ terangkat. Memandang Namjoon yang sudah membulat matanya.
Seokjin menceritakan semuanya pada Namjoon secara ringkas. Namjoon mengangguk-angguk.
"Okay, kitaorang tunggu." Usai mendapat maklum balas dari Seokjin, Namjoon mematikan perbualan.
"Kenapa Namjoon?" Hoseok orang pertama menyoal. Namjoon tidak menjawab, hanya memandang Jungkook.
"Jungkook ah...kau boleh berjalan?" Tanyanya. Jungkook tersentak.
"Erk..agaknya."
"Bagus. Cepat tukar baju. Aku pergi ambil kerusi roda." Namjoon mencampakkan baju ke wajah Hoseok.
"Eh jap! Kita nak ke mana?!" Hoseok menurunkan baju itu dari wajahnya.
"Hospital Busan."
"Kenapa?"
"Jimin....kritikal." Itu ayat terakhir Namjoon sebelum hilang di balik pintu.
Tunggu? Heh..
Neber bij~
• • •
"Laju la sikit Hoseok!! Jimin kritikal dah tu!" Separuh mati Namjoon menjerit.
"Sabarlah setan! Aku tak nak kena saman! Lagipun, kita bukannya ada lesen kereta!" Hoseok membalas geram.
"Wei wei..slow la! Aku dah separuh mati kat belakang ni!" Jungkook pula menjerit. Loya bapak.
Hoseok terus menekan minyak. Lajunya macam pelumba kereta terkenal!
Screett!!
Dalam kampung orang pun Hoseok buat drift. Namjoon sendiri tak tahu yang Hoseok ni ada skill terpendam. Lagi beberapa minit sampailah mereka ke hospital Busan.
"Hope! Elak woi!" Jerit Jungkook setelah ternampak seorang pejalan kaki mahu melintas.
Hoseok tersentak. Terus dia menukar gear dan menarik handbreak.
Screeett!!
Kereta Seokjin yang dipandu Hoseok berhenti mengejut dan diakhiri dengan drift di bahu jalan. Semua orang di situ memandang mereka. Namjoon menurunkan tingkap.
"Ahjusshi! Mintak maaf! Kami kena cepat! Kawan kami kritikal! K bye!" Namjoon kembali menaikkan tingkap dan Hoseok terus menekan minyak.
Memang tak ubah macam pelumba kereta yang sebenar. Pejalan kaki lelaki itu masih kaku. Tergamam dengan apa yang baru sahaja dia lihat.
"Tak...tak mungkin.."
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...