Jungkook berjalan melewati bandar Seoul. Bukan kerana Taehyung dia pergi, tapi takut dan risau. Dia tahu, disebabkan dia berada di situ, dia sudah membahayakan nyawa yang lain.
"Aku tak sepatutnya tinggal dekat rumah tu. Diorang bukannya kubu untuk aku terus selamat. Menghancurkan mereka demi keselamatan aku...huh..tak patut. Diorang dah banyak tolong aku.."
Jungkook melintas jalan sambil fikirannya melayang ke keadaan rumah. Wajah-wajah risau mereka mula menyerang benak. Semestinya mereka sedang mencari dia.
Pin!!!!
Jungkook berhenti dan menoleh ke kiri. Sebuah kereta berlampu putih bercat hitam hampir melanggarnya.
"Woi budak! Hati-hatilah! Nak mati ke?!" Marah si pemandu dan Jungkook hanya mengundurkan diri.
Kereta itu akhirnya berlalu pergi. Jungkook diam membatu. Tidak kisah akan kemarahan pemandu tadi, tapi lebih kepada dirinya.
"Ke mana aku nak pergi sekarang?" Keluhnya sendiri.
Jungkook terus berjalan melewati kedai-kedai yang sudah ditutup menjadikan lorong kecil itu sunyi sepi dan gelap. Jaket hitam seperti Taehyung dia eratkan ke tubuh lagi setelah terasa sejuk menyengat ke tulang.
Tiba-tiba, sebuah van hitam muncul dari belakang. Jungkook terpana. Lima orang lelaki turun dan memukulnya sehingga dia terbaring tidak bermaya. Darah berhamburan dari mulutnya.
Perlahan-lahan matanya kabur. Dia tercungap-cungap memandang empunya tubuh yang melemahkan dirinya. Kemudian, Jungkook tergelak sinis.
"Angkat dia masuk dalam..jangan berani nak hilang lagi lepas ni.." Arah salah seorang dari mereka.
Jungkook terasa tubuhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam belakang van. Dalam samar-samar pendengarannya, dia terdengar suara seseorang.
"Jungkook! Jungkook!!" Jungkook membuka mata yang kian berat. Dia menoleh perlahan ke arah cermin gelap belakang.
Seorang lelaki sedang berlari dan berpusing ke sana sini, menjerit namanya. Jungkook membuka mulut, sedikit.
"Mianhae..Jimin ah.."
Jimin ternampaknya, tak..bukan dia. Tapi van. Jimin lansung tak menyedari bahawa dia ada di dalam van tersebut. Kemudian, van mula bergerak meninggalkan lorong kecil. Dia rasa, mungkin inilah kali terakhir dia melihat lelaki itu.
Dia menutup mata.
• • •
"Berani kau eh. Kau sepatutnya mati je!!" Batang besi hinggap di belakang Jungkook.
Jungkook mengetap bibir. Kesakitan yang dia alami cukup menusuk. Tangan dan kakinya diikat di kerusi di mana sedang dia duduk.
"L-Lepaskan aku.." Tercungap-cungap Jungkook mencari nafas yang kian berat dan sesak.
Lelaki tua yang memegang batang besi itu tergelak. Rahang Jungkook dia pegang kuat.
"Eh, kau ingat macam tu je aku nak lepaskan kau? Kau dah gunakan banyak duit aku, dan sekarang kau nak blah tinggalkan aku macam sampah? Kau tahu tak siapa aku?" Lelaki itu melepaskan pegangannya dengan kasar. Terteleng kepalanya mengikut daya tolakkan.
"B-Boleh tak..kau lepaskan aku..jangan ganggu aku...dalam masa satu hari? Cuma satu hari?" Soal Jungkook, merayu.
Lelaki itu berjalan di belakang Jungkook. Dia membelai kasar rambutnya. Berdecit sebelum kembali ke arah Jungkook dan menghentak kepalanya dengan besi tadi.
Darah mengalir dari kepalanya, membasahi lantai tile kuning. Kerusi Jungkook ditolak hingga lelaki tak bermaya itu tersembam ke tepi.
Lelaki tua itu mendekati Jungkook dan bercangkung di hadapannya. Kepala Jungkook dia cengkam menyebabkan kepalanya turut terangkat. Dia tercungap-cungap, dalam kekaburan mata, dia nampak wajah lelaki tua itu.
"Aku dengar, kau dah jumpa rumah baru. Terima kasihlah, sebab kau dah jumpa dia. Dan disebabkan dialah aku jumpa kau. Kau nak tahu satu berita gembira tak?" Lelaki itu diam dan mendekatkan bibirnya dengan telinga Jungkook.
"Aku akan bunuh semua kawan-kawan kau..." Lelaki itu melepaskan Jungkook dan kembali bangun. Dia mencekak pinggang.
Kelopak air merah yang berada berdekatan dia sepak hingga terpercik ke wajah Jungkook.
"Kau...kau bunuh jelah aku! Yang kau nak ganggu diorang apahal?!" Dengan sepenuh kudrat Jungkook menjerit.
Dia hanya tersenyum.
"Korang jaga dia elok-elok! Aku nak dia mati perlahan-lahan. Aku nak dia terseksa dulu!" Arahnya lantang kemudian berlalu pergi.
"Yahhh!!! Bunuh je lah aku!! Woi bodoh!!" Jeritan Jungkook lansung tak diendahkan.
Dia meronta-ronta, tapi tak berguna. Malah, tenaganya kian berkurang dan akhirnya kepalanya tertunduk ke bawah. Jungkook menangis teresak-esak.
"Cuma...satu...hari..." Jungkook menutup mata. Kelopak matanya telah memampatkan ruang mata hingga cecair yang memenuhi ruang mata itu mengalir dan menitis di lantai berdarah itu.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...