Aku rasa laparlah pula. Aku diam kejap. Fikir. Kat mana lagi kedai yang belum aku masuk.
"Kalau tak silap aku, Bangtan Cafe tu kedai baru lagi. Mesti bukak punya hari ni.."
Aku tersenyum. Bolehlah situ pun. Aku pun berjalan selamba ke sana. Mestilah melalui pintu belakang. Dah pintu depan tertutup. Aku melewati lorong kecil.
Aku cari-cari kedai itu. Nasib baik hanya cafe itu sahaja berwarna biru. Mudahlah kerja aku.
Aku hayunkan langkah ke kedai berwarna biru. Pintu belakangnya terbuka. Wah, lagi mudahlah kerja aku.
Aku pakai mask aku. Hoodie hitam turut aku pakai. Macam biasa. Perlahan-lahan aku melangkah ke kedai itu. Cuba berlagak biasa.
Aku intai ke dalam lagi. Kosong. Aku kira, nilah peluang aku untuk mencuri.
Aku periksa kotak-kotak yang tersusun di luar kedai itu. Kotak baru ni. Aku keluarkan pisau dan aku potong pelekat. Aku buka salah satu kotak itu.
"Mak oi, banyaknya makanan.." Aku tersengih sendiri.
Aku ambil dan seluk ke dalam jaket. Tengah syok-syok aku ambil, tiba-tiba seseorang menjerkah.
"Woi! Pencuri!!"
Aku terkejut. Aku pandang empunya suara. Lelaki berambut oren beruniform sedang berlari anak ke arah aku.
"Shit!" Aku terus melarikan diri dan dia terus mengejar dari belakang.
"Jangan larilah, bodo!" Memang setiap orang yang dikejar akan dijerit sebegitu rupa ke? Mereka ingat pencuri tu akan berhenti kalau dijerkah dengan ayat ni?
"Lembab." Aku tersengih sinis dan terus berlari.
Aku belok ke arah satu lagi lorong kecil. Tapi, tak sangka pula terserempak dengan kawan dia yang tengah tolak sampah.
"Woi budak baru! Kau tangkap pencuri tu!!" Dia menoleh ke belakang.
Hah sudah..
Argh! Aku redah je la!
Aku tolak lelaki itu sekuat hati aku sampai dia pulak yang termasuk dalam troli tu. Kahkahkah, padan muka! Bontot tersekat dalam troli!!
"Otak kau ah!! Tak ade adab ke?! Habis sampah-sampah ni berterabur!! Dasaq khinziaqq!!"
Aku dengar dia menjerkah. Aku toleh ke belakang sambil lari. Aku ketawa.
Bum!
Padah lari tak tengok depan, aku langgar tiang elektrik. Aku terduduk terus pegang kepala yang pening.
"Aduh, siapa pulak letak tiang tengah-tengah jalan ni?!" Aku membebel. Pandangan aku kabur. Aku geleng beberapa kali.
Aku cuba bangun untuk terus berlari tapi..
"Hah, kau nak lari mana! Hiaghh!!" Dia terkam aku macam nak terkam ayam.
Aku dan dia sama-sama tersembam mencium tar. Akulah yang kena teruk sekali sebab aku berada di bawah.
"Woi woi! Ape ni?! Lepaslah!!" Aku meronta-ronta cuba melepaskan diri tapi lelaki tu cekap mengunci pergerakkan aku. Dia tindan belakang aku di tar.
"Ah! Many cucumber your face! Kau buat salah nak aku lepaskan pulak!" Dia masih berkeras.
"Woi budak belagak! Kau cari tali! Aku nak ikat budak ni!" Jerit lelaki yang memegang belakang aku.
"Nah nah..masa aku kejar tadi aku ada jumpa tali."
Tangan aku pantas diikat. Aku berdecit. Mereka angkat aku untuk duduk. Hurm, mulalah sesi soal menyoal ala-ala polis gitu. Aku dah biasa dah.
Aku tundukkan kepala. Lelaki berambut oren tu tenung aku lain macam. Rahang aku dia pegang kasar sementara mask hitam aku dia rentap.
"Kau?" Aku pandang lelaki di sebelah rambut oren tu. Aku tenungnya tajam. Kejap, rambut koko macam rumpai laut, hujung warna hijau...
"Korang kenal ke?" Lelaki berambut oren menyoal.
"Kau kan yang lari dari polis hari tu kan? Kau yang langgar bahu aku tu kan?"
"Mana aku tau. Ingat otak aku ni ada masa ke nak cam muka cicak kau tu?"
"Eh many beautiful your mouth!" Lelaki itu mendengus geram dan muka hensem aku ni hampir ditumbuk.
"Kau nak bawak aku ke balai polis kan? Cepatlah! Aku panas ni!" Aku membentak. Aku tengok lelaki berambut koko yang sedang memeluk tubuh. Dia membuka mulut.
"Ya." Aku dah agak, mesti aku akan di bawa ke balai polis. Lagi...
"Tak!"
Wuit? Aku angkat kepala. Aku dan lelaki berambut koko itu masing-masing terkejut dengan bentakkan lelaki oren ini. Matanya merenung aku.
"Kenapa pulak? Bawaklah! Dia dah mencuri kot!" Ermm, perang dunia kedua dah nak mula~
"Aku kata tak payah!" Dia terus mencangkung dan merentap jaket aku. Zip jaket dia buka kasar. Dan dia terus menyeluk tangannya ke dalam jaket aku.
"Wei wei wei! Pahal kau nak raba aku ni?!" Aku dah cuak nak mati. Menggelupur aku. Lelaki berambut koko itu pun terbuntang melihat tindakkan dia.
"Kau tengok ape?! Tolonglah aku!! Aku suci lagi woi!" Aku menjerit macam orang gila. Kemudian, aku terdiam setelah pipi aku ditampar.
"Diam ah kau! Ingat aku tergoda sangat dengan muka kau tu?! Aku nak ambil balik makanan yang kau curi tadi!" Dia meningkah dan terus mengeluarkan tangan.
Penuh makanan ringan di dalam genggamannya. Kemudian dia bangun membiarkan aku untuk bertenang.
"Nah, ambik ni. Pergi letak balik dalam kotak. Budak ni, biar aku settle kan.."
"Kau serius?!"
"Asal? Kau nampak muka aku ni macam tengah buat lawak ke?" Dia mencebik dan aku menahan gelak.
Mereka saling merenung antara satu sama lain. Kemudian, lelaki berambut koko itu mengambil makanan ringan tersebut dengan pandangan tak puas hati.
"Jaga kau nanti!" Dia menunding jari ke arah aku dan aku hanya menjelirkan lidah. Kemudian, dia berlalu pergi.
Tak lama itu, lelaki berambut oren itu memandang aku. Aku mendongak. Mata kami saling bertemu.
"Kenapa kau mencuri?" Dia soal sinis.
"Kau rasa? Mestilah sebab aku tak ada duit." Aku membuat muka bengang.
"Kau lapar?" Eh, tetibe je ni. Tapi, soalan ni dah goda aku. Aku pandang dia. Memandangkan perut dan nafsu makan aku dah macam ultraman, aku soal dia balik.
"Kalau aku jawab ya kau nak buat ape." Cewah, soalan berkias kau. Malu-malu anjing la katakan.
"Dah bangun. Aku belanja kau makan.."
"Kau ade duit ke?"
"Jangan banyak cakap lah. Kau nak ikut ke tak ni?" Sebelum pintu ditutup, lebih baik aku masuk.
"Bolehlah." Entah, aku rasa pelik. Aku rasa selesa bila dengan dia. Tak sama macam orang lain. Apa kaitan...
Dia dengan aku?
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Gizem / GerilimMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...