Yoongi dan Seokjin tiba di perkarangan Hospital Busan. Pantas mereka berdua berlari masuk ke dalam bangunan berpuluh tingkat itu.
Punat berlabel 10 ditekan sebaik sahaja memasuki lift. Seorang makcik yang mahu masuk ke dalam lift ditinggalkannya.
'Ampunkan kami makcik..' ucap Seokjin dalam hati sebaik sahaja lift mula bergerak.
Hyunsik dah tunggu kat sana untuk pertemuan mengejut, dan Jimin ialah tajuk utamanya.
Sesekali Yoongi ternampak sekujur mayat ditolak keluar dari wad. Laju Yoongi menutup mata.
"Jimin...aku rindu kau. Please bertahan. Aku rayu sangat kat kau..." Yoongi berucap perlahan.
"Hah! Tu dia!" Seokjin menunding jari ke arah seorang lelaki berkot labuh putih yang sibuk menyelak helaian kertas di tangannya.
"Hyunsik!" Mereka berlari anak ke arahnya.
Dengan nafas yang tercungap dan dada yang berombak, Yoongi menyoal. "Macam mana dengan Jimin?"
Tiada reaksi bahagia dari wajah Hyunsik. Hanya masam mencuka dan sugul. Sedikit sebanyak meniupkan bauan gementar ke dalam hati mereka berdua.
Hyunsik menyeluk saku kotnya. "Erm, aku rasa elok korang berdua ikut aku.." Hyunsik berjalan melalui sebuah koridor.
Mereka berdua saling berpandangan dan mengangguk perlahan. Langkah diorak sedikit laju.
"Kita nak ke mana, hyung?" Soal Yoongi bingung.
"Ntah. Ikut jelah."
Mereka terus mengikut lelaki muda itu sebelum akhirnya terhenti di sebuah pintu yang agak besar. Hyunsik memusingkan tubuh menghadap mereka.
"Kami tempatkan Jimin kat sini.."
Yoongi dan Seokjin membaca papan tanda kecil yang ada di atas pintu itu.
Jantung mereka bagai berhenti berdetak dan kaki mereka serta-merta lemah.
'Bilik Mayat'
"Tak..tak mungkin.." Yoongi menggeleng masih melekatkan matanya di papan tanda itu. Dia menekup mulut.
Hyunsik mengerutkan dahi dan memandang Seokjin yang sudah ternganga ke arahnya. "Jimin...tak dapat diselamatkan ke?"
Kali ini, wajah Hyunsik turut berubah. "Jimin tak dapat diselamatkan? Maksud kau?"
Seokjin menunding jari ke arah bilik itu. Terus Hyunsik menukar pandangan. Matanya membulat.
"Ah! Ni bilik mayat! Sorry weh, bukan sini. Aku silap." Kelam kabut Hyunsik menutup pintu itu kembali. Patutlah sejuk semacam.
"Kau fikir ni lawak ke setan? Habis lunyai kawan aku kau kerjakan. Dah macam pisang salai weh." Seokjin bengang menampar bahunya dan Hyunsik hanya tersengih seperti kerang busuk.
Dia pantas membantu Yoongi untuk bangun semula. Dah lembik dah pun kaki dia.
"Sorry weh..aku baru kena tukar ke sini." Hyunsik terus melangkah.
Dia kemudiannya membelek beberapa helai kertas di tangannya. Sebelum berhenti di sebuah bilik. "Hah, kat sini.."
"Kali ni betulkan?"
"Asal? Kau nampak kubur plak ke?" Sindirnya dan menolak pintu itu. Yoongi dan Seokjin melangkah perlahan masuk ke dalam bilik khas tersebut.
Tit..tit...tit...tit..
Terlihat satu susuk tubuh sedang baring kaku di atas katil. Badannya berselirat dengan wayar yang dilekatkan pada badan yang berbalut rapi. Ada satu tiub yang masuk ke dalam mulutnya sebagai alat bantuan pernafasan.
Teruk. Cukup teruk.
'Yoongi..kau tak boleh nangis depan Jimin..kau kena kuat depan dia! Kau kuat!' Yoongi meniupkan semangat dalam diri yang kian lemah
Dia perlahan-lahan melangkah ke arah Jimin dan melabuhkan punggung di tepinya. Seokjin pula masih berdiri memeluk tubuh di tepi Hyunsik.
Dengan wajah sayu, Hyunsik menyambung kata, "Tapi, kondisi dia sangat lemah dan tak stabil. Sekarang ni, dia dah koma sebab kehilangan banyak darah. Aku harap, korang banyak bersabarlah." Bahu Seokjin ditepuk beberapa kali-kali tapi perlahan.
"Dia...boleh selamatkan?" Yoongi mencelah tanpa mengalihkan pandangan. Tangan Jimin yang kaku di tepi jasad diraih perlahan.
Hyunsik diam kejap sebelum memandang Yoongi.
"Saya tak berani nak kata apa-apa. Kami dah cuba buat yang terbaik. Sekarang, giliran dia pulak untuk berjuang. So, semuanya bergantung pada kekuatan dia sendiri."
Seokjin terangguk.
"Okay, thanks ah sebab tolong kitaorang." Seokjin bersalaman dengan Hyunsik.
"No hal lah. Kita member dan aku doktor. Dah kerja aku. Tapi aku tau yang kawan kau kuat. Kitaorang hampir-hampir tak dapat selamatkan dia lepas jantung dia berhenti secara tiba-tiba hari tu." Tambahnya lagi agak bangga.
Seokjin tersenyum kelat. "Dia memang kuat."
"Okay ah, aku gerak dulu. Nanti ada pesakit lain yang nak aku nak kena bedah. Sekarang ni, elok bagi dia rehat dulu." Hyunsik menepuk bahu Seokjin sebelum berlalu pergi.
"Nae.."
Seokjin melangkah masuk mendekati Yoongi. Dia menatap wajah Jimin yang masih lena dibuai mimpi.
Entahlah. Bernafas menggunakan oksigen tambahan, badan berbalut..
Yoongi tersenyum kelat."Kau rehatlah dulu, Min. Rehat dari dunia ngeri kau. Kau dah lama berjuang untuk hidup. Kau tidurlah dulu. Aku sentiasa ada tepi kau. Tapi, jangan tinggalkan aku..aku rindu kau.." Air mata kanan yang cuba ditahan akhirnya jatuh ke pipi jua.
"Gelak kau. Perangai firaun wa syaitan kau. Moody kau. Sifat caring kau. Muka kau yang hodoh tu..aku rindu kau, Min.." Yoongi melekapkan dahi pada tepi katil Jimin. Bahunya terus terhinjut bersama tangisan yang tak mampu lagi ditahan.
Seokjin memegang bahu Yoongi sambil menatap wajah Jimin.
Kau kena cepat bangun, Min..
"Ah.." Seokjin perasan ada cecair jernih mengalir turun dari hujung mata kanan Jimin. Seokjin senyum.
'Kau dengar semua tu, kan? So, sedarlah cepat. Balik pada kitaorang semula. Semua orang tengah tunggu kau. Kau tak keseorangan dah lepas ni, sebab ada yang masih setia dan sokong kau dari belakang.'
Tapi kejap...
Bila bercakap pasal semua orang, aku tertanya-tanya..
Mana V?
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...