#34 - Accident

1.6K 207 0
                                    

Seokjin's POV

Aku bersyukur sangat sebab aku bawa balik Jimin, Namjoon, Yoongi, Hoseok, Jungkook dan Taehyung. Kehadiran diorang cukup menyenangkan aku. Diorang..diorang macam keluarga aku miskipun baru beberapa minggu berkenalan.

Aku selalu sunyi dan keseorangan sejak kecil. Tapi, sejak kehadiran diorang, aku rasa macam aku..dah berkeluarga. Perasaan yang tak pernah aku rasa, kini aku dapat rasainya.

Gomawo..

Aku tersenyum tatkala mengingati karenah mereka. Jimin bergaduh dengan Taehyung, tersilap minum soju..

Sedang aku tersengih-sengih seorang diri, tiba-tiba, telefon aku berdering nyaring menghentak lamunan aku. Aku meraba-raba seluar dan poket aku untuk mencari benda alah tersebut. Sebelum terhenti tatkala terkelih telefon bimbit di atas meja. Aku tarik nafas panjang. Sebelum laju mencapai telefon bimbit tersebut. Skrin di layar telefon dipandang.

Wad kecemasan!!📲
Slide to answer ➡

Tanpa berfikir aku mengangkat panggilan.

"Hello?" Aku melekapkan benda alah itu di telinga.

"!!!"

"Okay..saya ke sana sekarang." Stetoskop segera dicapai dan diletak dileher.

Kemudian, aku segera berlari anak ke wad kecemasan. Tiba-tiba sahaja ada hal kecemasan. Kemalangan katanya.

Aku cemas. Tapi, cemas aku bertambah apabila aku terlanggar bahu seorang lelaki tua. Aku pantas menoleh ke belakang.

"Maafkan saya!" Aku menunduk cemas.

"Ah, tak apa." Wajahnya sempat aku pandang. Kami bertentang mata untuk seketika. Aku terkesima.

"Kim seonsaengnim! Cepat!!" Panggilan seorang jururawat menyentakkan aku.

"Maafkan saya, tuan!" Aku menunduk sebelum terus berlalu pergi ke wad kecemasan.

'Macam pernah tengok..tapi kat mana eh?' Aku berfikir sejenak. Cuba memutarkan episod kenangan dan melukiskan wajah lelaki itu dan membandingkannya dengan kisah lama aku.

"Kim seonsaengnim! Tolong fokus!" Aku disergah suara yang sama. Aku pandang Doktor Jung yang sibuk mengurus pesakit kritikal.

"Ah, maaf!" Aku segera membantunya mengalihkan tubuh itu.

"Intern! Mana intern!!"

"Ya!" Dari jauh panggilan aku berbalas.

"Apa korang buat lagi?! Cepat ke sini!!" Jerit aku geram. Boleh berlengah pula budak-budak ni.

End Seokjin's POV

Lelaki yang baru dilanggar Seokjin tadi sekadar membatu sambil merenung Seokjin yang sedang berlari anak sebelum akhirnya hilang di sebalik tiang.

Lelaki itu memegang dagu dan menggosok-gosok lembut. Dia berkerut dahi. Matanya dikecilkan. Cuba berfikir wajah yang baru dia tenung tadi.

"Takkanlah.."

Matanya mula terbuntang. Kakinya terasa lemah. Hatinya menggeledak bimbang. Tak..tak mungkin!

"Kim..Kim Seokjin?" Membulat matanya.

"Tak..aku mesti tersilap tengok.." Dia menyapu wajah dan berlalu pergi sambil memegang kepala yang terasa agak berpinar.

"Bos..bos okay ke?" Soal seorang lelaki.

"Ya ya..aku okay." Lelaki tua itu mengangkat tangan paras dada.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now