Prolog.

1.1K 62 0
                                    

Aisyah berlari laju menuju ke kelasnya. Hari ini dia datang lewat yang teramat. Pelajar yang kelasnya belum ada guru, sibuk memerhati Aisyah yang seperti dikejar hantu.

Tetapi, Aisyah tidak mengendahkan yang pasti sekarang ini, dia harus tiba di kelas sekarang.

Pintu kelas 5UM diketuk. Tok! Tok!

"Masuk"

Kaki Aisyah melangkah masuk ke dalam kelas. Wajah guru masa pertamanya dilihat.

"Maafkan saya cikgu, sebab saya datang lambat." Aisyah menunduk mengakui kesilapannya.

"Lain kali set jam. Bangun awal. Dah, pergi duduk. Buat kerja yang baru saya bagi. Tak tahu tanya kawan." Pinta puan Rosnani selaku guru matematiknya.

Aisyah mengangguk lalu berjalan menuju ke tempat duduknya.

Beg ditanggalkan dan buku dikeluarkan. Wajah rakan disebelahnya dilihat. Tekun benar menyalin kerja.

"Mai!" Aisyah menepuk bahu gadis yang dipanggil Mai tadi.

"Eh kau ni. Terkejut aku tau. Ni, baru sampai ke?" Soal Maisarah basa-basi.

"Eh, tak la. Dah lama dah sampai. Kau ni! Dah terang-terang aku baru sampai kan. Aku masuk tadi tak perasan ke mak cik oii!" Aisyah sempat memerli rakannya.

"Hehe. Sorry." Dia tersengih.

"Ha, ni aku nak tanye kau sikit ni. Kau tahu tak pasal crush kau tu?" Suara Maisarah dikecilkan. Kepalanya pula ditunduk sekali.

"Pasal crush aku? Siapa, Amri ke? Ha. Kenapa dengan dia??" Tanya Aisyah penuh rasa ingin tahu.

"Crush kau tu, dah putus la dengan Amiera. Kau tak tahu ke?" Mata Maisarah membesar.

"What? Seriously? Kenapa aku tak tahu siak?!" Raut wajah Aisyah hampa.

"Actually aku baru tahu semalam. Ni pun sebab si Hazim yang cerita. Katanya dia orang putus semalam. Waktu balik." Jelas Maisarah.

Wajah crushnya yang duduk di belakang barisan terakhir dipandang. Murung sahaja wajahnya. Langsung tiada sikit pun senyuman yang terukir di bibir.

Amri. Lelaki itu lah crush nya. Dia tidak tahu apa yang membuatkannya jatuh hati pada lelaki itu. Pada orang lain, mungkin lelaki itu biasa. Tetapi baginya lelaki itu terlalu luar biasa.

Dia lah lelaki yang pertama mengetuk hatinya. Dia lah lelaki yang membuatkan jantung serba tidak kena setiap kali berjumpa.

"Apa penyebab dorang break?" Tanya Aisyah.

"Aku dengar kata lah. Orang kata crush kau tu, si Amri tu. Bu-Ta. Orang katalah bukan aku. So maybe sebab tu la kut dia orang break. Dah lama kut couple."

Maisarah mencongak menggunakan jarinya.

"3 tahun wei! Lama tu!"

"Buta? Siapa yang sebarkan ha pasal Amri tu buta? Siapa? Amri tu tak buta la. Dia just ada masalah mata sikit. Tu jer. Bukan nya apa pun. Takkan la sebab tu dia orang putus." Aisyah mulai berang.

Memang dia sudah tahu bahawa Amri itu mempunyai masalah mata. Matanya sakit. Sejak akhir-akhir ini baru mata lelaki itu menunjukkan kesan yang tidak elok. Mata Amri semakin merah.

Maisarah hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

"Maisarah, Aisyah! Kenapa kamu berdua berbual? Ada saya suruh awak berdua berbual. Saya cuma suruh awak berdua buat kerja. Bukannya membawang!" Suara puan Rosnani mengejutkan mereka berdua.

Terhenti mereka berbual.

"Dah, siapkan kerja sekarang. Kalau tak siap hari ini, saya akan hantar nama pada pengetua." Ugut puan Rosnani.

Tanpa membuang masa, Aisyah dan Maisarah terus menyalin kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya. Tidak betah dia dimarahi oleh puan Rosnani itu lagi

Waktu rehat!!!

Aisyah duduk menghadap wajah rakannya Maisarah yang lagi sibuk menjamu makanan." Ha, Mai! Sambung la lagi! Aku nk tahu ni." Aisyah menggesa Maisarah. Tangan Maisarah digoyang-goyangkan.

Maisarah menyedut air minumannya terlebih dahulu.

"Tu je la yang aku tahu."

"Tu jer?" Soal Aisyah.

"Tu je la. Dah nama pun orang lain yang cerita. Bukan aku yang tengok dia orang break."

Aisyah menepuk dahinya sendiri. Dia tidak tahu apa yang dia rasa ketika ini. Gembira? Gembira kerana crush nya sudah tidak berpunya. Atau sedih buat Amri? Sedih kerana melihat crush sendiri murung setiap hari.Dia mengeluh kasar.

"Kau tak payah la nak sibuk-sibuk serabutkan kepala hotak kau tu pikir pasal dia. Kau tu, patutnya happy! Yang si Amri tu dah break dengan Amiera. Happy!" Maisarah mencuba memprovok dirinya.

Wajah Maisarah ditenung buat seketika.

"Kau ni! Tak baik la. Memang la aku suka kat dia, tapi aku tak suka tengok dia sedih-sedih macam tu. Faham la sikit..." Kata Aisyah.

Maisarah sekadar menggaru pipinya yang tidak rasa gatal itu dan menayangkan sengihannya yang panjang lebar kepada Aisyah.

Bahu Aisyah ditepuk oleh seseorang.

Terlihat wajah dua orang rakannya, diiringi enam orang gadis lagi yang menyusul daripada belakang.

"Wei! Wassup! Borak apa jerk?" Soal seorang gadis yang berkelakuan seperti lelaki.

Tidak lain dan tidak bukan Wana la. Hans Arwana. Gadis yang sememangnya tidak pernah berperangai seperti seorang perempuan.

Tanpa disuruh, dia dan yang lain terus duduk mengambil tempat.

"Kau ni Wana! Ter wassup-wassup! Macam lelaki dah aku tengok." Kata Maisarah. Matanya dikecilkan.
"Tak ada borak apa-apa pun. Tengah borak pasal si crush Aisyah je ni ha." Sambung Maisarah.

"Okey, biar aku teka. Ni mesti kes dia putus tu kan?" Wana cuba meneka.

Aisyah mengangguk laju ke arahnya.

"Aku tau la dia orang putus. Dah kecoh kot semalam. Sampai budak form 1 tahu kot." Kata Wana beria.

Bermulalah sesi membawang di antara mereka di situ.

"Aku pun tahu weh semalam dia orang putus." Kata gadis yang ber nametag Ain." Dah la putus just sebab si Amri tu buta. Kecoh betul. Nampak sangat si Amiera tak nak terima Amri sebab buta. Eee... meluat!" Ain buat-buat ingin muntah.

"Haah wei. Aku pun perasan jugak, si Amiera tu bercinta dengan Amri sebab rupa. Mentang-mentang Amri tu handsome dia nak couple. Sekarang dapat tahu Amri dah macam ni, laju je nak break." Gadis bernama Aleysa pula menyampuk.

Aisyah yang dari tadinya mendengar celoteh rakan-rakannya hanya mengangguk setuju.

'Kesian Amri.'

*
*
*
*
*

Ok done for prolog! So how guys? Best tak? Dah try my best niy♥ hope all the reader baca tau cerita ni.

Jangan lupa untuk vote sekali!! You also can comment down.

Love You My CrushWhere stories live. Discover now