Aisyah bangun awal daripada biasanya. Pukul 7.30 pagi dia sudah bersiap sedia untuk mandi. Hari ini nenek dan ahli keluarganya pulang ke kampung.
Pada mulanya dia ingin pulang ke kampung juga, tetapi dia mula yang terasa malas untuk ikut sama.
Dia duduk di birai katil sambil bermain telefon. Tekan itu tekan ini. Bermain telefon dalam jangka yang lama sememangnya membuatkannya mula rasa bosan.
Terkelip-kelip matanya ketika itu. Telefonnya dicampak ke tepi. Bosan.
Ruang biliknya diperhati. Bersih dan kemas sahaja. Ingatkan mahu menyapu sampah di dalam biliknya tetapi melihatkan lantai biliknya sudah bersih tanpa ada sampah , jadi terhenti niatnya untuk berbuat demikian.
Nak borak dengan nenek, nenek balik kampung pula. Aih! Aisyah mengeluh kuat.
Sesaat kemudian, telefonnya berdering. Lagu pop english berkumandang kuat di dalam biliknya.
Laju tangannya mengambil telefon yang dicampaknya tadi.
"Hello?" Kata Aisyah.
"Ha, hello Syah!" Suara Syahirah yang kedengaran di corong telefon.
"Ye Ira. Ada apa call ni?" Soal Aisyah.
"Jom kita pegi jalan-jalan? Nenek kau kan tak ada. Aku sure mesti kau boring kan duk kat rumah tu sesorang? So jom la kita hangout. Pukul 1 kita keluar ok?" Ajak Syahirah.
Aisyah berfikir sejenak. Best juga idea Syahirah ni. Tak adalah dia rasa bosan duduk kat rumah ni.
"Bolehlah. Siapa je pergi? Kita dua je ke?" Aisyah meminta kepastian.
"Dengan geng-geng kitalah. Gila kau kita dua je? Naik bising la dorang nanti." Kata Syahirah.
Betul juga kata kawannya itu. Kalau tidak diajak bersama, mula la bising.
"Haah kan."
"Yanie tak pergi tau. Bapak dia tak bagi keluar la hari ni. Sebab semalam dia dah keluar. So, hari ni dia tak boleh keluar la." Jelas Syahirah.
Aisyah mengangguk-angguk sendiri.
"Tapi Syahjo yang ikut. Boleh ke?"
"Boleh je boss." Aisyah hanya setuju.
"Before aku lupa. Wana ada bagi tahu aku. Yang dia boleh pergi, BUT abang dia kena ikut." Kata Syahirah.
Mata Aisyah membesar. Aduh! Spoil betul la abang Wana ni.
"Apehal pula?? Aduh dia ni." Terasa geram pulak.
"Katanya, bahaya kalau perempuan je yang keluar. So, mak dia suruh la abang dia temankan dia sekali."
"Wana tu dah besar la. Nak takut apa? Perlu ke orang jaga dia?" Aisyah pelik. Padahal umur dah 17 tahun. Masih perlu pengawasan orang besar ke kalau nak keluar?
"Mak dia tu sayang sangat kut kat dia." Kata Syahirah.
Rumah Wana.
Wana mengeluh kasar.
"Ala ibu, kenapa abang kena ikut juga? Adik dah besar la. Takkan la nak kena orang juga???" Wajah ibunya dipandang.
"Besar apanya? Kecik je ibu tengok."
"Ibu!" Wana mula merasa geram. Sudahlah dia bergaduh dengan abangnya semalam. Ni, nak suruh abangnya teman dia pula.
"Ok la. Ibu cuma risau je. Takut ada apa-apa jadi." Kata ibunya. Perlahan saja nada suaranya.
"Okey laa." Wana mengalah.
Wajah abangnya yang sedang duduk terkangkang di sofa ruang tamu diperhati. Geram betul tengok muka abangnya ketika itu.
Mereka berdua bergaduh semalam pun disebabkan abangnya itu mengekeh kepalanya kuat sehingga kan terdapat luka kecil pada dahinya.
"Ibu, kalau abang sekeh kepala adik lagi macam mana?" Wana menanya.
"Kalau abang Wafiq sekeh lagi kepala adik, adik bagi tahu ibu. Tahulah ibu nak buat apa nanti." Kata ibunya.
Wana tersenyum menang. Baguslah kalau macam ni. Hahahhah. Dia sudah ketawa kuat dalam hati. Wafiq memandangnya dengan pandangan yang tajam.
Itupun nak bagi tahu ibu. Aih! Geram betul.
"Oklah, adik naik atas dulu. Nak iron tudung."
Wana membuka langkah menaiki tangga menuju ke biliknya.
Rumah Aisyah.
Selepas menamatkan panggilannya bersama Syahirah, dia mula sibuk mencari baju untuk dipakainya nanti. Jam dinding di dalm biliknya dikerling.
Baru jam 11.45 tengah hari. Tak lama lagi.
Almari bajunya diselak-selak. Dicarinya baju yang sesuai dipakainya nanti. Selendang hitam menjadi pilihan untuk digandingkan dengan bajunya yang bewarna hitam.
Tiba-tiba Aisyah teringkatkan tentang Amri. Apakah khabar dia sekarang ini? Sihat ke tidak.
Hari ini, sudah masuk seminggu selepas tamatnya ujian SPM. Khabar berita dari Amri langsung tidak kedengaran. Malah, kawan baiknya juga tidak tahu akan keadaannya sekarang.
Telefon bimbitnya dibuka. Gambar Amri bersamanya dilihat. Itu ialah gambar yang diambil ketika hari sukan. Gambar itu terlihat sangat sempurna baginya.
Amri tersenyum lebar di dalam gambar itu. Rindunya dia pada lelaki itu.
Setelah itu, dia mula teringat akan peristiwa sebulan yang lalu. Peristiwa tentang Amiera ditolak oleh Amri. Amri sudah tidak mahukan gadis itu.
Dia mendengar segala perbualannya Amri bersama Amiera.
"Aku tak suka kau lagi la!" Kata Amri.
"Kau tak payah nak tipu aku. Aku tahu la yang kau masih syok kat aku kan? Elehh. Tak nak ngaku pula." Amiera tersengih memandangnya.
"Jangan nak berlakon boleh tak?"
"Berlakon apa kau ni?" Marah Amiera. Dia berdecit.
"Aku tahu la yang kau ni saja-saja je kan nak get back ngan aku? Kawan kau dare kau untuk get back ngan aku kan??" Mata Amri membesar. Merah matanya ketika itu.
Terdiam Amiera ketika itu. Dia tidak mampu untuk mengatakan apa-apa lagi.
"Haah. Aku memang saja je nak get back ngan kau. Puas hati? Hah?! Memang kawan aku dare aku untuk get back ngan kau." Kata Amiera. Bia berlagak selamba. Langsung tiada rasa malu dalam dirinya.
"Apa? Kau ingat aku nak kat kau lagi ke? Sorry sikit. Aku tak bercinta dengan orang buta macam kau. Kau ingat ada orang ke nak kat kau?" Tambah Amiera lagi. Dia mula menaikkan amarah Amri.
Amri menggenggam tangannya kuat. Nasib baiklah dia ni perempuan. Kalau tak dah lama aku lempang mulut dia.
"Diam!" Suara Amri naik seoktaf.
"Apa betullah kata aku kan? Memang takkan ada perempuan nak kat kau. Ke ada orang nak kat kau? Heh! Mimpii laa." Amiera menjelingnya.
"Ada! Dan orang tu lebih baik dari kau." Kata Amri. Selepas itu dia berlalu pergi meninggalkan Amiera sendiri di situ.
*
*
*
*
*
Hei gais! Hello! Bab ni dah siap.. best tak?? Ke tak best hah?? Rasa mcm x best je... kan?? Setuju takkk???Hahahah
Btw vote la ye?? Bubyee
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...