Maisarah masih tersengih-sengih memandang skrin telefonnya. Dia seakan masih tidak percaya yang lelaki itu putuskan panggilan dia macam tu je.
Aduyaiii.
"Mai kau kenapa dok sengih-sengih tu? Gile ae?" Tanya Aisyah. Dia menyengetkan bibirnya ke tepi. Tiber je si minah ni tersengih-sengih.
Telefon di tangan Maisarah diambil.
"Bak sini."Telefon tersebut bertukar tangan. Dia harus memastikan bahawa panggilan telefon tadi benar-benar tamat.
Maisarah menggelengkan kepala beberapa kali. Laju betul tangan budak ni rampas fone aku. Kalau jatuh tadi cane?? Aih!
Telefonnya yang berada di tangan Aisyah dirampas semula.
"Kau ni en,suka hati je rampas fone orang. Aku ketuk kang baru tahu." Maisarah mengacah-acah untuk mengetuk kepala gadis itu.
Aisyah mengelak dan melangkah ke belakang sekali. Dia mendecit. Masih tak puas hati ni. Ade ke patut dia gi kata kat Amri ni aku demam?
Tak suka tahu tak?? Tak suka!! Nanti dia ingat aku yang beria suruh si Mai tu kata kat dia yang aku ni sakit.
Aisyah menyilangkan tangannya. Pandangannya dihala ke tempat yang lain. Tidak mahu dia melihat kawannya si Mai tu. Nak merajuk!
Maisarah perasaan akan riak wajah kawannya itu. Dia mengaru pipinya perlahan. Mula la tu nak merajukk.
Dia datang mendekati Aisyah.
"Cah?"
"Apa?" Suara Aisyah kedengaran sedikit tinggi.
"Ha,merajuk ah tu." Kata Maisarah.
"Mana ada." Kali ini wajah Aisyah sudah menghala memandang Maisarah. Mereka berdua bertentang mata.
"Ceh.. yelatu." Maisarah tidak percaya. Macam la aku ni baru kenal dia semalam.
"Iyee laa." Kata Aisyah. Dia membesarkan biji matanya.
"Okla kalau macam tu." Maisarah mula memegang tangan kawannya. Dia menggeselkan kepalanya pada lengan nya Aisyah.
"Mende kau ni?" Aisyah menahan kepala Maisarah yang menggesel di lengannya.
"Sajaa.. lama da tak bermanja-manja ngan kau." Kata Maisarah. Dia tersenyum lebar.
Aisyah menggeleng-geleng. Ada-ada je ah dia ni.
Tok... Tok... Tok...
Pintu bilik mereka diketuk. Aisyah dan Maisarah terkejut akibat ketukan itu. Kuat gila orang yang berada di luar mengetuk pintu mereka.Nasib baik tak roboh.
Aisyah dan Maisarah berpeluk sesama sendiri.
"Sape sia yang ketuk pintu macam tu sekali?? Orang gila ke wei?" Soal Aisyah membuat andaian. Dia menelan air liur.
Maisarah mengangkat bahunya sekali.
"Entah. Kau ni mana ada orang gila masuk hotel. Ishh,maybe ni kot housekeeping." Kata Maisarah. Matanya berkelip sedikit laju.
"Yeke?? Takut ah aku. Kau ah gi bukak." Arah Aisyah. Dia menolak Maisarah terus ke muka pintu. Bukan main kuat lagi dia tolak si Maisarah tu.
Terus kat depan pintu kauu!
Maisarah mendengus. Tak guna kau! Aku juga yang kena kan!! Ishh!! Sabar je ah.
Tombol pintu dipegang. Dia mula memusingkan tombol pintu itu perlahan dan akhirnya pintu terbuka.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat si gerangan itu di depan pintu.
"Woi Amri kau pehal sia?"
Aisyah yang berdiri di tepi dinding itu terkejut apabila mendengar nama Amri disebut. Dengan lekasnya dia terus berlari menuju ke pintu bersama Maisarah.
"Sorry sorry." Amri tercungap-cungap. Peluh yang jatuh di tepi dahinya dilap dengan tapak tangan.
"Terkejut auw aku kau ketuk pintu cam tu tadi. Dengan salam takda apa sume. Tiba-tiba je ketuk pintu bilik orang kuat macam nak roboh. Ishh!" Kata Maisarah. Dia menumbuk tepi lengan Amri perlahan. Geram betulla.
Amri sekadar tersenyum. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan.
"Sorry laaa.. aku cemas tadi tu ah terus lupa nak bagi salam." Kata Amri. Nafasnya masih lagi kedengaran tercungap-cungap.
Kening Maisarah ternaik.
"Cemas? Cemas apesal pulak??" Maisarah tidak faham dengan lelaki itu."Sebab Aisyah la." Amri menundingkan jari ke arah Aisyah.
"Cah, kau oke tak? Ada rasa pening-pening ke apa, ada?" Amri mengalihkan pandangannya ke arah Aisyah. Dia menanya dengan penuh rasa kerisauan.
Terkebil-kebil mata Aisyah melihat Amri. Rasa macam terkunci mulut dia ni nak bercakap dengan Amri.
"Aku oke. Don't worry. Ni just demam biasa je. Bukannya teruk pun. Aku oke." Aisyah menggaru belakang lehernya dengan senyuman yang awkward. Dia mengangguk-angguk.
Rasa macam pelik pula yang si Amri ni care gila-gila pasal aku.
"Wah wah. Gitu sekali ae kau cemas. Jarang aku nengok kau gini." Maisarah memandang wajah Aisyah dan Amri silih berganti.
"Hehe." Amri tersengih menampakkan lesung pipit di pipi.
"Ni pahal berpeluh-peluh? Kau berlari ke apa gi bilik kita orang ni?" Tanya Maisarah. Dia bersandar pada dinding pintu.
"Haah. Aku guna tangga tadi nak ke sini." Ujar Amri. Rambutnya yang yang sedikit menutup mata di selak ke belakang.
"What? Mak aii. Serious ah? Kau bia betul???" Maisarah seakan tidak percaya. Kau bayangkan ae. Bilik laki tu kat tingkat 3 auw. And bilik kitaorang ni kat tingkat 7.
Kan tinggi tu nak naik tangga?? Ya allah. Memang gila ah dia ni.
"Aku serious la ni. Eh da la. Syah,da siap? Jom bia aku bawa kau gi klinik." Wajah Aisyah dipandangnya.
"Ha??" Aisyah seakan tidak mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
"Aku kata kau da siap ke? Kalau da siap jom,aku bawa kau gi klinik. Tak yah tunggu Hazim. "Kini Amri bercakap dengan nada yang lebih jelas.
"Ohh." Itu saja jawapan Aisyah.
"Ha,kalau da siap jom. Jangan lambat-lambat." Amri tiba-tiba meragut lengannya Aisyah. Nasib baik berlapik.
Terus membulat biji matanya Aisyah. Sedap dia je nak pegang tangan kita.
"Eh kejap." Aisyah menolak tangan Amri jauh darinya.
"Kenapa?" Soal Amri.
"Hm... Nak amik beg kejap." Kata Aisyah. Dia tersenyum kecil.
"Okela. Cepat ah amik. Aku tunggu." Amri menghadiahkan senyuman kepadanya.
Terus cair hati Aisyah melihat senyuman manis lelaki itu. Memang senyuman dia sorang je paling cantik bagi diaa.
*
*
*
*
*
And here finally chap 85!! yeah. Srs dah jauh da sye menulis. Macam tak sngka lak wei!!! Ya ampun🤭Terima kasih bagi yg selalu support sye.!! I really appreciate that gais😘 thanks and thanks and thanks!!!!!!
Teruskan membaca yer gais. Cerita ni tak lama lagi akan abis so nantikan endingnya!!!muahh🥰
YOU ARE READING
Love You My Crush
De TodoTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...