"Memandangkan da ramai jugak yang sampai ni, bole tak kita order dulu? Aku lapar ni." Kata Maisarah. Dia sudah memegang perutnya yang berbunyi.
Dari pagi tadi dia tidak makan apa-apa. Malah, seteguk air pun dia tidak minum di rumah tadi.
"Lapar sangat ke? Kesian betul aku tengok kau ni. Oklah, kita order je dulu." Belum sempat Ain mahu bersuara, Hazim terlebih dahulu yang memotong.
Risau pula dia melihat Maisarah itu kelaparan.
"Uwah, uwah. Bukan kemain caring kau ae Jim. Uit." Wafiq yang duduk di hadapannya mengusik. Dengan serta mimik-mimik muka sekali dibuatnya.
"Hahahha." Meletus tawa Ain disitu. Habis bergelak sakan dia. Tidak tahan melihat muka Wafiq yang sebegitu rupa.
Suka benar dia ketawa disitu. Sampaikan pelanggan lain yang berada di dalam restoran itu terus menoleh ke arahnya.
"Ain gelak tak boleh nak relax." Ujar Sofea. Tergeleng-geleng dia melihat kawannya yang ketawa itu. Gelak tak boleh nak kuat lagi.
"Kita da start order ae? Waiter!" Hazim kemas mengangkat tangan memanggil seorang pelayan lelaki yang sedang berdiri tegak di sebelah ruangan cashier.
Aisyah dan Amri baru saja tiba.Mereka berdua terus mengambil tempat duduk kosong yang ada di situ.
"Korang da lama sampai ke?" Soal Aisyah. Beg tangan yang di bawanya tadi diletakkan di atas meja.
"Tak adalah lama sangat. Baru jugak la sampai." Kata Nadhirah.
Aisyah mengangguk faham. Matanya meliar mencari seseorang. Satu persatu kawannya diperhati. Ada yang belum sampai.
"Guys, Wana dengan Haziq mana? Tak sampai lagi ae?" Aisyah menanya. Dia menggaru pipinya perlahan.
"Belum lagi." Jawab Nadhirah.
"Haah, dorang tak sampai lagi ah." Kata Aisyah Jo.
"Aik, padahal dorang gerak dulu tau daripada aku, patutnya dorang la sampai dulu." Aisyah pelik. Ke mana pula la dua ekor ni tak sampai-sampai.
"Fiq, cer kau call adik kau tu. Tanya dorang da kat mana." Wajah Wafiq dipandangnya.
"Alah, kau ni. Tak yah risau la. Kejap lagi dorang sampai la tu." Kata Wafiq. Selamba betul mukanya ketika itu.
Aisyah membuat muka tidak puas hati. Aih! Apa punya abang la ni.
"Aku nak ke toilet jap." Aisyah bangun daripada tempat duduk. Dan terus berjalan menuju ke tandas.
Ketika dia berjalan menuju ke tandas, dia telah terlanggar dengan seorang lelaki yang sedang membawa secawan kopi. Terkejut dia disitu.
"Ya allah. Sorry sorry. Awak okey ke?" Terkocoh-kocoh Aisyah mengambil tisu di poket bajunya. Dilapnya laju air yang tumpah di baju lelaki itu.
Berkerut-kerut dahi lelaki itu menahan panas. Pasti melecur kulit perut lelaki itu. Aisyah semakin takut.
"Sakit ke?" Soalan yang terkeluar daripada mulutnya membuatkannya mahu mengutuk diri sendiri.
Of course la sakit. Kena air panas kot!
"Kau tanya aku sakit ke tak? Soalan apa kau tanya ni?" Suara lelaki dihadapannya tidak semena-mena tinggi.
Kecut perut aisyah disitu. Takut.
Pelanggan-pelanggan lain sudah menoleh melihat mereka berdua di situ.
"Saya betul-betul tak sengaja. Sorry sangat-sangat." Aisyah menunduk-nunduk meminta maaf.
"Geram betul la aku ngan kau ni!" Lelaki itu tidak puas hati. Dia mengangkat tangan mahu menampar gadis di hadapannya itu.
Tetapi tangannya ditahan oleh seseorang. Terus terhenti niatnya mahu menampar gadis itu.
"Lepas lah si**!" Terus mencarut lelaki itu.
Akhirnya tangannya dilepaskan. Habis merah pergelangan tangannya kerana ditahan kuat.
"Amri." Aisyah memandang wajah Amri yang berdiri di depannya. Sejak bila pula la lelaki tu ada kat depan dia.
"Ok ak?" Amri menanyanya. Terlihat raut wajah risau di mukanya.
Aisyah sekadar menangguk.
Setelah itu Amri menolak Aisyah supaya gadis itu berdiri betul-betul dibelakangnya. Ketika itu, Aisyah merasakan dia betul-betul selamat.
"Kau sapa nak defend dia hah? Muka da la tak lawa." Lelaki itu mendecit melihat gadis yang berdiri di belakang Amri.
"Kau agak-agak sikit nak cakap tu. Dia ni isteri aku. Kenapa? Ada masalah ke?" Dengan penuh yakin Amri mengatakan Aisyah itu isterinya.
Terkejut Aisyah mendengarkan kata-kata Amri itu. Isteri?
"Oh isteri. Kau nasihat sikit kat dia tu, lain kali jalan tengok orang depan. Bukannya main langgar je." Lelaki itu menjeling.
Amri ketawa kecil.
"Kau apesal gelak? Ada aku buat lawak ke?" Lelaki itu semakin tidak puas hati.
"Aku rasa kau tu yang patut tengok depan bila tengah jalan. Aku rasa isteri aku tak salah pun. Kau tu ha yang salah. Kau yang main phone kan bila jalan? Dahtu kenapa kau nak tetiba je nak salahkan isteri aku? Kau tu ha yang tak betul." Kata Amri panjang.
Terus terdiam lelaki dihadapannya itu.
"Asal diam? Da kalah? Cakaplah lagi." Amri memprovok lelaki itu.
Turun naik turun naik nafas lelaki itu. Disebabkan dia tidak tahu mahu balas apa lagi, dia terus beredar daripada situ.
Aisyah menghela nafas lega.
*
*
*
*
*
Done! Sorry sbb da lme x update... I was busy with my exam! Bnyk nak kena study... so that's why da lme x on kt wattpad ni..Hope bab ni you all suka la ye?? Ampunkn sye if cerita utk bab ni kureng... lately otak sye tidak berkembang...
Vote and vote!
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...