Tersenyum-senyum Aisyah melihat wajah Amri. Dia langsung tidak merasa bosan apabila memandang wajah lelaki itu. Perasaan nya ketika itu seperti aman.
Terasa tenang setiap kali melihat.
Ketika itu Amri berbaju sekolah juga sepertinya. Mungkin Hazim sudah berpesan kepada lelaki itu supaya berbaju sekolah. Boleh lah sama dengan geng-gengnya.
Melihatkan Amri yang sudah mengeliat membuatkan Aisyah terkejut. Dengan lekas dia terus berganjak dua langkah ke belakang.
Masa sekarang ni la nak sedar. Orang tak puas lagi tau nak tengok muka dia.
Amri sudah bangun sepenuhnya. Dia duduk sambil mengosok-gosok matanya. Dia sedikit terkejut dengan kehadiran Aisyah di hadapannya.
"Eh Syah! Terkejut aku. Kau dah lama ke kat sini?" Soal Amri. Dia sudah mula tersengih-sengih.
Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. Aisyah sekadar menggeleng memandangnya.
"Kau ni Am, suka betul tidur ae? Sampai kat sini pun kau boleh tidur." Kata Aisyah. Dia bercekak pinggang melihat Amri.
"Tertidur. Ngantuk sangat." Ujar Amri lagi.
Mata Amri dilihat dengan penuh tekun. Dia merasa sedikit lain pada mata Amri. Mata lelaki itu seperti juling sekarang ini. Tapi tak lah juling sangat. Just nampak la kejulingan tu.
Berkerut-kerut dahi Aisyah ketika itu. Dia terfikir jugak. Effect dari operation hari tu ke terus jadi juling?
Bukan setakat juling je. Mata lelaki itu juga merah. Bebola mata sebelah kanannya merah. Sebelahnya lagi okey.
"Amri, mata kau okey ke? Macam masih merah je tu. Pastu aku tengok sekarang. Mata kau dah macam juling sikit. Effect dari operation ke?" Soal Aisyah.
Dia ingin tahu. Kesihatan lelaki itu memang dia ambil berat. Dah namanya pun crush kan. Of course kena ambil tahu.
"Oh, merah biasa je ni. Aku lupa la nak letak ubat mata tadi. Juling ae? Nampak sangat ke? So aku dah tak handsome ke?" Amri sudah membuat muka sedih.
Wajahnya dijatuhkan ke bawah. Nampak sangat ke mata aku ni? Kenapalah aku dapat macam ni?
Aisyah sudah susah hati. Mungkin percakapannya tadi membuatkan Amri terasa. Pipinya sudah digaru-garu. Aih! Merajuk pula laki ni.
"Eh, tak adalah. Mana ada nampak sangat. Biasa-biasa jela. Siapa je cakap kau tak handsome? Aku rasa kau always handsome." Kata Aisyah.
Dia baru tersedar yang dia sudah memuji Amri tinggi melambung. Cepat-cepat mulutnya ditampar. Ish kau ni mulut! Laju je nak puji orang.
Amri apa lagi. Dia sudah tersenyum suka memandang Aisyah. Ternampak lesung pipitnya yang dalam di kedua-dua belah pipi.
"Kau tak payah nak kembang sangat ae! Aku sepak kau baru tahu." Laju Aisyah cover line.
Amri hanya buat tak tahu. Cermin mata hitam yang dibawanya tadi dipakai. Dia tidak mahu orang lain memerhati matanya yang merah itu.
"Eh dah la, jom pergi sana. Hazim dah tunggu dah kat sana." Kata Aisyah. Baik dia blah sekarang. Tak kuasa dia nak tengok Amri yang tak habis-habis tersenyum begitu ke arahnya. Boleh datang gila nanti.
"Dia suruh pergi sana ke?" Soal Amri.
"Iyelah. Dia yang suruh aku panggilkan kau ni." Ujar Aisyah.
"Alahai baik betul kau ni ye. Rindu aku la tu." Amri menguntum senyuman kepada Aisyah.
Aisyah pula yang sudah terasa bahang di pipinya. Ya allah! Lelaki ni suka betul buat aku cair. And dah kenapalah dia asyik-asyik senyum je hari ni?
Buang tabiat ke apa?
"Ni pun Hazim suruh oke? Kalau tak, tak ada makna nya aku nak panggil kau." Kata Aisyah.
Menipu sikit. Tak adalah Amri syak yang aku beria nak panggil dia kat sini.
"Alasan." Kecil suara Amri. Aisyah yang berada di sebelah pun tidak dapat mendengar.
"Ha? Kau cakap apa. Aku tak dengar." Mulut Amri macam ada kata something. Tapi dia yang tidak dengar.
"Tak ada apa-apa." Amri menggeleng.
"Eleh tipu. Aku nampak mulut kau macam tengah cakap something. Baik kau kata cepat." Kata Aisyah.
"Tak ada apa-apalah. Kau ni." Sedaya upaya Amri mendalih.
"Tipu. Kau ni." Aisyah sudah membuat muka. Muncungnya juga sudah sedepa.
"Yelah yelah. Nak tahu sangat kan? Aku cakap kau comel. Comel? Tahu tak? Kau comel hari ni. Puas hati?" Kata Amri.
Terkedu Aisyah dengan kata-kata Amri itu. Aku tak salah dengar ke? Dia cakap aku comel? Biar betik! Someone, please cakap yang sekarang ni aku tak bermimpi!!!
Tergeleng-geleng kepala Aisyah ketika itu. Dia tidak percaya.
"Apa yang dok tergeleng-geleng tu? Tak percaya?" Melihatkan Aisyah yang tergeleng-geleng itu membuatnya terus menanya.
Kali ini Aisyah mengangguk pula.
"Tadi nak tahu sangat. Ni aku dah bagi tahu tanak percaya pula. Kau ni susah betul la." Amri mendecit. Keluhan yang panjang juga kedengaran daripada lelaki itu.
"Ish, dah la. Jom cepat!" Laju saja Aisyah melarikan diri.
Dia mengambil langkah yang besar. Amri yang masih duduk itu terpinga-pinga melihat Aisyah yang sudah jauh melarikan diri.
"Oi! Tunggu aku la!" Jerit Amri.
Dia berdiri daripada tempat duduk dan terus berlari mengejar Aisyah. Nasib baiklah dia ni lari laju. Terus dapat dia berdiri di sebelah Aisyah.
*
*
*
*
*Sory gais sebab lmbt update! Hahahah.. sye busy sikit. Ni jelah sye dapt bgi utk readers semua. Hope readers semua suka la ye.
Just utk pengetahuan semua, sya hanya akan update cerita ni seminggu sekali. Hrp maklum!
Vote and comment!
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...