71~Gedik

256 25 0
                                    

Aleysa berdiri di sebelah keretanya sambil bermain telefon. Sementara tu main game dulu. Tak adalah bosan sangat duk menunggu kat lua ni.

Selepas 30 minit kemudian...

Aleysa mula hilang sabar. Gila lama perempuan ni bersiap. Jam tangan tidak henti-henti dikerling. Dah nak lambat da ni. Dia cuba menahan sabarnya yang mula hilang.

Seminit...

Dua minit...

Tiga minit...

Okey that's it.

"Aisyah! Oi,cah! Ya allah ya tuhan ku. Apa kau buat lelama kat dalam tu?? Kau tahu tak aku ni berjanggut da nunggu kau." Bukan main kuat lagi suaranya.

Kesah apa dia. Tapi nasib baiklah orang rumah si Aisyah tu tak ada. Kalau ada tadi, memang kena sound ah sebab buat bising.

Aleysa bercekak pinggang sambil menunggu jawapan daripada Aisyah yang masih berada di dalam rumah. Diam. Tiada suara yang menyahut.

"Aisyah!" Kali ini lebih kuat suaranya. Ha amik kau. Tak tahan ni. Siap mencangkung kau menjerit kau hado? Tak hado kan.

Turun naik turun naik saja nafasnya.

"Iye. Ha iye iye. Jap la Aleysa. Aku tengah pilih tudung ni." Kata Aisyah. Terjengul kepalanya daripada tingkap bilik atas.

Gadis itu masih lagi tidak bertudung. Baju pon nampak macam tak bertukar lagi tu. Aleysa sudah ternganga. Serius dia tak tahu nak cakap apa sekarang ni.

Wajahnya diraup kasar.

"Kau buat apa ha lelama kat dalam? Baju pun kau tak tertukar lagi. Kau ni en. Aku tunggu kat luar ni setengah jam dah tau! Rasa nak patah kaki aku ni berdiri." Kata Aleysa. Nampak riak geramnya disitu.

"Kau tu ha. Aku da suruh da kan tunggu kat dalam,kau yang tak nak. Bukannya salah aku. Lagipun aku sakit perut tadi. Ni baru keluar tau." Jelas Aisyah. Dia membuat muka kesian.

Tak tahulah dia makan apa tadi sampaikan dia sakit perut macam tu sekali. Banyak kali keluar masuk tandas.

"Apa? Kau berak batu ke apa tadi ha?" Tanya Aleysa yang di luar rumah. Dia masih lagi bercekak pinggang.

"Haah. Batu yang keluar tadi. Heheh." Aisyah ketawa. Hahahah...loyar buruk kejap boleh tak?

Muka Aleysa masih begitu. Serius. Serius yang amat sehinggakan dia mahu berak lagi sekarang ni. Ceh.. tak adalah. Gurau

"Ala sorry la. Okey okey, bagi aku 10 minutes. Aku sure aku boleh bersiap dalam 10 minutes." Kata Aisyah. Dia mengedipkan matanya beberapa kali.

Mana tahu buat macam ni baru si dia tu oke?

"Hm, yela. Cepat sikit auw. Lepas 10 minit kau tak keluar jugak,aku tinggalkan kau." Aleysa terus melambai.

Aisyah tidak dapat membalas apa-apa lagi. Dengan laju dia terus mula mencari tudung yang mahu dipakainya. Baju yang sudah tersiap iron(?) dipakai.

Aleysa mula melangkah memasuki kereta. Enjin dihidupkan dan aircond di buka untuk menyejukkan ruangan kereta(?).

Dia kembali membuka handphone. Tetapi kali ini dia bukan mahu bermain game. Tetapi dia mahu mesej kawannya.

Apps WhatsApp dibuka. Dia scroll ke bawah. Nama Maisarah dicarinya. Mai koyak. Ha ada pun. Nama Maisarah ni dia memang suka save Mai Koyak sebab awek ni memang suka koyak. Tahu kan koyak apa? So tak yah cite. Hahahah

Me:
Wei Mai koyak,sume dah ade ke kat sana?

Mai koyak:
Dah. Semua da ade ni. Tapi tu la classmates aku ni tak complete lagi,ade yang lom sampai lagi.

Me:
Oh takpela. Nanti dorang datang ah tu. Hm, birthday boy tak sampai lagi en?

Mai koyak:
Lom lagi. Si Hazim ngan Haziq bawak dia gi jalan-jalan lu. Takut dia datang awal lak. Ni kau ngan Aisyah bila nak sampai?

Me:
Aku tengah tunggu minah ni bersiap ah. Lambat gila. Geram lak aku.

Mai koyak:
Hahahha. Lek ah. Kau ni macam tak tahu je si Echa tu. Nak jumpa crush en. Memang ah gitu. Tak tahu nak pakai baju apa nak jumpa crush. 😂

Me:
Tu ah tu.

Mai koyak:
Wei,aku ada berita gempak ni nak bagi tahu kau! Gempak gila nak mampus beb!!!

Me:
Amende? Cakap je ah

Mai koyak:
Gedik tu datang wei! Bapak ahh.

Me:
Gedik? Gedik mana ni wei? Ramai ah perempuan yang kau copkan gedik. Cuba cakap sape??

Mai koyak:
Ya allah! Gedik mana lagi. Amiera ah. Hak alah kau ni.

Me:
Uish! Pehal sia dia datang? Dia kan kelas lain. Aku rasa yang datang just classmates kau ngn geng-geng kita je en?. Bapak ah. Kau invite dia datang ke!?

Mai koyak:
Memang tak ah aku invite dia. Dah ah aku menyampah ngan dia. Aduh!😬 Nak halau takut ah pulak nanti orang lain tengok.

Pintu kereta dibuka. Akhirnya siap juga Aisyah. Dia memakai baju biru laut. Aisyah memandang Aleysa yang duduk di tempat memandu.

Kemain fokus lagi tengok phone. Chat siapa tah tu.

" Wei Aleysa. Kau chat sapa tu?" Satu tepukan hinggap di lengan gadis di sebelahnya.

Terkejut Aleysa dengan tepukan itu. Hampir saja telefonnya terjatuh tetapi sempat disambut olehnya.

"Ya allah kau Syah. Terkejut aku auw." Aleysa mengurut dadanya.

"Kau chat siapa hah? Serius betul muka. Cannot brain aku." Kata Aisyah. Dia ketawa kecil.

"Tak de siapa ah. Sibuk je. Cepat pula kau bersiap. Aku baru je nak tinggalkan kau." Kata Aleysa. Telefonnya disimpan ke dalam beg dia seat belakang.

Mesej Mai tadi dibiarkan. Nak balas da tak sempat. Takut kawan kita ni nampak pula.

"Ewah kau. Nak tinggalkan aku lak ae. Tumbuk kang." Aisyah mengacah buku limanya.

"Dah dah. Pakai seatbelt. Nak gerak dah kita ni."

*
*
*
*
*
Wasup genk?how this chap? Best tak? Hope best la ae? Saya senanya dah tak ada idea sangat la. So ni je la saya boleh pikir.

Kalau ada typo en kat mana-mana,abaikan je la ae??😂biasalahh... Manusia membuat kesilapan.

Keep voting!love you❤️

Love You My CrushWhere stories live. Discover now