Aisyah di ajak duduk oleh Amri. Mereka berdua mengambil tempat duduk di pondok taman yang tidak jauh daripada situ.
Ketika itu, kepala Aisyah tidak henti teringatkan kata-kata Amri sebentar tadi. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengari olehnya.
Amri suka aku? Biar betul? Jangan main-main ah! Dia tengok apa kat aku ni, sampai dia suka aku? Aih! Cannot be, cannot be. Aisyah menggeleng-geleng.
"Kau apehal Cah,tergeleng-geleng macam tu? Okay ak?" Soal Amri. Dia memandang wajah Aisyah dengan pandangan yang prihatin.
Aisyah hanya terdiam memandang mata Amri. Dia menahan nafas buat seketika. Ya allah,kenapa ngan aku ni!!! Bukan aku dah azam ke nak lupakan dia??
But,kenapa aku still rasa fall in love setiap kali tengok muka dia?? Ha??
Aisyah mula tersedu. Pada mulanya sekali saja dia tersedu,sekarang berkali-kali pula dia nak tersedu.
Amri mula khawatir(?).
"Wei Cah, kau okey ak? Macam tak okey je." Amri bangun daripada tenpat duduk dan berdiri di hadapan Aisyah. Dia menggaru kepala.
Aisyah menelan air liur. Apehal pula lelaki ni berdiri depan aku?
" Aku... Aku.. aku okey je la." Jawab Aisyah. Tersedu-sedu dia berkata.
"Eh kau tak okay ni wei. Kau duduk sini jap,aku gi beli air ae. Duduk sini,jangan gi mana-mana." Amri berpesan.
Apabila dia mahu melangkah pergi,Aisyah dengan lajunya menarik lengan baju Amri. Dia menahan lelaki itu daripada pergi.
"Asal? Aku pergi kejap je ni. Nak beli air untuk kau." Kata Amri. Dia heran apabila gadis itu menahannya.
"Tak yah beli la. Aku oke je ni. Japgi sedu ni hilang ah." Ujar Aisyah. Dia cuba mengukir senyuman.
"No,no,no. Duduk je sini. Aku gi bukannya lama pun. Nak beli air and then datang sini balik. Lagipun ada kedai 7eleven dekat kat depan sana tu." Kata Amri. Dia menundingkan jarinya pada kedai 7eleven.
Aisyah menggeleng. Degil betul laki ni tau. Orang kata tak yah,tak yah ah. Nak juga susahkan diri sendiri.
"Tak yahh la." Aisyah sedikit memujuk.
"Asal? Kau takut aku hilang ke apa??" Amri tersenyum-senyum. Suka dia melihat wajah gadis itu yang macam orang nak nangis.
Aisyah membesarkan matanya. Amende dia ni!
"Kau ni en,tiber ah. Dah la aku nak balikk." Aisyah bangun daripada tempat duduk. Dia mencebik.
"Halah halah. Okelaa.. sorry. Aku tak jadi pergi. Duduk ah balik,jangan balik dulu aku banyak benda nak cakap ngan kau ni." Amri mencucuk-cucuk bahu Aisyah perlahan dengan jari telunjuknya.
Dia membuat muka comel.
Aisyah menjauhkan diri. Tolong ah. Kenapa ngan dia ni?? Aduh! Aku tak biasa la layanan yang terlalu sweet dari dia ni.
"Ok fine. Kau tak yah la buat muka gitu." Kata Aisyah. Dia memandang ke tempat lain.
Dia duduk semula. Amri juga kembali mengambil tempat duduknya semula di sebelah Aisyah. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas paha dengan sopan.
Aisyah mula melihat lelaki itu dengan pandangan yang pelik. Rasa nak tergelak pun ada tengok lelaki ni. Dia hanya menggelengkan kepala.
"So,apa benda yang kau nak cakap tu? Cakap ah sekarang." Aisyah membetulkan tudungnya.
"Dah betul ah tudung kau tu." Amri menjuihkan bibirnya. Apalah perempuan ni tudung dah elok-elok sibuk nak betulkan lagi.
"Eh kau ni. Sibuk je. Biar ah." Aisyah membuat muka marah. Eh,laki ni.
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...