Aisyah dan adiknya menonton televisyen bersama. Begitu tekun mereka berdua menontonnya.
Drama yang bertajuk 'Sweet Dreams' yang ditonton oleh mereka itu menarik perhatian. Hari ini merupakan episod yang terakhir bagi drama itu.
Wajib tengok!
Mata Aisyah langsung tidak berkelip apabila menonton. Setiap saat dan minit drama itu dihayatinya. Adiknya juga tidak kurang. Dia turut menghayati setiap jalan cerita itu.
"Tak tidur lagi ke?" Suara neneknya yang tiba-tiba menyapa membuatkannya terkejut.
Aisyah menoleh sepintas lalu.
"Belum nek. Dah nak abis dah citer ni. Lagi 3 minit." Kata Aisyah.
Dia kembali menumpukan perhatiannya pada kaca tv.
Tiga minit telah berlalu. Akhirnya tamat juga drama itu. Penamat cerita itu sememangnya membosankan. Pelik dan tidak menyeronokkan.
"Ha, dah habis. Dah pegi tidur." Kata neneknya.
Ternyata neneknya masih ada disitu. Neneknya sedang duduk di kerusi meja makan.
"Yelaaa. Nek, ayah tak balik ke?" Adik perempuannya bernama Aleyya menanya. Pandangannya dialihkan ke arah neneknya di meja makan.
Aleyya. Satu-satunya adik yang dia ada.
"Dia busy. Hari ni tak balik." Ujar neneknya.
Aisyah dan adiknya sekadar mengangguk. Itulah bapa mereka. Sering sibuk dengan urusan niaganya. Selalu pulang lewat ke rumah.
"Nek, tidur dulu." Aisyah merapati neneknya lalu disalamnya tangan tua milik neneknya itu.
Selepas disalamnya tangan neneknya, dia pun melangkah naik ke atas.
Pintu biliknya dikuak besar. Huh! Aisyah sudah melabuhkan punggung nya di atas katil. Sempat matanya meliar melihat ruang biliknya.
Bosannya! Cerita tadi dah la tak best! Aih. Aisyah mengeluh.
Telefon bimbitnya diambil. Aplikasi WhatsApp nya ditekan dan mesej perbualannya bersama Amri dibuka.
Sudah lama dia tidak menghantar mesej kepada lelaki itu. Sejak dari permulaan ujian SPM lagi dia tidak menghantar sebarang mesej kepada Amri.
Dia ingin menanya khabarnya Amri, tetapi dia takut. Plus malu. Apa pula dia fikir nanti. Mesti dia ingat aku ni busybody.
Ikutkan hati mahu saja ditelefonnya Amri ketika itu. Tetapi waktu tidak mengizinkan. Jam sudah berganjak ke jam 11.00 malam.
Mesti dia dah tidur...
Nak call ke tak?
Nak call ke tak?"Akak!"
"Opocot mak kau!"
Aisyah melatah. Suara adiknya yang memanggil membuatkannya terkejut."Ya allah! Kau nak apa ni dik? Terkejut akak." Kata Aisyah. Matanya tajam melihat adiknya.
"Hehe. Sorry."
"Yela.. ha, kau nak apa ni?"
"Oh, senanye adik nak tanya nampak tak adik punya seluar tracksuit? Adik cari cari tak adalah.." kata Aleyya.
"Kau ni. Memang nak kaki ke apa? Malam malam macam ni kau nak cari? Besok kan bole cari." Aisyah mula geram.
Nak kemanalah budak ni. Sibuk betul nak cari seluar tu malam ni jugak. Duduk kat rumah je kot.
"Ala.."
"Ishh kau ni. Seluar tu ada kat dalam bakul. Dah, gi sana. Shuh..shuh!" Aisyah menghalau adiknya.
Aleyya dengan muka pasrah keluar daripada bilik. Tu pun nak marah! Orang tanye je. Sempat adiknya itu bermonolog dalam hati.
Pinti kakaknya itu ditutup selepas sahaja dia keluar.
Aisyah melihat telefonnya kembali. Saat dia melihat telefonnya, matanya terus membuntang besar. Mulutnya juga terbuka. Dia begitu terkejut ketika ini.
Matanya digosok-gosok. Dia harus memastikan bahawa apa yang dilihatnya sekarang ini tidak benar.
Alamak! Betul-betullah pula.. dia mula susah hati. Dia tercall Amri.
Panggilan itu sudah berjalan dari 30 saat yang lalu. Jadi dia dengar la aku marah adik aku tadi? Ah!!!! Malunya.
"Hm, hello?"
"Ha, hello. Syah, bunyi apa bising-bising tadi?"
Sudah lama dia tidak mendengar suara Amri. Dan baru sekarang dia dapat mendengar suara itu.
Sungguh dia amat merindui suara lelaki itu. Lelaki yang selalu dipuja-pujanya.
"Hah? Bunyi bising? Ada lipas. Ha, ada lipas tadi. Tu lah aku menggelibas." Kata Aisyah.
Nasib baik akalnya laju memikirkan jawapan untuk diberikan kepada Amri.
"Oh yeke? Okk. By the way, asal kau call aku ni? Ada something nak bagi tahu ke?" Soal Amri.
Aisyah terdiam di hujung corong telefon. Nak cakap apa ek? Nak tanya ke tak ah, pasal dia kat paradigm tu? Ke nak tanya pasal kenapa dia tak datang waktu SPM?
"Hello?"
"Ha ye ye. Aku call kau ni nak tanya, kenapa kau tak datang waktu SPM? Aku ingat kan kau datang. Sekali aku tanya Haziq, dia kata kau tak datang. Terkejut aku. So, aku nak tahu la kenapa kau tak datang." Kata Aisyah.
Bibirnya digigit. Tidak sabar untuk dia mengetahui kenapa Amri tidak datang sewaktu hari yang genting itu. Amri terdiam.
"Kalau kau rasa aku ni busybody tak pe. Tak payah cakap. Aku tak paksa pun"
"Eh mana ada. Kau bukannya busybody. Kau just care pasal aku je kan.
Aisyah tidak tahu mahu jawab apa. Kata-kata Amri membuatkannya tidak senang duduk. Dia berdiri dari tempatnya. Berjalan ke hulur ke hilir.
Sabar la jantung ui! Tak boleh nak rilex. Dia just kata yang kau care pasal dia je.
"Hah? Ye. Betullah tu. Aku care pasal kau sebab tu la aku tanya. Classmates kita yang lain pun tanya juga kenapa kau tak datang. Risau dia orang kat kau." Ujar Aisyah.
"Actually, aku ada hal hari tu. Hm....
Amri diam kembali. Dia tidak tahu jika dia harus katakan hal itu kepada Aisyah.
"Nanti-nanti je lah kita sembang tau? Aku dah ngantuk dah ni. Macam ni la kita jumpa weekend ni kat Jusco. Kat sana barulah aku citer kenapa aku tak ambik SPM."
Aisyah berfikir seketika. Dia ajak jumpa? Biar betik! Uh!! Ya allah, rezeki sangat ni!
"Bolehlah. Betul ae, kau bagitahu aku kenapa kau tak ambik SPM hari tu? Jangan pula kau tak bagi tahu." Lelaki mana boleh percaya sangat.
Kata nak bagitahu la.. sampai sana hampeh!! Ngelat adala.
"Ye makcik. Aku akan bagi tahu kau."
"Okeylah kalau macam tu."
"Bye Syah. Good night! "
"Good night jugak."
*
*
*
*
*Okey tak? Kalau okey vote ah! Hahahahah.. kalau ada typo sory ye.. abaikan je.
Keep supporting me! Luv you gaisss
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...