52~Results SPM

259 25 0
                                    

Setelah hampir tiga bulan menunggu akhirnya keputusan SPM sudah pun keluar. Hari ini merupakan hari genting di mana semua pelajar SPM akan mendapat keputusan mereka.

Aisyah bersiap dengan pakaian ala kadarnya. Baju kurung moden bersama selendang hitam lembut. Selepas siap berpakaian dan melilitkan tudung dia terus berlari menuruni tangga menuju ke arah ayahnya.

Di saat dia tiba di tingkat bawah, kelibat ayahnya langsung tiada. Ke mana pula ayahnya itu.

"Nek, ayah mana nek?" Aisyah sedikit menjerit. Sudahlah dia lewat ketika itu.

"Ya allah suara kau! Tak boleh kuat lagi. Tulaa, semalam orang suruh tidur awal tanak. Sibuk main telefon." Sempat nenek memarahinya. Nasib baik dia berada di dalam bilik. Kalau di ruang tamu tadi, da lama dia ketuk kepala cucunya itu

Aisyah tersengih mendengarkan kata-kata neneknya. Main phone sekejap je pun. Tak ada lama mana pun. Ni semua sebab Wana. Cuba dia tak bergosip dengan aku, tak adalah aku bangun lambat tadi.

Dia mula teringatkan chatnya bersama Wana kelmarin. Gadis kecil itu tidak habis-habis menanya kepadanya sama ada dia betul-betul memeluk Haziq ketika tidur atauoun tidak.

Bila orang dah kata iye tu iye la. Ni tak, boleh pula dia tak percaya. Tu lah, tidur ganas sangat. Kan da kena.

"Bapak kau tu ha lama dah tunggu kat luar. Cepat la kau pergi." Kata neneknya.

"Ok nek ok nek." Dengan langkah yang laju, dia terus melangkah keluar bersama selipar saddle nya yang sudah kemas terpasang di kaki.

"Ayah, cepat yah cepat. Dah lewat sangat ni." Aisyah menggesa ayahnya sebaik sahaja dia masuk ke dalam perut kereta. Lengan ayahnya dipukul-pukul manja.

Jam di tangan kiri di kerling. Sah! Memang lewat gila. Memang terlepas la nak dengar taklimat cikgu-cikgu semua tu.

"Eh dia ni. Dia yang lambat. Nak suruh kita cepat pula." Ayahnya menjelingnya.

"Alaa.. cepat la. Jalan-jalan cepat."kata-kata ayahnya tidak diendahkan. Apa yang dia mahukan sekarang ialah, dia mahu terus tiba di sekolah.

Ayahnya menggeleng. Ada-ada saja lah anak perempuannya yang seorang itu. Perangai-perangai.

Aisyah duduk kemas di tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Dari tadi tidak henti-henti dia berdoa di dalam hati agar keputusan nya nanti akan dapat membanggakan keluarga nya seperti keputusan ujian-ujiannya yang lalu.

Dia mahu mengharumkan nama keluarga dengan keputusan yang baik. Dia tidak mahu keluarga nya menanggung malu apabila mendapat anak yang keputusan nya tidak bagus.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dan setelah dia menghelanya. Aktiviti itu dilakukan berulang-ulang kali. Baginya cara itu mampu mengurangkan rasa takutnya yang tidak henti-henti daripada tadi.

"Cah, Ecah! Dah sampai anak oi. Cepatlah keluar." Suara ayahnya mengejutkannya. Ayahnya itu sudah siap keluar daripada kereta pun.

Aisyah dengan perlahan keluar daripada perut kereta. Dia melihat  sekolahnya itu lama.  Rindu benar dia dengan sekolah itu.

Di situlah dia dan kawan-kawannya yang lain melakar sejarah dan memiri bersama.

Kelihatan sudah ramai yang tiba di sekolah. Sampaikan parking pun penuh, terpaksalah bapanya itu parkir jauh sedikit daripada sekolah.

"Cepatnya ayah bawa kereta."Aisyah mengomel. Sempat baju kurungnya dibetulkan.

Bapanya menepuk dahinya sendiri. Tak faham betul dengan anak sendiri.

"Ya allah. Tadi suruh orang bawa cepat-cepat. Sekarang ni dah sampai cepat, sibuk tanya kenapa bawa kereta laju sangat." Ayahnya sudah bercekak pinggang memerhati anak daranya.

Aisyah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aduh,bapak dia ni. Tak boleh nak rilek pula.

"Ok la okla. Sorry.  Jom la masuk." Aisyah menghadiahkan senyuman yang manis  buat ayahnya.

Dengan manjanya, dia terus menarik lengan ayahnya supaya ikut sama berjalan laju dengan dirinya. Apabila semakin dekat dengan pagar sekolah, semakin laju pula detakan jantungnya itu.

Habis tak menentu. Macam nak terkeluar dah rasa jantungnya itu.

"Bawakan bertenang. Baca doa banyak-banyak." Nasihat yang tiba-tiba diberi oleh ayahnya membuatkannya terus terhenti dan menoleh.

Lama wajah ayahnya itu ditenung. Seorang yang amat memahami juga ayahnya itu.

"Ayah pun doakan yang baik-baik ae untuk results SPM Ecah ni. Doa supaya Ecah lulus pun da oke." Aisyah tersenyum. Rasa nak menangis pula dia di situ.

"Dah dah. Nak emo pula dia ni. Ayah doakan la. Don't worry, cepatlah jalan." Ayahnya memicit pipinya perlahan.

Aisyah tidak jadi menangis apabila mendengarkan apa yang dikatakan oleh ayahnya itu. Emo dia cakap? Hahhaa.. salah ke? Perempuan kan memang suka emo-emo ni.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan terus melangkah dengan kaki kanan apabila memasuki sekolah. Daripada jauh, dia sudah dapat melihat kawan-kawannya yang lain sudah terlambai-lambai ke arahnya. Mereka sudah duduk pun di dewan itu.

Aisyah pun membalas lambaian itu.

"Ayah, Ecah duduk dengan kawan kat sana tu tau. Bye. Eh wait wait... jangan lupa doakan kejayaaan Ecah." Aisyah mengingatkan ayahnya.

"Iyelah makcik. Tahulah kita nak dia nanti. Ish..nak bebel je dia." Sempat lagi ayah mengusiknya.

"Ayah ni kan." Aisyah membuat muka buruk.

"Dah dah. Pergi duduk sana." Kata ayahnya.

"Okey."

*
*
*
*
*
Hai gais! Sorry da lme x update. . I busy plus mlas siked... well, xde idea kan?, so, nak what acane? Jajahajaah

Thanks sbb msih tunggu cite ni.. tq si much! Bye... muah!!

Love You My CrushWhere stories live. Discover now