Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Hari kem sekolah! Yeah! Aisyah tersenyum riang. Dia tidak sabar berjumpa dengan crush nya Amri.
Mana la Amri ni!
Aisyah berdiri di depan tangga untuk mencari kelibat Amri. Sememangnya susah untuk mengenal pasti yang mana satu Amri kerana sekarang ini semua pelajar tingkatan 5 yang menyertai kem sekolah memakai baju jersi berwarna biru.
Dah la ramai budak yang join kem ni! Aih! Aisyah mengeluh. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. Nak cari dia seorang pun susah.
"Ba!"
Seseorang mengejutnya daripada belakang. Terus terhinjut bahunya.
"Kau Ain! Perangai memang tak boleh nak behave. Asyik-asyik nak kacau orang jer. Eee!" Marah Aisyah. Matanya dikecilkan.
"Ala.. lek ah. Bukan selalu. Abis aku panggil kau tadi, kau tak dengar. Buat don't know je. Geram aku. So aku kejutkan je la." Ain ketawa besar.
"Tak yah nak gelak sangat. Ni, mana yang lain? Tak de pun. "Aisyah melihat hanya Ain sahaja yang ada di situ. Yang lain tiada pula.
"Oh, dia orang dah ada kat padang la. Kan ada ni pembahagian kumpulan. Tengok tu! Semua dah nak gerak. Kau sorang still lagi berdiri kat sini. Apehal? Cari Amri ker?" Ain seakan dapat mencium apa yang Aisyah lakukan.
"Kau ni! Tahu-tahu je."
"Of course ni Ain okey?!"
"Baik kau pergi padang sekarang. Sebab Amri ada kat padang kot sekarang ni. Aku nampak geng-geng dia on the way pergi padang." Ujar Ain."Seriously? Kau tahu tak, dari tadi lagi aku tak jumpa or terserempak ngan dia tau." Kata Aisyah. Bibirnya memuncung.
"Rilex okey. Aku tengok en dia handsome dho hari ni. Lain macam handsome dia. Aku pun terasa dup dap jer." Ain sengaja berkata begitu.
Dengan dibuatnya muka berianya itu. Nak buat orang jealous punya pasal.
Tidak sampai sesaat kepalanya disekeh oleh Aisyah. Bukan main kuat lagi tu.
"Aduh! Sakit la Syah! Kau ni." Kepalanya diurut-urut.
Menyesal pula nak buat orang jealous.
"Kau tu ha. Siapa suruh buat aku naik darah. Ha, kan dah kene sekali. Padan muka." Dengan muka tidak bersalah Aisyah berkata.
Ain ketawa. Shok juga buat mak cik ni jealous. Jealous dia memang tak leh bawak bincang.
Padang
Aisyah dan rakan-rakannya yang lain beratur di barisan yang sama. Memandangkan para guru lagi sibuk berbincang, Aisyah dan yang lain mula berbual rancak.
Ditambah lagi gelak ketawa Ain. Sememangnya harok!
"Weh, aku baru perasan. Group kita tak cukup la. Siapa yang tak ada ni ae?" Nadhirah mengira kawan-kawannya. Hanya ada sembilan orang. Siapa lagi sorang?
"Shahniz la." Jawab Syahirah.
"Oh, haah. Mana dia? Batang hidung dia pun aku tak nampak dari tadi." Kata Nadhirah.
"Shahniz ta pergi la kem ni. Mak dia tak bagi. Kau tahu tahu je la mak dia tu." Aleysa selaku rakan sekelas Shahniz merangkap rakan baiknya menjawab.
Yang lain hanya mengangguk faham.
Tiba-tiba siren dibunyikan. Semua guru sudah bersiap sedia berdiri di depan pelajar.
"Baiklah perhatian. Pagi ni, saya cuma akan bahagikan awak semua kepada 20 kumpulan. Dalam satu kumpulan ada 6 orang. Jadi sekarang sila dengar baik-baik saya nak bagi tahu awak semua kumpulan yang mana satu."
"Kita start dengan ketua pengawas kita la. Group Hazim. Ahli kumpulannya..." Cikgu Sufinur mula mengagihkan pelajar ke dalam kumpulan.
Aisyah dan kawan-kawannya menunggu dengan sabar sehingga nama mereka dipanggil.
Tidak lama kemudian sedikit demi sedikit rakannya mula mendapat kumpulan. Hanya tinggal dirinya, Yanie dan Wana sahaja.
"Baik lah group yang ke-19. Ketua kumpulan Amri Muszafar. Ahli kumpulan dia Haziq Nizad, Hans Arwana, Syafiena Azliyanie, Hans Amwafiq dan ahli yang terakhir ialah....."
Aisyah sudah mula berdoa dalam hati. Dia nak sangat berkumpulan dengan Amri. Kena juga!! Tolong la ya Allah!
"Jap, ejaan nama ni tak berapa nampak. Em, Nur?"
Nur? Ah! Nama aku Nurul Aisyah la.. please panggil la nama aku!
"Oh, Nurul Aisyah dari kelas 5UM."
Hampir sahaja dia ingin menjerit kegembiraannya disitu.
"Baik lah, nama yang tidak disebut automatik kumpulan yang ke-20 ye. Sekarang awak semua bokeh mula bergerak ke tempat masing-masing dan dirikan khemah. Pastikan khemah dah siap sebelum pukul 11.00 tengah hari. Boleh bersurai."
Semua pelajar mula mencari tempat untuk dirikan khemah kumpulan masing-masing manakala Aisyah, Yanie dan Wana pula sibuk berjalan perlahan sambil berbual.
"So, Aisyah? Cane? Suka tak sama group dengan si dia??" Soal Yanie. Dia tersenyum melihat Aisyah yang dari tadinya tersenyum besar.
Sampai ke telinga!
"Gile kau tak suka??? Mesti la suka." Kakinya dihentak-hentak suka. Ahhhh!
"Oi 'bawangs'! Ni cepat. Sibuk betul nak borak-borak kat situ." Suara Haziq yang kuat itu mengejutkan mereka.
Mereka bertiga berjalan mendekati ahli kumpulan nya.
Wafiq dan Amri lagi sibuk memang khemah.
"Sedap mulut kau je nak panggil kita orang ni bawangs ae! Eh.. geram je aku tengok. Tumbuk kang!" Wana mengacah penumbuknya kepada Haziq.
"Fiq, kau tengok Wana ni. Tak behave wei! Nak tumbuk aku pula. Settle kan." Haziq mengadu kepada Wafiq.
Wafiq memandang wajah rakannya itu.
"Dah dah. Cepat tolong buat khemah ni. Dah kena buat 2 khemah ni. Cepat!" Dia malas melayan karenah Haziq itu.
Dia mula mengarah.
Wana mencebikkan bibirnya ke depan. Ceh! Acah macam ketua pula budak ni.
"Aisyah, jom la kita..."
Aisyah sudah tiada di belakangnya.Mana pula minah ni?
Rupa-rupanya Aisyah sudah terlebih dahulu menghulurkan bantuan kepada Amri. Tekun pula dia tu tolong dirikan khemah.
Uishh! Betul-betul suka sangat kat Amri ni. Tengok tu, orang dok perati dia dari tadi tak perasan pun. Ish ishh
*
*
*
*
*Ok done! Siap pun. Baca la ye readers semuaaaaaaa
Waktu cutikan? So kita type citer la.. bosan.. baca n vote tauu. Bagi tahu kawan2 pasl citer ni. Bacaaaaa. Best!!
Akan banyak lagi bab-bab yang best! Tunggu yer?
♥♥♥♥
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...