14~Spy

344 35 0
                                    

Aisyah duduk di bangku sekolah. Dia menghembuskan nafasnya kuat. Akhirnya habis juga trial. Sudah hampir seminggu lebih dia tidak cukup makan.

Terlalu sibuk belajar sampai makan pun tak cukup.
Waktu sekarang ni la dia boleh lega sedikit.

Dia duduk sendirian di dalam kelas. Hari ini dia makan di kelas sahaja. Lagi pula dia bawa bekal. Pagi tadi sempat dia membuat spaghetti. Boleh la buat makan kat sekolah.

Spaghetti itu dimakan sesuap. Hm.. sedap. Of course la aku kot yang masak. Hahaha.

Sedang dia enak menjamu selera, dia tiba-tiba terasa tercekik. Habis terkeluar semula mee spaghetti dari mulutnya. Aih! Tak senonoh. Habis kotor mulut.

Kotak tisu yang ada di atas meja guru itu dilihat. Ada lagi ke tidak ae?Dia berjalan ke depan mendapatkan tisu tersebut.

Sehelai tisu di dalam kotak itu diambil lalu dilapnya bibir yang kotor tadi.

Telinganya mula menangkap suara seseorang bercakap. Tetapi tidak tahu dari mana. Dengan perlahan dia berjalan mengesan dari mana suara itu.

Dia berjalan sehingga ke pintu belakang. Matanya mula tertumpu pada seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang rancak berbual bersama di luar.

Lelaki dan perempuan itu ialah Wafiq dan juga Amiera.

Dalam diam dia memasang telinga untuk mendengar segala perbualan mereka.

"Kau nak ape ni Miera?" Tanya Wafiq. Dia malas mahu melayan. Wajahnya dipalingkan ke tempat lain.

"Kau ni. Boleh tak tak payah nak kerek sangat? Aku nak couple ngan kau. Yang kau jual mahal ni apehal?" Amiera menyilangkan tangannya ke depan.

"Abis, bila aku mintak couple ngan kau dulu kau tak layan aku! Kau kata aku ni budak noob la apa lah. Sekarang kau nak terhegeh-hegeh pula kat aku." Kata Wafiq. Matanya membulat besar melihat wajah Amiera.

"Alah, benda lama. Tak payah la nak ungkit. So, sekarang ni aku dah nak kat kau. Jom la couple." Amiera masih berlagak selamba.

Aisyah yang sibuk menghendap itu sudah mengeleng-geleng melihat Amiera. Macam perempuan desperate pun ada.

Bahunya dipegang seseorang. Hampir sahaja dia terjerit disitu. Nasib baiknya mulutnya itu sempat ditekup. Dia menoleh ke belakang.

Rupanya Aisyah Jo, Shahniz dan Wana yang berada di belakangnya. Mereka bertiga turut mencangkung sepertinya.

"Kau spy siapa ni Syah?" Soal Shahniz. Dia pelik. Roti di tangannya dicubit lalu dimakan.

"Oh, aku spy orang sana tu ha." Tunjuk Aisyah.

"Sapa?" Kata Aisyah Jo.

"Sini la sikit. Tengok tu." Kata Aisyah. Kini mata ketiga-tiga kawannya itu mula terarah pada Wafiq dan Amiera yang berbual bersama di kuar kelas.

Mereka diam membisu. Telinga dibuka seluasnya.

"Eh kau ni. Pehal desperate nak ada boyfriend sangat ni? Kau dah Amri dulu kau tak hargai kan? Pastu kau nak aku pula. Tak malu ke?" Kening Wafiq ternaik.

"Amri!Amri!Amri! Kau tak habis-habis nak kaitkan dia." Amiera mula melenting.

"Aku dah tak nak pun la kat dia. Tak hamak! Apa kau fikir aku desperate sangat ke nak ada boyfriend? Sorry sikit ae! Ramai lagi la laki nak kat aku." Dia mula berlagak.

Wafiq ketawa kecil.

"Kau kata kau tak desperate tapi pehal kau asyik desak-desak aku supaya aku couple ngan kau? Hah?" Mata Amiera dilawan semula. Besar benar perempuan itu membuka mata.

Amiera mula terdiam. Dia merasa malu. Dia menjeling ke arah Wafiq. Setelah itu dia berlari dari situ. Terpinga-pinga Wafiq di situ.

Aisyah dan kawan-kawannya berdiri semula. Wana melangkah keluar keluar. Mereka turut keluar.

Terkejut Wafiq. Ni mesti dia orang spy aku ni. Dia menggeleng sendiri. Susah betul hidup. Dia berjalan mendekati mereka berempat.

"Apehal korang ada kat sini?" Soal Wafiq.

"Kita orang makan kat atas la. Tu." Jawab Aisyah selamba. Mulutnya dijuihkan ke arah bekas makanannya di dalam kelas.

"Korang dengar ae aku borak dengan Amiera tadi?" Wajah keempat-empat pelajar perempuan di depan nya itu dipandang satu persatu.

Wajah adiknya dipandang lama. Dengan dia ni musykil sikit.

"Apa pandang orang macam tu sekali?" Marah Wana. Dia juga dipersalahkan.

"Bukannya boleh percaya sangat korang ni. Mesti suka curi-curi dengar orang berbual kan?" Wafiq menduga.

"Ni,Amiera tu dah kenapa? Dia dah kemaruk sangat ke kat kau?" Tanya Aisyah Jo. Dia baru tahu yang Amri sudah putus dengan Amiera.

Wafiq menjengketkan bahunya.

"Entah la. Maybe sekarang ni aku makin famous kot." Katanya. Dia mua riak

Wana berdecit. Loya tekaknya melihat wajah abangnya yang perasan itu.

"Famous? Tolong lah." Wana mengangkat tangannya di depan Wafiq. Itu tandanya dia tidak mahu mendengar lagi abangnya si Wafiq itu perasan.

Wafiq menggulingkan matanya ke atas. Adik dia ni memang. Nak perasan sikit dah tak boleh. Aish!

Tangan adiknya ditepis ke tepi.

"Jeles la tu orang lagi famous dari dia." Kata Wafiq.

"Mana ada jeles." Wana menjelirkan lidahnya ke arah Wafiq.

"Weh, Amri mana ae? Kau tak rehat ngan dia sekali ke?" Soal Aisyah kepada Wafiq. Tercari-cari juga dimana Amri.

"Kau ni macam tak kenal Amri pula. Dia kan selalu kat library. Lepak kat sana. Masih nak tanya lagi ke?" Kata Wafiq.

Aisyah tersengih. Iya tak iya jugak kan? Memang kat situ je la Amri akan pergi.

"Wana nak duit." Wafiq menghulurkan tangannya ke arah Wana.

"Apa nak minta duit orang pula ni? Ibu kan dah bagi duit kat rumah tadi. Mana duitnya?"

"Aduh, abang tertinggal duit la kat atas meja luar rumah. Bagi la sikit duit. Nak makan ni." Kata Wafiq. Dia merayu-rayu.

Wana tidak termakan rayuan abangnya itu.

Kring! Kring!!!

Loceng sekolah berbunyi. Itu menunjukkan waktu rehat sudah tamat. Wana tersenyum besar. Wajah abangnya dipandang.

"Dah abis rehat! Tulah sibuk berdating kan kat atas. Padan muka tak dapat makan." Abangnya diejek-ejek.

"Mana ada orang dating la!" Wafiq marah.

"Whatever! Hahah. Aisyah, Jo aku masuk kelas dulu! Jom Shahniz. Bye."

Shahniz yang duduk berdiri di sebelahnya ditarik. Mereka berdua melambai-lambai ke arah Aisyah dan Aisyah Jo sambil berjalan ke luar kelas.

*
*
*
*
*

Bab ni okey tak? Entah. Rasa mcm x best je. But, hope readers sume ske ye? Vote sekali.

Kalau ada typo minta maaf. Tangan ni mmg ske typo. Btw keep supporting me!

Love You My CrushWhere stories live. Discover now