Amri menarik kerusi di depannya dan duduk. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Wajah tiga orang kawan yang duduk di atas katilnya dipandang satu persatu.
"So, berapa lama kau dah kenal si Aisyah ni?" Soalan pertama diajukan oleh Haziq. Memang dari tadi di fikirannya,hanya soalan itu je yang melekat.
"Dah lama dah. Kalau masuk tahun ni, dah...." Amri mengira menggunakan jarinya.
"15 tahun." Jawab Amri selamba.
Dialah budak lelaki yang bernama Irma kawan lama Aisyah. Dia pun tak tahu kenapa dia kenalkan dirinya sebagai Irma waktu kecil kepada Aisyah.
Irma means Amri. Kalau terbalikkan huruf-huruf tu jadilah Amri.
Hazim dan Wafiq memandang wajah antara satu sama lain. Memang terkejut gila dia orang sekarang ni!!
"Wei,15 tahun tu...lama siak! Means dari umur kau 4 tahun ah en kau kenal dia???" Wafiq bersuara. Matanya membulat besar.
Dia juga mengira menggunakan jarinya. Nak pastikan betul ke tidak yang si Amri tu dah kenal ngan Aisyah dari umur berapa tahun.
"Haah." Amri senyum sendiri. Dia juga tidak menyangka bahawa dirinya sudah lama mengenal gadis itu.
"Okay. Soalan yang aku betul-betul nak tanya ni,kau....kau suka kat Aisyah ke?" Haziq sekali lagi menanyanya. Iyelah,sampai penuh atas meja lelaki tu ada gambar Aisyah. Pelik juga aku.
Dia nak tahu perkara yang sebenar-benarnya sekarang ni. Betul ke si Amri ni suka kat Aisyah? Sebab sebenarnya aku tahu yang si Aisyah tu crush on kat Amri.
Even Aisyah tak kata kat aku yang dia suka Amri pun,aku tahu. Siapa je la yang tak perasan kalau setiap kali waktu rehat je mesti ada mata yang memandang kat mejanya.
Aisyah selalu curi-curi pandang kepada Amri ketika lelaki itu sedang makan. Bukan tu je,waktu Amri tak ambil SPM pun si Aisyah tu risau semacam.
Tak pandai nak cover minah tu. Aku yang kat sebelah dia memerhati , pun dia tak perasan.
"Hm haah." Amri menunduk menekur lantai. Sebenarnya dia malu nak cerita semua benda ni kat kawan dia. Tapi apa boleh buat,kawannya semua sudah tahu rahsia terbesarnya terpaksalah dia buka cerita juga.
"Serious ah wei??" Hazim tersenyum lebar melihat wajah kawannya.
"Iye la. Dia...dia crush aku." Kata Amri.
Kali ini Wafiq sudah tidak boleh duduk diam. Dia berdiri sambil menutup mulutnya. Wei! Wei! Wei!!! Betul ke aku dengar ni?
"Kau ni tak reti duk diam ah. Duduk." Amri menolak badan lelaki itu supaya kembali ke posisi duduknya.
Hazim tersengih-sengih. So sekarang ni,bukan Aisyah seorang la crush on kat Amri,tapi Amri pun crush on kat Aisyah.
Dia juga tahu yang Aisyah mempunyai perasaan kepada Amri. Bukan susah pun nak tahu si Aisyah tu minat kat Amri.
"Dah lama ke kau crush on kat si Aisyah tu??" Tanya Wafiq.
"Dah lama jugak ah."
"Yeke kau ni? Kalau betul kau dah lama crush on kat dia,kenapa kita orang ni tak perasan??" Haziq mula menggaru-garu pipinya.
Kalau betul dah lama si dia tu suka kat Aisyah,kenapa dirinya dengan kawannya yang lain tak perasan?
"Mana korang nak perasan,semua busy buat hal masing-masing." Kata Amri. Dia senyum sendiri mengingatkan kembali waktu dirinya masih bersekolah.
Dia amat gembira apabila dapat tahu dirinya satu kelas dengan Aisyah. Itu antara cara yang senang buat dirinya untuk melihat wajah gadis yang disukainya setiap hari.
Setiap kali Aisyah sibuk membuat kerja sekolah,pasti matanya akan fokus pada gadis itu. Ketika Aisyah tekun membuat kerja sekolah,dia kelihatan sangat comel.
Even tudung senget pun dia still nampak comel. Ahahahah. Kemaruk betul aku ngan budak ni.
Waktu hari sukan, sebenarnya dia berlari-lari mencari Aisyah. Nak tengok muka crush la katakan. Waktu kawan-kawannya Aisyah tu datang kata yang Aisyah nak tangkap gambar dengannya, dialah yang paling suka.
Tapi dalam suka-suka pun,dia akan tetap cuba kawal muka. Dia takut Aisyah sedar bahawa dirinya suka padanya. Kalau tak dikawal muka,takut nanti merah pula pipi aku bila berdepan dengan dia.
Waktu ada kelas tambahan pun,dia tetap memerhati Aisyah. Bila dia dapat tahu dia tidak dapat sama kumpulan dengan Aisyah,rasa down gila. Sebab dia memang teringin nak sama kumpulan dengan crush lamanya.
"Dahtu kenapa kau couple ngan Amiera kalau kau tahu diri kau tu suka kat Aisyah???" Tanya Hazim. Dia ingin tahu.
"Aku bukannya nak sangat sangat couple ngan dia. Dia tu ha tetiba confess kat aku depan orang ramai. Kau expect apa dari aku? Takkan aku nak tolak dia. Aku taknak malukan dia." Jelas Amri.
Ya,sememangnya gadis itu dululah yang confess,bukannya aku. Dahlah dia confess tu waktu hari sukan depan ramai orang,takkan la aku nak tolak kan?
Ketiga-tiga mereka mengangguk faham. Rupanya macam tu cerita dia.
"Ohhh gitu. So means kau tak pernah suka ah kat dia???" Hazim menginginkan kepastian.
"Yep." Laju Amri menjawab.
"So,nape kau macam sedih gila-gila lepas putus ngan Miera?? Tak nak gi rehat ah,nak duduk kat library je la. Asal?" Haziq sedikit pelik.
Kata tak pernah suka si Amiera,so kenapa lepas break up je ngan perempuan tu,muka dia always sedih??
"Aih! Aku bukannya sedih sebab aku dah break up ngan dia. Aku sedih and jealous bila teringatkan si Aisyah tu dengan lelaki lain." Mulut Amri memuncung.
Malas betul nak ingat balik. Geram je aku ngan laki itu. Waktu tu sehari sebelum dia putus. Boleh pula laki tu borak ngan Aisyah lama-lama kat meja belakang library.
Siap gelak-gelak pulak tu! Huh! Turun naik turun naik je darah aku ni. Bila dengan aku, si Aisyah tu mana ada senyum manis macam tu sekali.
"Mulut kau Am!" Hazim menggeleng. Gitu rupanya muka Amri bila jealous.
Dia ketawa kecil."Geram kau tahu ak? Ingat muka dia handsome sangat ke? Aku lagi handsome ah." Kata Amri. Dia bangga diri.
"Aku still cannot brain ah dengar cerita kau ni Am." Wafiq tersenyum-senyum.
"Aku dengar dari adik aku kau gi jumpa Aisyah semalam. Sebab tu ke tangan kau berbalut gitu?" Wafiq mengecilkan matanya.
"Aku nak jumpa dia sebab nak dia bagi tahu aku kenapa dia tak nak layan aku. Tak baca mesej aku. Tapi dia tu degil,tak nak cakap. Aku jadi naik darah ah lepastu aku tumbuk dinding. Aku ingatkan selow je aku tumbuk,sebab waktu tu aku tak rasa sakit pun. Tapi bila da balik,sakit dia buat aku nak menjerit." Cerita Amri.
"Hahahahahah." Haziq ketawa kuat. Itulahh,fikir diri dia tu hulk ke, takkan rasa sakit bila tumbuk dinding?
"Pasal handphone kau pula kenapa??" Soal Hazim.
"Oh tu. Aku call Aisyah 200 kali dia tak angkat. So aku geram,terbaling phone tu sambil retak seribu." Amri meraup wajahnya perlahan.
"What? 200 kali kau call? Kau kira?" Terbeliak mata Haziq.
Amri mengangguk seperti burung belatuk.
*
*
*
*
*
Hai my reader!so mcm mne utk bab kali ni? Ok tak?? Hope semua puas hati la ye???🤭🤭Saya akan buat yg trbaik utk habiskan cerita ni. Btw tq for all the support. Thanks sbb support sye dgn baca cerita ni dri awal sampai sekrg! Sya appreciate gila🙏😉
Vote for me and comments down if you guys like it.
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...