42~Kenapa kau?

289 29 2
                                    

"Apa masalah aku? Ha? Aku tanya apa masalah aku sampai kau kena cari pasal macam ni sekali kat aku? Cakaplah!" Suara Yanie juga sama kuat.

Suasana semakin tegang diantara mereka. Kawan-kawan yang lain hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur.

Takut nanti bila masuk campur kena marah pulak.

Apa yang boleh dilakukan oleh mereka ketika itu hanyalah sama-sama menahan Aisyah dan Yanie daripada melakukan sebarang keganasan. Empat orang di sebelah Aisyah dan empat orang di sebelah Yanie.

"Kau tanya aku, apa masalah kau? Kau ingatlah sendiri apa sebenarnya masalah kau." Jerit Aisyah. Sudah terbakar-bakar hatinya ketika itu.

Rasa geram dan sakit mula menyelubungi hatinya.

Yanie memandang tepat ke arah anak mata Aisyah. Ketika itu dia juga merasa geram. Sudahlah dia tidak tahu apa-apa, lepas tu tiba-tiba saja kena marah.

"Kau cakaplah. Kau cakap apa masalah aku." Kata Yanie.

Turun naik saja nafas Aisyah. Terasa ingin sesak nafas pun ada juga kerana terlalu marah. Dia menarik nafas panjang terlebih dahulu.

"Kenapa kau? Kenapa kena kau?" Suara Aisyah tiba-tiba rendah. Sayu saja suaranya kedengaran.

Yanie terdiam. Dia mula sedar akan silapnya yang meninggikan suara kepada kawannya. Melihatkan Aisyah yang seperti mahu menangis itu membuatkannya sedih.

"Syah... "

"Kenapa kena kau Yanie? Aku ni kawan kau tahu tak? Kita dah kawan lama. Kenapa kau kena buat aku macam ni?" Akhirnya air mata Aisyah sudah jatuh membasahi pipi.

Kawan-kawannya yang lain mula risau. Dah kenapa pula nak nangis ni.

"Weh Syah, jangan la nangis." Sofea memujuk. Ni pertama kali dia melihat gadis comel itu menangis.

Sepanjang persahabatan mereka, Aisyah lah budak yang suka buat orang gelak. Tapi melihatkan Aisyah yang menangis itu Sofea menjadi kesian dan pilu hati.

Tangan Aisyah laju mengesat air mata. Dia tidak mahu dianggap lemah di depan kawan-kawannya.

"Apa yang aku dah buat Syah? Apa??" Kata Yanie.  Suaranya tidak lagi tinggi seperti tadi.

"Hari tu. Kau keluar dengan Amri kan?  Kau keluar dengan dia kat jusco kan?" Aisyah menyoal.

Yanie terkaku. Terdiam dia disitu mendengarkan kata-kata Aisyah. Ketika itu dia tidak tahu apa yang patut dia katakan lagi. Raut wajahnya bertukar takut.

"Kenapa diam? Kenapa tak jawab? So, betullah kau keluar dengan dia?" Mata Aisyah sudah merah menahan marah. Dia semakin sakit hati mengingatkan kawannya sendiri keluar dengan orang yang dia suka.

Mereka berdua bergelak ketawa. Bersuka ria. Jika semakin diingat kembali, hatinya remuk. Sakit.

"Jawab laah!" Aisyah cuba mendesak Yanie.

"Ya. Okey, ya. Memang aku ada keluar dengan dia."

Tergamam kawan-kawannya yang lain. Mereka tidak menyangka bahawa Yanie sanggup keluar berdua dengan Amri iaitu crush Aisyah.

Cuma Syahirah yang tidak terkejut. Kerana dia sudah tahu dari awal cerita itu.

"Tapi Syah, aku bukan keluar dengan dia sebab dating. Aku just...

"Just apa? Keluar berdua tu bukan namanya dating ke? Kau cuba cakap ngan aku! Tu bukan dating ke?" Aisyah memotong ayat Yanie.

"Wei. Kau dengar la dulu apa aku nak cakap ni. Aku tak salah. Kau cuma salah faham ni." Kata Yanie. Suaranya merintih kepada Aisyah.

"Dah la Yanie. Aku dah tak nak dengar lagi apa yang kau nak cakap. Kau tahu tak? Aku kecewa dengan kau." Semakin laju air mata Aisyah mengalir.

Sedih hatinya hanya Allah saja tahu. Dia tahu Amri itu bukan miliknya tetapi dia tidak boleh melihat kawannya sendiri bersama lelaki itu.

Kawannya sendiri. Kawan baiknya!

"Syah, kau dengarlah dulu." Yanie cuba mencapai tangan Aisyah tetapi ditepis olehnya.

"Dah. Sekarang ni kalau kau nak suka kat dia kau sukalah. Kalau kau nak bercinta dengan dia kau bercintalah. Aku dah tak kesah sekarang ni. Aku dah penat. Penat sukakan seseorang dalam diam." Kata Aisyah.

"Apa kau cakap ni Syah?" Yanie mula susah hati.

"Mulai sekarang aku takkan suka Amri lagi.  Aku akan move on. Dah aku nak balik." Aisyah membetulkan beg tangannya di bahu. Dia sudah bersedia untuk beredar daripada situ.

"Syah. Aku mintak maaf. Please jangan buat aku macam ni. Aku nak berkawan dengan kau." Yanie menahan tangan Aisyah dengan penuh erat.

Perlahan-lahan tangan kecil Yanie itu ditolak.

"Aku pergi dulu." Aisyah beredar daripada situ dengan langkah yang besar. Dia langsung tidak menoleh kebelakang lagi.

Yanie yang mahu mengejar Aisyah itu ditahan oleh kawan-kawannya. Berguguran jatuh air matanya di situ.

"Syah! Aisyah!!" Terjerit-jerit Yanie memanggil Aisyah.

"Dah la Yanie. Biarkan dia kejap. Dua tiga hari nanti okey la dia tu." Wana di sebelah cuba memujuk kawannya. Diusap-usapnya perlahan lengan Yanie.

"Korang. Korang sini jelah dengan Yanie. Aku pergi ikut Aisyah oke? Aku risau pula kalau ada something happen kat dia." Ujar Syahirah.

Satu persatu wajah kawannya dilihat. Yang lain sekadar mengangguk.

"Aku ikut kau." Ain bersuara.

Tanpa buang masa Syahirah hanya mengangguk lalu berlari pantas mengejar Aisyah.

*
*
*
*
*
This story become more serious!  Oh my god! Hahahah.. btw cane chap ni? Wokey ke idok? Hope you all suka la ye?

Segala typo ampun ya. Hahaha.. kalau boleh hiraukan je segala typo selama ni.

Jgn lupa vote genk!

Love You My CrushWhere stories live. Discover now