22~Jalan-jalan(III)

273 28 0
                                    

Selepas sahaja selesai mereka menonton wayang, mereka semua bersetuju untuk makan bersama sebelum pulang.

Cerita yang ditonton mereka tadi amat menyeronokkan. Tajuk ceritanya ialah '47 Meters Down'. Cerita yang cukup menarik dan cukup mengagumkan.

Restoran KFC menjadi pilihan mereka. Pada mulanya mereka ingin makan di McDonald's tetapi restoran itu terlalu ramai. Penuh dengan orang ramai! Beratur pun sampai ke luar.

Haziq dan Wafiq diminta untuk memesan makanan manakala yang lain, duduk di meja yang telah dipilih.

"Weh, japgi nak gi mana??" Soal Ain.

Tudungnya sempat diaturkan. Cermin yang dibawa dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.

"Entah. Aku penat wei. Dah berjam-jam kita kat sini." Ujar Shahniz.

Dia duduk menongkat dagu. Matanya pula tepat memandang wajah kawannya itu.

"Ala relax ah Shahniz, awal lagi. Lepas ni kita gi popular jap tau. Aku nak beli buku." Kata Syahirah.

Lengan Shahniz yang duduk di depannya di pegang. Sengaja, untuk mengambil hati.

"Haah, haah! Nasib baik kau ingatkan Ira. Aku senanye nak beli buku kpop. Hari tu lupa nak beli." Wana sudah tidak sabar. Kakinya menghentak-hentak lantai.

Maisarah sekadar tersenyum melihatnya. Kalau bab-bab kpop ni dia je la.

Selepas sahaja selesai memesan makanan, Haziq dan Wafiq pun duduk mengambil tempat. Wafiq mengambil tempat di sebelah Aisyah Jo manakala Haziq pula mengambil tempat di sebelah Aleysa.

"Aduh, kau ni. Duduk sebelah aku pulak. Kat dalam kelas dah duduk sebelah aku dah la." Aisyah Jo melemparkan pandangannya ke arah Wafiq yang berada di sebelah.

Atas bawah Aisyah Jo melihatnya. Geram. Kalau kat dalam kelas duduk sebelah dia memang boleh pengsan! Nak kenakan orang je tahu!

"Suka hati aku ah nak duduk mana. Ada masalah kah??" Wafiq sengaja bermain dengan api.

"Ishh, kau ni! Nak menang je!" Aisyah Jo mendecit.

"Of course.  Takkan la aku nak kalah pulakk kan." Wafiq berlagak. Rambutnya yang disikat ke tepi itu dibetulkan lagi.

Wana sibuk menaip sesuatu di dalam telefon. Terdapat mesej daripada seseorang yang dikenalinya. Itu ialah ibunya. Ibunya menanya sama ada dia okey ataupun tidak di sana.

Dia tersenyum sendiri. Kuat risau betullah ibunya yang seorang itu. Aihh!

Selesai sahaja membalas mesej ibunya, kepalanya diangkat. Terlihat kawan-kawannya yang lain lagi sibuk berbual bersama.

Wajah Aisyah yang duduk di depannya dilihat. Dia sedang termenung jauh. Wana melambai-lambaikan tangannya di depan wajah Aisyah.

Mata kawannya itu langsung tidak berkelip. Betul-betul khusyuk termenung ni!

"Syah, oh Syah. Kau kenapa ni termenung?" Soal Wana. Tangan Aisyah dicuit-cuit.

"Hah? Apa dia?" Aisyah baru saja terbangun dari lamunan.

"Kau dah kenapa ni? Kau ada nampak siapa kat toilet tadi?" Wana ingin tahu.

Dari dia pulang ke tandas lagi dia sudah berwajah seperti itu. Termenung saja.

"Haah Syah. Aku pun perasan jugak yang kau ni temenung. Apehal? Aku nak tegur kau pun aku takut." Ujar Nadhirah yang duduk di sebelahnya.

"Aku nampak dia."

"Nampak dia siapa?"

"Aku nampak dia Nad. Dia. Amri."

Wana dan Nadhirah terkejut dengan pernyataan kawannya itu. Amri? Sudah lama dia tidak dengar nama itu disebut.

"Kau nampak Amri? Serious la? Kau tak salah tengok?" Wana seakan tidak percaya.

"Ye. Aku yakin yang aku nampak dia. Mata aku ni ha yang nampak! Tu betul-betul dia." Kata Aisyah.

Selepas sahaja dia keluar daripada tandas, dia terlihat kelibat Amri yang berjalan dengan seorang perempuan. Mereka kelihatan begitu mesra.

"Aku tengok dia okey je. Kenapa dia tak datang waktu SPM?" Sampai sekarang Aisyah masih lagi tertanya-tanya.

Apa yang membuatkan lelaki itu tidak hadir pada waktu yang genting? Apa yang sibuk sangat sehinggakan dia tidak hadir pada waktu yang akan menentukan masa depannya?

"Adalah tu sebab dia. Tak baik nak judge orang cepat sangat." Kata Nadhirah.

Bahu Aisyah diusap-usapnya.

"By the way, dia dengan siapa datang sini?"  Tanya Nadhirah.

"Dengan perempuan."

"Berdua je ke?"

"Haah. Aku rasa tu makwe dia baru kot."

"Tak delah. Aku tak rasa tu makwe dia..."

"Tak mustahil Nad! Amri tu handsome. Cukup. Lengkap. Siapa je tak nak kat dia tu."

"Eh dah laa. Tak baik kita buat andaian sendiri. Baik kau tanya je terus kat Amri. Senang." Kata Nadhirah. Dia memberi cadangan.

Kalau nak bagi cadangan ni, memang muka dia je.

"Haah. Baik kau tanya je si Amri tu. Chat dia. Tanya dia kenapa dia tak datang waktu SPM." Wana bersetuju dengan cadangan yang disuarakan oleh Nadhirah.

Aisyah masih diam membisu. Dia langsung tidak mengiyakan cadangan yang telah disuarakan oleh Nadhirah. Kepalanya masih memikirkan hal tadi.

"Weh, dah dah. Ni ha, makanan dah sampai. Jom makan." Kata Sofea

Makanan yang sudah tiba itu ditolak ke meja Aisyah. Selepas sahaja membahagi makanan,  barulah mereka mula makan.

Doa diketuai oleh Hazim. Dialah ketua pengawas dan dialah ketua pada hari ini.

"Gais, tangkap gambar lu." Suara Maisarah yang dihujung meja menarik perhatian mereka.

Telefonnya dikeluarkan dan kamera ditekan. Mereka yang lain, terhenti daripada makan dan terus memandang skrin telefon Maisarah.

Dengan kiraan 1 2 3 dan

CLICK!

*
*
*
*
*
Gais srs gue gak tahu nak tulis apa untuk bab seterusnya. So kalau lmbt I update minggu depan I'm so sorry

Ada typo abaikan. Anda semua mesti faham en npe?? Hahahaha

Keep support me and vote




Love You My CrushWhere stories live. Discover now