"Mai! Mai! Bangun anak oi! Matahari da atas kepala da oi! Bangun!" Jeritan daripada ibu Maisarah membuatkan Maisarah terus terbangun daripada tidur.
Dia duduk dengan mata yang masih terpejam. Mulut nya sudah bergetar-getar terasa ingin menangis. Muncung sedepa. Hari cuti pun nak kena bangun awal. Ah!!
"Tidur lagi ke? Bangun la! Kita nak pergi kenduri la. Dah tengah hari ni!" Suara ibunya kedengaran lagi.
"Ye ma! Mai da bangun la ni. Ish, awal lagi kut." Matanya dikesat-kesat.
Lambat-lambat dia bangun daripada tempat tidur. Tuala yang disidai di belakang pintu diambil lalu dibawa bersama ke dalam tandas.
Selepas 30 minit menghabiskan masa di dalam tandas, akhirnya Maisarah pun keluar.
Sejurus saja dia keluar daripada tandas dia terus berjalan menuju ke arah almari bajunya. Pintu almari dibuka, lalu matanya melilau memilih baju apa yang ingin dipakainya.
Terdapat dua pasang baju kurung yang menarik perhatiannya. Baju pertama merupakan baju kebaya moden. Warnanya terlihat nyaman saja. Biru laut.
Baju yang kedua pula ialah baju kurung biasa yang bercorakkan bunga-bungaan yang cantik. Warna baju nya pula cantik dan tidak terlalu menyerlah. Warna putih.
Dia berfikir sejenak. Nak pergi kenduri kahwin mak cik jauh dia. Setakat nak pergi kenduri, pakai baju biasa rasanya bole kot.
Jadi pilihan akhirnya, dia lebih memilih baju kurung biasa berbanding baju kebaya moden. Pada mulanya mahu juga dia memakai baju itu, tetapi dia baru saja teringat bahawa minggu yang lalu dia memakai baju itu.
Sepantas kilat baju kurung biasa itu sudah kemas terpasang di badannya. Tudung selendang hitam digandingkan bersama dengan warna bajunya.
Selepas selesai mengemas diri, dia pun turun ke bawah.
"Ma, Mai dah siap ni." Kata Maisarah. Dia duduk menongkat dagu di meja makan. Beg tangan yang dibawa bersama tadi diletakkan di atas meja.
Matanya meliar mencari si ibu dan ahli keluarganya yang lain.
"Ha, dah siap? Bagus. Mama pun dah siap jugak. Tunggu adik kamu je. Sibuk nak bersikat-sikat daripada tadi." Ujar ibunya yang baru saja keluar daripada tandas.
Dia melihat anak perempuan nya itu dari atas ke bawah.
"Cantik Mai pakai baju ni." Pujian daripada ibunya membuatkannya mula tersenyum lebar.
"Heheh... mana ada. Mai rasa biasa je guna baju ni." Maisarah melihat baju yang terpasang di badannya sendiri.
"Dah lama juga Mai tak guna baju tu. Tulah, mama tengok seri dia lain macam sikit." Kening ibunya terangkat-angkat.
Maisarah menggeleng. Ada saja ibunya itu.
"Adik! Ooo adik! Adikku Ayyan, cepatlah kita dah nak gerak ni. Ya allah, lambat betul adik ni nak bersiap! Macam perempuan!" Kuat suara Maisarah. Macam mak nenek.
Adiknya itu kalau tidak dipanggil memang akan lebih lama lah dia di atas sana. Nama je laki, tapi macam perempuan jugak... terhegih-hegih (?)
"Yela kak Mai! Ayyan datang ni." Jerit adiknya dari di tingkat atas.
Kedengaran tapak kaki adiknya yang laju menuruni tangga. Ayyan tersenyum memandangnya.
Adiknya itu baru berumur 4 tahun. Muhd Rayyan. Kecik lagi. Comel. Dah la pendek. Kalau tengok ketinggian dia yang pendek tu mesti orang ingat dia baru 3 tahun.
Tapi percakapan dia bagus. Tak ada gagap-gagap. Lancar je.
"Eh, mana kak long? Tak siap lagi ke?" Soal Maisarah. Dia mencari-cari kakaknya.
"Kak long tak ikut. Dia tak sihat kat atas tu. Papa pula ada kerja. So kita bertiga jela yang pergi." Ujar ibunya.
Maisarah hanya mengangguk sekali. Patut lah semalam dia tengok kakaknya asyik terbaring saja di atas tilam. Sakit rupanya.
"Ok jom. Jauh jalan kita hari ni. Takut nanti lambat pula kita sampai."
Skip....
Selepas sejam berada di dalam kereta akhirnya mereka sampai ke destinasi. Maisarah dengan langkah yang ayu, keluar daripada perut kereta. Tudung yang dipakainya sempat di 'adjust'(?) supaya kelihatan lebih kemas.
Rayyan iaitu adiknya yang baru saja keluar daripada kereta itu dipandang sekilas. Dia menguntum senyuman. Tak sangka adik lelakinya sorang itu sangat handsome. Dulu waktu kecik tak adalah handsome mana.
"Ayyan, sini. Pegang tangan akak ni." Maisarah melambai memanggil adiknya.
Rayyan dengan gembiranya berlari mendapatkan kakaknya.
Mereka berjalan menuju ke bawah khemah. Terlihat ramai tetamu yang hadir di situ. Melilau Maisarah mencari tempat duduk. Toleh ke kanan, toleh ke kiri.
Tak nampak pula mana-mana tempat kosong.
"Akak, tali kasut akak tercabut." Adiknya Ayyan tiba-tiba bersuara.
Maisarah terus menunduk melihat kasutnya. Iyalah. Tali kasutnya tercabut. Dengan lekas dia terus membetulkan tali kasutnya itu.
Kalau tidak dibetulkan terus takut nanti ada orang terpijak. Dia memang suka memakai kasut bersama baju kurung, kerana baginya itu gaya trend sekarang. Cantik! Hipster gitu!
"Da siap. Jom." Selepas saja dia selesai membetulkan tali kasutnya, dia terus menarik tangan adiknya untuk ikut bersama.
Ketika itu dia tidak menyedari bahawa terdapat seseorang dihadapannya, jadi dia terus melanggar orang tersebut.
"Auch!" Maisarah memegang kepalanya. Tudungnya sudah tidak betul.
"Sorry sorry tak sengaja." Dia meminta maaf. Dia sedar itu salahnya. Dia juga yang tidak melihat di depan dulu.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat si gerangan di depan mata. Seperti tidak percaya saja dia melihat gerangan itu di depan matanya. Dia mengedip-ngedipkan matanya beberapa kali.
"Akak." Adiknya yang berdiri di sebelah menggoyang-goyangkan tangannya.
Maisarah menoleh.
"Ni adik kau ae?" Soal gerangan di depannya.
"Eh kau, sibuk je." Maisarah mendecit.
Dalam hati dia sudah terasa kelam kabut. Aduhai!!! Macam mana pula la bole jumpa kat sini? Banyak-banyak kenduri sini jugak kau ada ae Hazim!
"Hy adik? Nama adik siapa?" Hazim menyoal budak lelaki yang berdiri kaku di sebelah Maisarah. Dia sedikit menunduk untuk melihat wajah budak lelaki itu.
Pendek sangat budak tu. So terpaksa la tunduk sikit.
"Hm" adik Maisarah kelihatan takut. Dia sedikit menyorok di belakang kakaknya.
"Takpe." Kata Maisarah.
"Rayyan."
"Oh Rayyan. Nak panggil apa ni?" Hazim semakin ramah. Dia tersenyum lebih lebar.
"Ayyan je." Ujarnya.
Hazim hanya mengangguk. Setelah itu dia meluruskan badannya kembali. Dia melihat Maisarah di depannya.
Dari atas ke bawah dia memerhati. Dia mengangguk-angguk dan tersenyum dengan penuh makna.
Maisarah terasa pelik pula dengan lelaki itu. Apesal tah tengok orang semacam.
"Apa tengok-tengok?" Maisarah bersuara. Dia sedikit berganjak ke belakang.
*
*
*
*
*
Oke tak gais? Hahahhaha.. entalaaa gue da x ada idea daa.. sowy wei.. hope all the readers oke la ye???Sory sbb buat readers tertunggu-tunggu... hahahahhaah
YOU ARE READING
Love You My Crush
LosoweTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...