Aisyah duduk membaca buku di meja belajar. Selepas selesai membaca buku fizik kini buku biologi pula yang di bacanya.
Esok merupakan hari yang penting buatnya. Hari peperiksaan SPM! Rasa takutnya masih lagi tidak hilang. Rasa itu, sememangnya membuatkannya tidak dapat tidur lena.
Jam di atas mejanya itu dikerling. Jam sudah berganjak pada jam 10 malam. Ah!! Matanya masih lagi tidak mengantuk.
Matanya mula beralih pada kanan meja. Bertimbun buku di situ. Buku yang dibacanya sekarang merupakan buku yang ke-12. Tetapi dia langsung tidak mengantuk.
Telefon yang dicas di penjuru bilik diambil. Group WhatsApp 10/10 nya dibuka.
10/10 GROUP
Aisyah: Wei korang! Dah tidur ke?
........
Nadhirah: Belum lagi. Aku busy baca buku ni.
Aleysa: Aku takut wei! Besok SPM! Ahhhh! Cane ni?
Maisarah: Aku pun sama. Takut wei. Serius beb, menggigil aku kat rumah ni ha.
Wana: Menggigil? Bapakk ah.
Maisarah: Betul la kau ni. Tak caye pula.:(
Aisyah: Korang study ape je?
Shahniz: Aku study benda yang masuk exam besok la. Esok kat ujian BM, so aku baca buku BM je la.
Aisyah: Ohh
Syahirah: Aku pun baca buku BM juga. Yelah, besok kat BM dulu. So, aku just fokus untuk tu je.
Yanie: Aku baru je nak get ready tidur.
Aisyah: Get ready nak tidur? Pergh. Relax siakk.
Yanie: Alah, aku dah study la dari petang tadi. Ni nak tidur la pula. Kau masih baca buku ke Syah?
Aisyah: Sekarang ni, aku baca buku yang ke 12 kau tahu? Rasa macam jammed otak aku ni. Haih!
Syahirah: Relax la Syah. Tak boleh push sangat otak kau tu untuk belajar. Boleh gila tau.
Aisyah: Ter 'overdose' pula. Haha.
Ain: Weh, korang nak dengar gosip sebelum tidur tak?
.....
Wana: Kau ni! Besok nak SPM pun masih ingat gosip. Apalah kau ni!
Ain: Lek lek tenang je la. Aku bergosip ni just nak bagi korang rasa tenang sikit. Tak la asyik-asyik kusut kepala nak fikir pasal belajar.
Wana: Hm.
Aleysa: Ha, citer la citer! Nak tahu juga ni.
Maisarah: Aku pun nak tahu!
Shahniz: Best sangat ke citer gosip kau ni?
Ain: Best la. Gila kau tak best. Jom kawan-kawan dengar citer ni.
Nadhirah: Apa dia? Citer la cepat. Aku nak tidur ni.
Ain: Okey aku baru je dapat gosip ni dari kawan aku punya kawan punya kawan ha. Dia orang kata yang si Amiera tu cuba nak tackle Amri balik!
Aisyah: Tackle balik? Apehal pula? Bukan ke dia dah tak suka kat Amri? Ni dah kenapa nak kat dia balik??
Aisyah sudah buat muka. Kepalanya dipegang. Aih! Penyibuk la dia ni!!!
Ain: Uish! Kemain lagi laju kau typing ae?
Sofea: Biasalah Aisyah kan? Kalau pasal crush dia laju je.
Aisyah: kau!
Ain: Aku tak habis cakap lagi kau dah potong. Dia nak tackle balik bukan sebab dia masih suka kat Amri. Dia nak tackle balik sebab dia nak main-mainkan si Amri.
Wana: Aik? Pelik perempuan ni. Penat dah ke kejar abang aku? Hahah
Sofea: Kan? Itulah itu.
Aisyah: Nak main-mainkan Amri? Kenapa? Tak cukup ke yang dia tu dah patahkan hati Amri??
Maisarah: Sabar Syah!
Ain: Aku dengar, dia kena dare dengan kawan dia. So dia terpaksa la ikut. Kau tahu tahu je la dia dengan kawan-kawan dia tu. Suka sangat main dare.
Aisyah: B*d*h ah! Ishhhh! Geram aku.
Wana: Sabar! Besok kita nak SPM tau. Tak baik mencarut-carut ni.
Aisyah: Sorry. Perempuan tu ha. Geram aku.
Nadhirah: Kau tak payah risau la Syah. Amri takkan suka kat Amiera balik. Trust me! Kau macam tak kenal Amri, bila dia dah tak suka kat seseorang tu memang takkan suka la.
Aisyah: Hope macam tu la.
Yanie: Eh dah dah. Cukup. Tak payah citer pasal dia lagi. Now, tidur gais. Besok dah SPM..
Shahniz: Haah! Tidur lagi. Esok nak kena bangun awal.
Aisyah: Yelaa.
Syahirah: Good luck my friend! Buat betul-betul. Jangan lupa baca bismillah nak jawab nanti.
Maisarah: Nanti aku baca bismillah sebelum jawab. Kau pun sama good luck! !
Sofea: Good luck baby baby kita!!!!
Aisyah: you too!
Selepas itu, telefonnya diletak di tepi. Aisyah mengemas mejanya yang berselerak itu menjadi kemas. Dia bersiap sedia untuk tidur.
Dia mula baring di atas tilam. Matanya dipejam rapat buat seketika.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Lekas saja Aisyah bangun dari pembaringan. Skrin telefonnya dilihat. Amri call? Malam-malam gini? Apehal??
"Hello? Amri. Ada apa call aku malam-malam ni? Ada hal penting ke nak cakap?" Soal Aisyah.
Dalam hati dia sudab dup dap dup dap menunggu jawapan daripada Amri.
"Eh Syah. Sorry sorry. Aku senanye tercall kau. Aku nak letak balik tapi kau dah angkat. Sorry ae?"
Suara Amri di corong telefon membuatkannya tersenyum. Ya allah suara! Boleh gila dengar.
"Ohh tercall rupanya. Tak pe. Tak pe." Kata Aisyah. Hatinya mula berbunga-bunga.
Tercall pun tercall la. Rezeki ni namanya.
"Hm, kau dah tidur ke?"
"Belum. Aku baru je nak otw tidur."
"Oh, so aku ganggu kau la ni?" Tanyanya.
"Tak ah."
"Hm, tak pela. Kau tidur la. Besok kau kan amik SPM."
"Kita amik SPm. Bukannya aku sorang je. Kau ni."
Tergelak Amri di corong telefon.
"Haah. Aku lupa pula.""Ok la. Good night. Good luck untuk besok." Kata Aisyah.
"Kau pun good luck tau! Night!"
Tup.
Panggilan terus dimatikan.Aisyah sudah tersenyum-senyum sendirikan. Kakinya dihentak-hentak. Sukanya! Dia kata good luck kat aku!!! Ahhhh.
Good luck Amri!
*
*
*
*
*
Ok boss bossku!dah siapp! Ok tak bab ni? Entala. Rasa cam hambar je? AhhhBtw hope you gais suka baca ye? Vote and vote and vote!!! Bubye
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...