45~Dia block aku

286 31 1
                                    

Hari ini Yanie akan berjumpa dengan Amri. Dia harus meminta pertolongan daripada lelaki itu untuk memujuk kawannya semula.

Dia sudah tidak betah mahu bergaduh dengan Aisyah. Dia merasa sedih kerana Aisyah langsung tidak melayannya.

Mesej WhatsApp nya tidak dibalas. Call daripadanya pun Aisyah tidak mahu jawab.

Dia berjumpa dengan Amri dengan bertemankan 3 orang kawannya iaitu Sofea, Aisyah Jo dan juga Aleysa. Dia orang mestilah kena ada sebagai saksi yang dia tidak berduaan dengan Amri. Kalau tidak?

"Wei Yan? Bila dia nak sampai ni? Lama gila. Kau tahu tak kejap lagi aku nak keluar? Aduh!" Aleysa yang duduk di sebelahnya tiba-tiba bersuara.

Jam tangan di tangan kirinya dikerling. Pukul 2.15. Sudahlah dia  berjanji dengan ibunya mahu ikut pulang ke kampung bersama 3.30 petang nanti.

Nanti lambat, jalan jammed pula.

"Eh kau. Apa Yan, Yan? Yanie la." Yanie menjegilkan matanya ke arah Aleysa.

Punyalah sedap mak bapak dia bagi nama Azliyanie. Panggil la Yanie. Sedap la sikit telinga dia dengar. Ni tak. Yan, dia panggil aku?!

"Kau dah tahu kau kena balik kampung kejap lagi, yang kau nak ikut sekali dah kenapa? Alamak ai kau ni." Aisyah Jo memandang wajah Aleysa dengan muka tidak puas hatinya.

Budak ni masalah betul. Ikutkan hati mahu saja dia menyekeh kepala Aleysa itu, tapi itulah malu. Takut nanti orang kiri kanan tengok.

Aleysa sekadar tersengih. Dia bukan apa. Dia nak juga dengar and nak tahu apa yang dibualkan oleh dia orang dengan Amri.

"Sabar jela. Kejap lagi sampai la dia tu. Janji nak datang pukul 2.30 kan? So tunggu jela." Kata Sofea. Tenang saja suaranya.

Dia kembali melihat skrin telefonnya. Laju saja tangannya menaip mesej. Dia pelik, tiba-tiba saja orang yang tidak dikenali menghantar mesej kepadanya.

Dia pun selamba melayan. Bosan jugak, sebab tak ada orang nak chat dia so layan kan je la.

"Assalamualaikum." Suara lelaki memberi salam mengejutkan mereka semua yang sibuk melayan diri.

Masing-masing mengangkat muka melihat si gerangan memberi salam.

"Waalaikumsalam. Ha, Amri sampai pun kau. Duduk ah." Aisyah Jo mempelawa lelaki itu duduk di depan mereka berempat.

Amri hanya ikutkan saja apa yang diminta oleh gadis itu. Dia duduk kemas di depan empat orang gadis itu. Terasa kekok pula dia duduk di situ.

Sudahlah dia sorang saja lelaki. Lepastu ada empat orang perempuan. Pergh! Malu seh.

"Okey, hari tu Yanie ada kata tak sebab apa kita orang nak jumpa kau ni?" Aleysa menanya. Sempat cermin matanya dibetulkan.

Amri berfikir seketika. Dia kurang ingat. Bingkai cermin mata hitamnya dipegang.

"Oh dah ingat. Nak pujuk Aisyah kan?" Amri meminta kepastian. Dia memandang wajah Yanie dengan raut muka yang kurang pasti.

Yanie sekadar mengangguk.

"Kau tahu tak kenapa kita orang nak kau tolong kita orang pujuk Aisyah?" Kini giliran Sofea pula menanya.

Amri merasakan dirinya macam membuat salah pula. Sorang-sorang menanya dia.

"Tahu." Jawab Amri dengan nada yang rendah.

Yanie sudah menceritakan cerita itu pada Amri. Tetapi tidak semuamya benar. Dia hanya mengatakan kepada Amri bahawa Aisyah merajuk kerana tidak memberi tahunya bahawa dia berjumpa dengan Amri.

"Memandangkan kau dah tahu, so boleh la kau tolong kita orang pujuk dia ni?" Aisyah Jo mengangkat kening nya berulang kembali.

Amri mengangguk sekali.
"Boleh je, anything for her. Tapi macam mana nak pujuk dia?" Kata Amri. Dia tidak tahu bagaimana mahu memujuk gadis itu. Sudahlah bab-bab begini dia lemah.

Yanie dan kawan-kawannya diam seketika. Mereka juga tiada idea.

"Macam ni jela, apa kata kau chat dia? Ala, kau pujuk-pujuk je dia. Ayat tu kalau boleh baik ah sikit. Cane, bole ak?" Aleysa memberi cadangan.

Wajah Amri dipandang dengan penuh perhatian. Walaupun idea dia kurang bernas, tetapi tidak salah untuk mencuba. Mana tahu, jadi.

"Boleh jugak tu. Apa kata kau try chat dia." Kata Aisyah Jo.

Amri mengeluarkan telefon daripada poket bajunya. Setelah itu dia meletakkan telefon itu di atas meja, agar gadis-gadis didepannya itu dapat melihat apa yang ditaipnya.Aplikasi WhatsApp ditekan.

Jarinya laju men'scroll' ke bawah.

"Lama betul kau cari nama dia? Kau save nama dia apa ni?" Aleysa mula merasa bengang.

Nak cari benda tu pun susah. Sampai struggle nak cari nama contact si Aisyah tu.

"Ecah♥." Jawab Amri pendek.

Gadis-gadis didepannya hanya mengangguk.

"Ok dah jumpa. Aku chat ae?"

Laju tangan Amri menaip. Sebagai pembuka kata, dia memberi salam terlebih dahulu. Selepas itu, dia terus menanya khabar sama ada gadis itu sihat ataupun tidak.

Lama juga dia menunggu jawapan daripada gadis itu. One tick saja. Profile WhatsApp Aisyah tiada. Last seen pula tidak ada.

Berkerut dahi Amri.

"Dia block aku." Wajah Aisyah Jo dipandangnya.

"What? Block? Cane kau tahu?" Aisyah Jo seakan tidak percaya. Takkan kot Aisyah tu nak block Amri.

"Aku rasalah. Dp dia ni tak ada. Last seen pun tak ada. One tick pula tu. So, aku rasa dia block aku la." Wajah Amri bertukar sedih.

Dia merasa sedih kerana tidak dapat membantu untuk memujuk Aisyah. Pasti kawan-kawan Aisyah susah hati kerana kawannya itu belum dapat dipujuk.

"Sorry wei." Amri senyum segaris.

*
*
*
*
*

Gais, hambar tak bab ni? Rase mcm tak best je? Ahahhahahah.. btw, hope readers oke la ae ngn bab ni. Ini je sye mampu buat.

Please wait for the next chap! Jgn lupa vote!! Muahh

Love You My CrushWhere stories live. Discover now