"Wei, Mai kau buat apa ha kat toilet? Lama betul!" Kata Sofea. Suaranya kuat.
Kelibat mereka berdua yang masih jauh itu dilihat. Geram pula. Punyalah lama dia kat tandas! Buat tandas sekali ke apa?
Maisarah sekadar tersengih! Halah-halahh! Lambat sikit pon tak boleh.
"Biasalah minah ni. Nak betulkan tudung jer!" Wana mengeluh.
Perangai kawannya sorang tu memang tak berubah. Dari form 2 sampai tua form 5 ni pun masih teringin nak ke tandas lama-lama semata-mata nak betulkan tudung.
Mereka yang lain sekadar menggeleng.
"Takkan la lama-lama kat tandas just sebab nak betulkan tudung?" Soal Nadhirah. Dia tidak percaya.
Biar betik kawannya itu. Dia tidak begitu rapat dengan Maisarah. Kelas berlainan katakan.
"Menyempat tadi tangkap gambar ngan crush!" Kata Wana kuat.
Biasalah kalau bab crush kawan-kawannya itu mestilah tak boleh nak rahsia. Benda wajib kena cerita kat geng nya!
Maisarah sudah menepuk-nepuk bahu Wana. Geram betul dengan perempuan itu! Ish!!
"Patutlahh lama." Aisyah sudah tersenyum.
"Eh dah la. Cepat lah nak tangkap gambar ni." Aleysa sudah bising.
Tangannya sudah berada di pinggang. Dah la dia dari tadi menunggu. Boleh pula sambung borak.
Mereka yang lain dengan lekasnya berlari mendekati Aleysa. Baik mereka layankan saja Aleysa itu. Kalau tidak dilayan nanti merajuk pulak.
Click! Click! Click!
Banyak gambar yang diambil oleh mereka.
Aleysa selaku yang memegang telefon menilik satu persatu gambar yang diambilnya. Cantik! Lighting kuat betul kat sini.
"Wei!" Suara Haziq mengejutkan mereka.
Aisyah dan kawan-kawannya menoleh ke arah Haziq. Haziq bersama Hazim, Asyraf dan Wafiq ketika itu.
Mereka berempat menuju ke arah geng-gengnya.
"Apehal kau ter wei-wei ni?" Tanya Aisyah.
Perangai Haziq memang begitu. Suka sangat meng WEI kan orang.
"Hahaha.. saja. Korang tangkap gambar memang tak suka ngajak. Nak juga masuk dalam gambar." Haziq membuat muka seposen.
Dia cuba meraih simpati daripada sang gadis-gadis di hadapannya. Bia membuat muka comel.
"Kau tak yah buat muka comel cam tu boleh tak? Aku rasa nak tumbuk je muka kau!" Geli geleman Wana melihat wajah Haziq itu.
Kalau dia tumbuk muka laki tu, memang biru la mata dia.
"Kau marah pun comel Wana." Lelaki itu tiba-tiba memujinya.
Terkejut Wana mendengar pujian daripada Haziq itu. Mimpi apa tetiba je nak cakap aku comel?!
"Kau ni memang nak kena!" Wana sudah mengepul penumbuknya.
Haziq sudah berlari menyorok di belakang Wafiq. Nasib ada Wafiq, boleh lah jadi backup dia. Kalau tidak ada memang mampus la dia di situ!
"Wana, cuba behave sikit. Lengan baju tu. Tak boleh nak tinggi lagi ke lipat?" Wafiq menjeling ke arah adik kembar nya itu.
Cuba lah jadi perempuan sejati sikit! Aih! Susah dapat adik macam dia tu.
Wana buat-buat tidak tahu. Dia hanya membetulkan tudungnya yang terasa tidak betul.
"Orang cakap buat tak tahu je dia." Wafiq geram.
"Yela. Kita dengar laa." Wana mengalah.
"Jom la tangkap gambar. Tadi sibuk kata nak masuk dalam gambar la apa lah. Cepat la." Aleysa memanggil.
Haziq dengan kawannya apa lagi? Berlarilah nak masuk dalam gambar!
Yanie yang terlihat Aisyah Jo yang bermain handphone tidak jauh itu terus memanggil.
"Syahjo!" Yanie melambai-lambai.
Aisyah Jo yang sibuk bermain telefon itu menoleh ke arah suara yang memanggilnya.
Dia tersenyum lalu berjalan mendekati mereka.
"Jom la tangkap gambar sekali." Ajak Yanie.
Aisyah Jo sekadar mengangguk. Orang ajak kan. Kita on je la.
Aisyah sibuk membetulkan tali kasutnya. Dia tidak masuk dalam gambar. Katanya malas. Penat asyik-asyik tangkap gambar.
Tali kasut nya itu diikat dengan penuh kemas.
Tiba-tiba ada satu tangan yang menepuk bahunya. Dan dia pun menoleh. Itu ialah Hazim. Aisyah berdiri memandang lelaki itu.
"Syah, dia ada." Kata Hazim.
Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket.
"Hah? Tak faham. Siapa yang ada?" Aisyah pelik. Dahinya yang berkerut di garu-garu.
"Dialah. Si dia. Dia datang." Ujar Hazim sekali lagi.
Keningnya tidak henti-henti terangkat.
Aisyah cuba meneka siapakah gerangan yang dikatakan oleh Hazim itu. Dia. Siapa dia? Jap. Jangan cakap dia ada kat sini lah?!
Biar betul. Dia ada?
"Dia ada? Kau biar betul. Mana dia?" Mata Aisyah sudah mencari-cari. Meliar matanya mencari sekeliling.
"Dia ada kat tempat duduk pondok sana. Kau ajak la dia datang sini. Cakap aku yang ajak." Kata Hazim.
Aisyah sudah tersenyum lebar. Dia tidak sangka lelaki itu datang. Mungkin Amri datang kerana mahu melihat kawan-kawannya.
Takkan la nak tengok diri dia pula kan? Mimpi ke apa!
Aisyah mengangguk lalu berjalan mencari Amri. Matanya meliar mencari dengan penuh tenang. Tak perlu nak susah hati sangat mencari, takut tak terjumpa pula.
Dari kejauhan dia terlihat seorang lelaki yang sedang terbaring di tempat duduk. Aisyah dengan rasa ingin tahu siapakah gerangan tersebut dia pun membuka langkah mendekati.
Perlahan-lahan dia cuba berjalan ke arah lelaki itu. Wajah lelaki itu diamati. Itu ialah Amri. Dia sedang dibuai mimpi.
Aisyah sudah tersenyum-senyum. Kat sini pun dia boleh tidur. Aih!
Niatnya yang mahu membangunkan Amri tidak terjadi. Cahaya matahari yang tepat menumpu ke wajah Amri dilihat. Seperti bercahaya wajah lelaki itu.
Aisyah meletakkan tapak tangannya di hadapan wajah Amri. Buat macam ni baru lah tak panas, fikir Aisyah.
Tangan kanannya mengambil telefon di poket baju. Telefon itu dikeluarkan dan dibukanya kamera. Dia mahu menangkap gambar lelaki itu.
Snap, snap, snap! Banyak gambar yang diambil olehnya. Boleh simpan. Nasib baiklah dia sempat mute kan telefonnya itu. Kalau tidak boleh terbangun Amri mendengar bunyi orang menangkap gambarnya.
Aih! Handsome!
*
*
*
*
*
Done geng! Hope anda sume suka la ye?? Hahahahah. Jangan lupa vote sekali! Sayang ando-ando sumee
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...