Aisyah mencari-cari kelibat rakannya. Susah sikit sejak masuk form 5 ni. Semua lain kelas. Sorang ambil sains, sorang ambil akaun. Jauh-jauh kelas semua
Aih! Susah benar nak jumpa. Pagi-pagi nak jumpa pun susah.
Sekarang pukul 6.50 pagi. Awal. Excited la! Hari ini merupakan hari sukan di sekolahnya. Terdapat banyak acara sukan yang akan dipertandingkan.
Aisyah mempunyai 10 orang rakan. Dan boleh dikenali sebagai geng 10/10. Tetapi dalam grup nya itu, hanya Wana lah yang paling aktif bersukan.
Masuk acara itu, ini. Susah nak rasa penat dia tu.
Dari kejauhan dia sudah menangkap wajah Maisarah dan Wana yang sedang berjalan beriringan ke arahnya.
"Hai Aisyah!" Wana menegur. Senyuman lebar sampai ke telinga.
Excited sangat la tu nak lari.
"Assalamualaikum." Aisyah memandang wajah Wana.
Wana ni memang susah sikit nak bagi salam pagi-pagi. Alasan dia lupa je. Harap je solat 5 waktu. Aih!
"Hehe.. waalaikumsalam."
"Ha, wei! Korang bawak phone tak? Tak sabar dho aku nak tangkap gambar. Nak tangkap gambar dengan crush! So, aku nak kena cari lighting padu sikit ah. Baru cantik." Ujar Maisarah.
Tergeleng-geleng kepala Aisyah.
"Aku bawa. Tapi guna phone kau je la untuk tangkap gambar. Maklum la, hand phone tak canggih." Wana tersengih.
"Ye la. Syah, kau bawak tak?" Soal Maisarah ke arah Aisyah pula.
"Of course. Nak tangkap gambar dia katakan.." Aisyah ketawa mengekek. Geli hati.
"Oh.. faham faham." Maisarah menepuk paha Aisyah kuat. Dah start nak jadi sotong la si Mai ni. Bergerak-gerak je badan dia.
"Ehh kau. Suka pula tepuk-tepuk aku." Tangan Maisarah dialihkan.
"So korang jangan lupa ye tolong tangkapkan gambar aku. Pastikan gambar tu akan jadi the best moment aku." Kata Aisyah. Dia susah berangan-angan.
"Untuk kau, kacang je. Nanti aku suruh geng kita duk sedia hand phone depan muka kau. Biar kita snap gambar banyak-banyak." Wana membuat muka berlagak.
"Eleh kau. Nanti bual je lebih." Bibir Aisyah disengetkan.
"Tak de nye bual. Aku serius ae. Lepas aku habis lari, aku tangkapkan gambar. For sure, gambar yang aku ambil tu la yang the best!" Ibu jarinya diangkat.
Aisyah hanya mengangguk mengakuinya.
_______________________________________
Akhirnya selesai juga acara sukan di sekolahnya hari ini. Seronok betul tengok antara rumah sukan bertungkus-lumus mencari mata buat rumah sukan masing masing.
Aisyah juga gembira buat Wana, iaitu rakannya yang telah dinobatkan sebagai olahragawati sekolah. Bukan main happy je si Wana tu. Dapat pingat besar. Siapa je tak suka?
Dalam dia bersuka ria itu, matanya tidak henti mencari kelibat seseorang.
Maisarah yang perasan dengan tindak laku rakannya terus menegur.
"Kau cari siapa Syah? Resah semacam je aku tengok. "
"Haah. Aku ni pon duk perati je kau. Tengok kiri kanan. Pehal? Tak sabar ke nak balik?" Soal gadis bernama Nadhirah.
Rakan-rakannya yang lain turut menoleh ke arahnya.
"Cari Amri ke?" Aleysa tersengih.
"Aku tadi nampak dia. Rasanya dia ada kat surau la. Tengah duduk kat luar." Shahniz memberitahu.
"Yeke? Kalau macam tu, jomlah!" Dengan penuh bersemangat Aisyah mengajak.
Sembilan orang kawannya terhibur melihat Aisyah yang gembira itu. Tanpa berlengah, mereka pun menyusul Aisyah daripada belakang.
Tiba sahaja di surau sekolah mereka terhenti.
"Tu Amri. Elok lagi tengah duduk sorang-sorang tu. Pergi la ajak dia tangkap gambar." Wana bersuara.
Wajah Wana dipandang. Senang betul dia ni suruh aku cakap kat Amri nak tangkap gambar sama-sama. Malu la muka aku!
"Ehh kau ni. Memang nak buat onar ke? Ee tak nak la aku. Malu dho." Kata Aisyah
"Mengada. Puk kang. Meh la. Biar aku je yang panggilkan." Ain memberanikan diri.
Dia berjalan lima tapak mendekati Amri. Mereka yang lain pula tidak berganjak. Masih berdiri jauh di situ. Dengan penuh sabar, mereka menunggu jawapan daripada Amri.
Melihatkan Amri yang sudah berdiri daripada tempat duduk membuatkan Aisyah tersenyum riang. Dengan langkah yang kecil Amri mendekati mereka.
"Ha, siapa nak tangkap gambar ngan aku tadi? Meh la cepat." Amri memandang wajah rakan-rakan Aisyah seorang demi seorang.
"Ni la. Aisyah Aisyah." Gadis yang nama penuhnya Azliyanie menundingkan jari ke arah Aisyah.
Amri sekadar mengangguk.
Wana yang terlebih excited itu terus menolak Aisyah agar berdiri di sebelah Amri.
Bukan main kuat lagi dia tolak tu. Dia menunduk berdiri di sebelah Amri. Lambat dia mengangkat muka.
Ternganga Aisyah melihat perlakuan rakan-rakannya ketika itu. What?? Ape ni?
"Pergh! Semua sekali ae keluarkan phone. Memang dah sepakat ke apa?" Soal Amri. Tersenyum Amri melihat mereka semua.
Mana tidak, semua sekali keluarkan phone. Amri pula yang berasa tidak selesa. Macam artis pun ada jugak ni.
"Dah, tak payah borak lagi. Get ready, 1 2 3!" Suara Ain yang lantang itu mengejutkan Amri.
Nak tak nak mereka pun ber posing-posing .
Dengan lincah tangan-tangan mereka menekan kamera berkali-kali. Snap snap snap snap. Cantik tak cantik snap sahaja.
Hati Aisyah tidak keruan. Bunyi kamera telefon yang ditekan membuatkannya berasa malu. Orang lain yang lalu-lalang disitu juga melihat mereka. Malu yang teramat.
Dibuangnya perasaan malu itu jauh-jauh. Tak apelah. Yang pasti hari ini akan diingati selamanya. Maklumlah tahun terakhir sekolah.
The best day ever!♥
*
*
*
*
*
Okay guys. Alhamdulillah siap pun. Penat kepala saya pikir tau! But utk readers semua boleh.. ahahhahaKalau ada typo tu abaikan je la ye? Kalau rasa hambar bab ni sorry sgt2. Otak tak berkembang sangat.
Tak lama lagi saya trial so saya akan stop karang citer ni tauw! Stop sekejap je.hahahahah
Hope readers semua boleh bersabar untuk bab seterusnya! Bye
Vote and comments
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...