Aisyah memerhati kawannya yang di sebelah. Bukan main gelojoh lagi si dia tu makan. Habis comot dah mulut tu. Macam orang setahun tak makan pun ada jugak tu.
Aisyah mencuit bahu kawannya itu.
"Apa?"
"Kau ni da kenapa? Macam orang tak pernah makan setahun je. Asal? Lapar sangat?" Soal Aisyah. Cawan ditangannya diletakkan ke atas meja.
"Lapar ah. Dah la mak aku tak ada kat rumah. Tak ada sapa nak masak." Kata Wana. Mulutnya dimuncungkan walaupun dia tahu mulutnya penuh dengan makanan. Dia membuat muka.
Setelah menelan segala makanan di mulutnya, dia terus menyuapkan lagi kuih yang sudah tersedia di tangan. Gelojoh pun gelojoh la. Janji aku kenyang.
"Ai.. mak kau gi mana? Ada hal lagi kat luar ke?" Aisyah ingin tahu.
"Macam biasala." Jawab Wana.
Berkerut dahi Aisyah mendengarkan jawapan daripada kawannya itu. Dia kurang faham kerana mulut gadis itu masih penuh dengan makanan. Aisyah hanya tersengih.
"Ni,kau tak makan ke? Aku tengok engkau dari tadi dok minum air je. Makanan semua ni kau tak jamah pun. Asal?" Wana mengangkat wajahnya melihat Aisyah yang tidak seberapa tinggi di hadapannya.
Gadis itu mukanya ketat je. Seram gue nengok.
"Aku tak lapar ah. Lagipun aku dah makan kat rumah tadi ngan adik aku." Kata Aisyah. Dia tersenyum.
"Ek heleh. Ye yejek kau ni?" Wana tidak percaya. Seriously ah tak lapar kawan aku sorang ni? Dah la makanan semua sedap-sedap ni. Takkan tak terliur kot.
"Iyelaa.. eh kau ni. Tak caya pula. Dah gi makan semua ni." Aisyah menyumbatkan buah tembikai ke dalam mulut kawannya.
Sudahlah belahan buah tembikai tu besar dia gi sumbat. Rasa nak tercekik ni ha. Wana mengeluarkan kembali buah tembikai itu daripada mulutnya.
Tapi bukan semua sekali ah dia keluarkan. Gila kau. Mestilah dia ada makan separuh tadi.
"Kau!" Wana membuka matanya besar-besar. Tak puas hati ni. Habis sekeliling mulut dia kotor dengan air tembikai.
"Hahahahah. Bye. Aku nak gi kat Ain jap. Bye!" Aisyah melambai. Dia terus meninggalkan Wana di situ sendirian.
Wana menundukkan kepalanya. Malu beb classmate si Aisyah tu tengok-tengok dia. Mesti orang ingat yang aku ni budak selekeh.
Mak ai! Malu wei. Tisu mana tisu?
Wana mencari. Tiba-tiba ada tangan yang menghulurkan sepeket tisu. Dia pun mengangkat wajah untuk melihat gerangan yang berdiri di hadapannya.
Aisyah mencuit bahu Ain perlahan. Terus berdiri gadis itu dengan cuitan(?) nya. Dia pun terkejut apabila gadis itu yang tiba-tiba berdiri.
"Kau pehal terkejut sangat ni? Ha? Kau chat sapa?" Aisyah menolak-nolak lengannya si Ain.
Ain membuat muka gelabah. Terkelip-kelip matanya ketika itu. Telefon di tangan dia terus simpan ke dalam poket baju.
"Ha. Siapa kau chat? Baik kau bagitahu." Kata Aisyah. Dia memegang bahu kawannya itu kuat. Mula-mula perlahan, selepas itu semakin kuat.
"Oi....sakit la gila." Ain menepis tangan Aisyah jauh daripada bahunya. Dia mengusap-usap bahunya perlahan.
"Kuat gile suara kau. Selow sikit ah." Kata Aisyah. Matanya meliar melihat sekeliling. Habis semua mata classmates nya tertumpu pada mereka.
Ain hanya tersengih-sengih.
"Kau tu ah. Sakit bahu aku kau buat. Tak ketip kuku ke apa? Tajam nak mampos." Kata Ain. Dia menjeling kawannya.
Aisyah ketawa kecil. Dia menayangkan tangannya kepada Ain. Kuku...panjang kebenor. Dah berapa bulan tak potong ni ha?
"Kuku kau." Ain menepuk tangan kawannya kuat.
Siapa suruh tak potong kuku. Kan da kena.
"Aku lupa la nak potong semalam. Kau ni lek ah. Nanti aku potong oke?" Kata Aisyah. Dia membuat gaya okey di depan muka Ain.
Dia tersenyum. Hahahahhaha.
"Yela." Malas malas dia menjawab. Dia menggeleng-geleng.
Mata Ain fokus pada satu susuk badan yang berjalan ke arah mereka. Dia tersenyum senget.
"Ha,ni da kenapa pula senyum-senyum? Kau ni gile ae?" Aisyah melihat gadis itu dari atas ke bawah. Pelik betul la kawan aku sorang ni.
"Hahaha. Saja nak senyum. Aku gerak lu auw. Kau borak ah ngan dia." Ain menepuk-nepuk tepi lengan kawannya beberapa kali. Semakin tersenyum lebar dirinya ketika itu
"Wei. Kau ni!" Aisyah tidak sempat menahan tangan kawannya. Geram betullah. Orang nak borak ngan dia,dia pula yang blah. Ish!
Jap. Tadi dia kata 'borak ah ngan dia'. Dia tu sapa? Ain suruh aku borak ngan siapa? Ada orang belakang aku ke? Aisyah terus menoleh ke belakang.
Terkejut dia melihat si dia berdiri ke belakangnya. Hampir saja dia mahu melatah, tetapi tidak jadi. Nasib baik wei.
Kalau ter telatah depan dia tadi,memang jatuh maruah gue beb!
"Hai." Orang di depannya menegur.
"Hai." Aisyah menjawab. Tersengih-sengih dia apabila menjawab.
"Tak ada wish ke untuk aku?" Amri menaikkan keningnya beberapa kali. Dia meletakkan kedua-dua tangannya ke dalam poket.
Aisyah menggaru-garu kepala. Malu la pula nak ber wish wish ni.
"Pibefday. Nah." Aisyah menghulurkan kotak kecik kepada Amri. Dia menunduk menekur lantai. Ok,nak malu jap.
"Apa benda ni?" Lambat Amri mengambil kotak itu di tangan Aisyah. Dia menggoncangkan kotak itu. Dia cuba meneka benda di dalam kotak itu tetapi tidak dapat.
"Hadiah ah. Hak alah kau ni. Buat buat tak tahu pula." Aisyah mendecit.
"Itu aku tahu la. Maksud aku,apa benda kat dalam ni?" Amri mendekatkan mukanya ke arah gadis di hadapannya.
Membulat besar matanya ketika wajah Amri mendekatinya. Terkejut kau tengok muka laki ni dekat-dekat. Lately,laki ni memang suka dekat-dekatkan muka dia kat aku.
Apa motif tah pun tak tahu. Aih!
"Eh kau. Dekat-dekat lak." Aisyah berganjak ke belakang menjauhi Amri.
*
*
*
*
*
Heyyo! Thanks for 4.18k readers! I really appreciated it🙈. Walaupun vote dia tak gempak sangat,but i still love it🤩.Keep supporting me! Btw hope this chap can make your day.. muah❤️
YOU ARE READING
Love You My Crush
De TodoTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...