55~Aku?

245 22 0
                                    

"Ha, aku?"Wana menundingkan jari ke arah dirinya sendiri. Dia seakan tidak percaya. Apahal dengan lelaki ni?

Aisyah hanya mendiamkan diri melihat Amri dan Wana yang saling melontar pandangan. Tenang dan selamba saja lelaki itu menghulurkan bunga matahari itu kepada kawannya.

Nafasnya ketika itu laju dan selajunya. Sifat cemburunya sudah datang menerpa mengetuk hatinya.

Wana masih kagi teragak-agak untuk menyambut bunga di tangan Amri. Dia tahu ketika itu pasti kawannya Aisyah sudah naik darah melihat dirinya.

"Kenapa pula kau nak bagi kat dia ni?" Tangan Amri yang sedang menghulur bunga kepada Wana ditarik oleh Haziq.

Dia juga rasa tidak senang hati di situ. Dah kenapa pula tiba-tiba nak bagi Wana ni?

"Haah. Dah kenapa nak bagi minah garang ni bunga juga? Ha...kau ada 'SOMETHING' dengan dia ae?" Kata Maisarah. Perkataan something itu sengaja disebutnya panjang sambil wajah Aisyah di sebelah dipandangnya.

Nak tahu juga reaksi dia apabila mendengar kata-katanya seperti itu. Ternyata riak cemburu yang terpapar di wajah Aisyah. Mukanya sudah berubah masam.

"Mende kau ni!" Wana tidak puas hati. Cepat-cepat lengan Maisarah ditepuknya kuat. Geram betul kalau ada orang buat andaian macam tu.

Maisarah mengaduh kesakitan. Tepuk dia tu... tak boleh nak kuat lagi biar berlebam lengan dia.

"Merepek ah korang ni. Aku tak ada something pun dengan Wana yang garang tu. Aku just nak bagi dia  bunga ni je." Kata Amri.

"Lagipun waktu kat kampung Aisyah hari tu,aku tengok dia syok sangat dengan bunga matahari kat belakang rumah nenek Aisyah. Macam taksub dengan bunga tu pun ada sebab lama juga dia tengok bunga tu je. So, tadi aku gi kedai bunga nak belikan bunga ros untuk Aisyah and then ternampak pula bunga matahari ni, teringat dengan Wana ni. Alang-alang aku beli la sekali, tak salah kan." Jelas Amri.

Dia memandang wajah Haziq dan Maisarah satu persatu. Mana tahu dia orang berdua tu masih blur tak faham apa yang dia katakan, ,bolehla dia ulang balik.

Aisyah menggangguk-angguk tanda faham dengan senyuman kelatnya. Teringat? Teringat kat Wana?

"Ohhh. Okey." Haziq mengangguk. Matanya meliar ke tempat lain.

"Nah Wana! Amik la. Aku bayar tau nak beli bunga ni." Bunga matahari itu dihulurkan kembali kepada Wana.

Wana menggaru-garu kepalanya seketika. Dia tidak tahu adakah patut dia menerima bunga itu ataupun tidak. Aisyah kawannya itu pasti sudah memerhati.

"Amik je la Wana, orang dah bagi kan." Tiba-tiba Aisyah bersuara. Dia memandang wajah Wana dengan senyuman yang dibuat-buat.

Susah hati Wana melihat kawannya itu. Mesti kes pasrah ni. Aduh.

Lambat-lambat Wana menyambut bunga itu di tangan Amri. Bergegar jugalah tangannya menyambut bunga itu. Gila tak bergegar? Lelaki kat depan aku sekarang ni crush kawan aku tau!

"Hm.. ha tengkiu!" Wana menunduk menekur lantai dataran. Tidak mahu dia memandang wajah lelaki itu lama.

"Muka aku ada kat lantai tu ke?" Amri menanya. Dah lama tak dikacaunya gadis itu.

"Ishh kau ni. Thank you. Ha..puas hati?" Wana menjeling ke arah Amri. Orang dah cakap terima kasih tu dah kira baguslah daripada orang tak cakap apa-apa lagilahh.

"Ok gais! Siapa ada bawa kereta sendiri hari ni?" Soal Aisyah Jo. Dia melihat wajah lelaki-lelaki di hadapannya satu persatu.

"Aku." Haziq mengangkat tangan.

"Aku." Hazim menjawab.

"Aku." Serentak  Amri dan Wafiq menjawab.

"Aku ada bawa juga." Aleysa beriya-iya mengangkat tangannya.

"Serious la kau bawak kereta sendiri? Ade lesen tak ni? Sampai ke kaki kau? Tak caye ah aku." Berkerut-kerut dahi Aisyah Jo.

Aleysa? Bawak kereta? Biar betul? Aku sendiri pun belum pandai bawak kereta ni kan lagi dia?

"Eh kau! Sedap mulut kau je. Kaki aku sampai la. Apa, ingat aku pendek sangat ke?" Aleysa membuat muka. Kaki aku sampai okey!

"Ok la ok. Jom gais outing sekarang ni nak? ?Bosan la duduk rumah je. Dah alang-alang ramai yang ada kereta ni senang la nak berjalan. Tak payah guna grab." Kata Aisyah Jo.

"Haah jom la wei. Jom! Aku dah lama tak keluar ni." Yanie menyokong 200% kata-kata Aisyah Jo kesayangannya itu.

" Asyik keluar je kerja korang dua ni kan? Macam tak ada benda lain nak dibuat." Syahirah menggeleng-geleng. Masak sangat dengan perangai kawannya dua orang itu.

"Ala.. jom laaa bukan selalu kita keluar ni." Aisyah Jo dan Yanie sama-sama menggoyang-goyang kan lengan Syahirah.

Sampai rimas Syahirah dibuatnya.

"Ishh korang dua ni. Yela. Korang on tak nak keluar juga ni?" Syahirah mengalah.

"Korang on kita orang on jugaklah. Kereta ada 5 ni. So boleh la nak naik kereta mana-mana korang nak." Jawab Hazim.

"Kalau macam tu on la. Okey jom kita gerak sekarang." Ajak Ain.

*
*
*
*
* siap ye gais!Please vote for me! Hope cite ni still best utk korg

Love You My CrushWhere stories live. Discover now