13~Aisyah Johaniss

375 31 0
                                    

Aisyah menumpukan sepenuh perhatiannya pada papan putih di depan kelas. Soalan KBAT matematik yang sudah tertulis di bukunya ditenung seketika.

Agak susah soalan yang diminta itu. Pen yang ada di tangan digunakan untuk menggaru kepalanya.

Maisarah yang duduk di sebelahnya ditoleh. Maisarah juga terlihat agak runsing untuk menyiapkan kerja itu. Habis berkerut semua dahinya.

Sempat dia mengerling ke arah Amri yang duduk di meja belakang. Amri ketika itu, lagi sibuk berbual dengan Haziq. Kerja math di depan itu entah sudah siap ke belum.

Terlihat Amri ketawa terbahak-baham bersama Haziq. Suka betul dia. Sampai kat depan boleh dengar dia gelak.

Lalu, matanya mula tertumpu pada seorang pelajar perempuan dan guru perempuan yang berjalan di koridor luar kelasnya. Mereka berdua tepat-tepat berdiri di depan kelasnya.

Tok! Tok! Tok!

Pintu kelasnya diketuk. Cikgu Rosnani berjalan keluar daripada kelas dan menjumpai mereka berdua di luar. Selepas tamatnya perbualan mereka, cikgu Rosnani dan pelajar perempuan itu pun melangkah masuk ke dalam kelas.

"Baiklah semua. Sekarang ni kelas kamu ada pelajar baharu."

Aisyah sudah tersenyum lebar. Sememangnya dia amat mengenali pelajar baharu itu. Itulah Aisyah Johaniss. Dia pernah bersekolah di sekolah ini selama 3 tahun.

Pada umur nya 16 tahun dia telah bertukar sekolah di Terengganu. Dan kini dia kembali di sekolah ini selepas setahun lebih tidak berjumpa.

Pelajar perempuan yang bernama Aisyah Johaniss itu tersenyum mesra ke arahnya. Tangannya turut melambai-lambai gembira.

"Awak boleh duduk kat meja kosong sebelah Wafiq ye." Arah cikgu Rosnani. Tangannya pula ditunjukkan ke arah meja kosong di sebelah lelaki yang lagi sibuk bergelak ketawa berbual dengan rakannya.

"Ok ok. Dah jangan berborak! Siapkan kerja. Minggu depan trial kan? So, make sure awak semua punya keputusan meningkat ye? Kalau tak tahu la saya nak buat apa." Ugut Puan Rosnani lagi.

Waktu rehat

Aisyah dan rakan-rakannya semua ada di perpustakaan. Mereka semua tidak makan hari. Diet geng!

"Weh korang, ingat tak sape ni?" Soal Aisyah. Jarinya ditundingkan ke arah Aisyah Johaniss yang duduk di sebelahnya.

Wajah rakan-rakannya diperhati seorang demi seorang.

"Mestilah ingat. Jo kut!" Wana menumbuk perlahan bahunya Aisyah Johaniss.  Dia amat mengenali perempuan itu.

Aisyah menangkap dahi Yanie dan Sofea yang dari tadinya berkerut memandang Wana yang mengelar Aisyah Johaniss dengan gelaran Jo.

"Yanie, Sofea ni Aisyah Johaniss.  Dia pernah sekolah kat sini. Tapi waktu dia sekolah kat sini korang lambat masuk." Jelas Aisyah.

"La, nama dia pun Aisyah? Susah lah nak bezakan." Ujar Yanie.

Aisyah mengangguk sekali. Ada benarnya juga kata Yanie itu.

"Kau panggil je dia Aisyah Jo ataupun Syahjo. Boleee." Sampuk Syahirah. Dapat juga dia menjawab sedangkan dia lagi sibuk membaca buku.

Yanie dan Sofea hanya mengangguk.

"So, Syah cane? Masih crush on ke kat Amri?" Tanya Aisyah Jo.

Tersenyum-senyum dia.

"Gila kau tak crush on? Masih lagi tauu." Jawab Maisarah laju.

Tidak sempat Aisyah menjawab,   Maisarah lebih laju mencelah. Kalau bab bab gini memang laju.

"Ohhh. Power betul lah kau ni. Bertahun kot kau crush on kat dia. Memang tak stop lagi ae crush on tu?" Kata Aisyah Jo. Matanya dari tadi dikerling ke arah Amri yang duduk di depan bersama kawannya.

Memang disitu sajalah Amri akan ada.

Aisyah turut memandang ke arah Amri yang duduk di depan.  Tersenyum dia.

"Mestilah. Crush on aku ni susah tau nak hilang." Jawab Aisyah selamba. Tiada malunya lagi.

Kawan-kawannya mula bising. Habis kiri kanan pelajar yang lain membaca buku menoleh.

"Diam sikit la." Marah Aisyah.

"So cane kau duduk kat belakang? Okey tak duduk sebelah si Wafiq tu? Dia ada buat hal?" Soal Maisarah.

"La, kau duduk sebelah abangnya si Wana ni?" Terangkat terus keningnya si Aleysa mendengarkan kata-kata Maisarah.

"Haah." Kata Aisyah Jo.

"Okey tak kau duduk sebelah dia tu?" Kini Wana pula ingin tahu. Mana tahu abangnya tu ada buat hal. Bolehlah report sikit kat ibu.

"Macam biasalah. Kau ni. Abang sendiri pun tak kenal ke? Dia sama je macam kau. Banyak cakap. Tak henti-henti. Pastu suka loya buruk dengan orang lain." Aisyah Jo mula bercerita.

Mereka yang lain sekadar mengiyakan kata-kata Aisyah Jo yang mengatakan Wana dan abangnya si Wafiq itu memang kaki borak.

"Sabar je la kau duduk sebelah dia tu." Kata Nadhirah pula.

"Itulahh."

"Wei kau tengok tu wei! Ada gay." Suara Ain mengejutkan mereka.

Mata mereka terus beralih ke arah jari yang ditundingkan oleh Ain. Haziq dan Amri. Mereka berdua berpelukan sesama sendiri.

Bukan main erat lagi mereka berpelukan. Naik meremang bulu roma melihat. Selepas itu dilihatnya Haziq mencium pipi Amri laju.

"Eeee." Shahniz mula buat muka meluat. Sekeleh betul!

"Astagfirullahalhazim! Habis mata aku!" Kata Wana. Matanya digosok-gosok.

Ain pula sudah ketawa berdekah-dekah. Kalau pasal macam ni memang laju mata dia. Otak kuning selalu.

"Kau suka apa je Ain?" Soal Sofea. Dia juga hampir ketawa melihatkan Ain yang suka bergelak dari tadi.

"Lawak la." Jawab Ain.

"Eh, dah dah. Kau ni. Kalau bab kuning kuning ni laju ae." Marah Aisyah. Matanya dikecilkan.

Ain sekadar menutup mulutnya dengan tangan. Boleh dengar sisa-sisa ketawanya

*
*
*
*
*
*

Siap gais. Sorry sbb lme tk update. Busyy cikit. Bacalah bab ni? Okey tk. Hope readers suka la ye?

Penulisan yg tk nice ni mintak ampun ye?? Budak skola kan?? Btw vote la utk citer ni .

Boleh comments down. Insyaallah sye akan blas satu2. Jgn rasa bosan or muak bce citer ni. And keep supporting me♥

Love You My CrushWhere stories live. Discover now