Yanie menongkat dagu sambil termenung jauh. Dia berfikir sejenak. Peristiwa dua hari yang lalu tiba-tiba terlintas di minda.
Dia mula teringat akan peristiwa di mana dia bergaduh dengan kawan baiknya sendiri iaitu Aisyah. Apabila diingat kembali, dia mula berasa serba salah.
Tidak sangka, disebabkan seorang lelaki mereka bergaduh besar.
Sejak kebelakangan yang lalu, Amri sering menghantar mesej kepadanya. Bertanyakan apa yang dilakukan olehnya. Dan apa khabar dirinya.
Hampir seminggu dua itu jugalah Amri tidak henti dan tidak putus bermesej dengannya. Bukan setakat mesej saja, malah mereka berdua juga pernah membuat panggilan telefon bersama.
Tetapi mesej yang dihantar oleh Amri bukan sahaja untuk mengetahui keadaanya tetapi lelaki itu juga ingin mengambil tahu tentang Aisyah.
Pada mulanya dia agak pelik, tetapi dia layankan saja.
Sepanjang itu, dia baru perasan terdapat satu perasaan yang tiba-tiba datang mengetuk hatinya. Dia pelik. Sudah puas juga dia berfikir.
Dia sering menanya dirinya sendiri. Aku suka Amri ke? Why now? Why dia?
Dia ada juga meminta pendapat kawannya.
Flashback.
"Syahjo. Ni aku nak minta pendapat kau bole ak?" Yanie memandang wajah Aisyah Jo dengan penuh perhatian.
Berkerut dahi Aisyah Jo melihatnya. Macam hal serius je.
"Ha pe dia? Cakap la." Kata Aisyah Jo.
"Aku citer ni kat kau je tau. Actually aku da mintak pendapat Nadhirah. But aku nak mintak pendapat kau pula." Yanie sudah berdebar-debar.
Rasa takut pula dia mahu menanya gadis itu. Sudahlah gadis itu berkawan baik dengan Aisyah. Mau nya dia cakap hal ini kepada Aisyah tak ke naya?
"Aduh kau ni. Pantas la cakap tu." Aisyah Jo sudah membuat muka annoying nya.
"Okey macam ni. Kau rasa aku ni suka Amri tak?" Dengan sekali nafas Yanie berkata.
Aisyah Jo terkejut. Betulkah apa yang dia dengar sekarang ini?
"Wei Yanie! Kau dah apehal ni? Kau da gila ek? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?" Mata Aisyah Jo sudah membesar. Lengan Yanie dipegang kuat.
Mulut Yanie sudah ke depan.
"Kau ni. Aku tahu ni salah. Sebab tu lah aku tanya kau. Kau rasa aku ni betul-betul suka Amri ke?" Yanie menanya.
"Apa yang buat kau rasa kau suka kat dia?" Kini wajah Aisyah Jo sudah bertukar serius.
"Entahlah. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku just.. aku just ter fall in love kat dia." Jelas Yanie.
Aisyah Jo menghela nafas dengan kuat.
"Stop. Okey. Kau sedar tak siapa Amri tu pada Aisyah? Pada kawan kau? Pada best friend kau?" Aisyah Jo mengangkat keningnya beberapa kali.
"Hm.." Yanie terdiam. Dia tidak tahu mahu jawab apa.
Aisyah Jo memandang tepat ke arah mata Yanie. Wajahnya benar-benar serius.
"Dia crush Aisyah." Kata Yanie. Dia menunduk.
"Kau tahu. Tapi kenapa kau boleh terfall in love kat dia?" Sekali lagi Aisyah Jo menanya.
"Syahjo. Perasaan ni bukan aku nak tau. Dia datang sendiri. Kau nak aku buat macam mana?" Kata Yanie. Turun naik nafasnya. Dia membuang pandangan je tempat lain.
"Ok fine. Aku tak salahkan kau. Itu perasaan kau sendiri. Tapi Yanie,aku tak rasa kau suka dia. Aku just rasa kau suka bila ada orang chat kau selalu. Tu je." Ujar Aisyah Jo.
"Macam ni la. Kau balik. Kau fikir betul-betul. Aku tahu kau takkan suka Amri. Sebab aku yakin kau mesti tak nak gaduh dengan Aisyah."
End flashback.
Balik daripada berjumpa Aisyah Jo itu, Yanie terus duduk sendirian di dalam bilik. Dia memikirkan tentang perasaannya sendiri. Setelah berjam-jam berfikir akhirnya dia mendapat jawapan.
Dia yakin dengan apa yanh dirasakannya sekarang. Dia tidak suka Amri. Dia cuma suka orang ambil berat tentangnya. Ya, dia suka bila orang care pasalnya. Itu saja!
"Wei geng! Aku nak jumpa dia." Yanie menoleh ke arah wajah empat orang kawannya.
Wana menggaru kepalanya yang terasa tidak gatal.
"Jumpa dia? Dia siapa? Alah, kau ni. Macam aku tahu dia yang kau maksudkan tu." Wana mencebik.
Kawannya yang berada di sebelah turut mengangguk. Mereka bersetuju dengan kata-kata Wana. Macamlah mereka tahu siapa yang dimaksudkan oleh Yanie.
"Ishh korang ni! Aku nak jumpa Amri la." Kata Yanie.
"What? Kau nak jumpa dia lagi? Kau dah kenapa ni Yanie? Nak cari nahas lagi ke? Dah dah la hari tu kau buat hal!" Kata Aleysa. Dia sudah bising.
Bukan main tinggi lagi suaranya. Sofea yang duduk di sebelahnya itu pun boleh pekak sebab suaranya yang ke langit itu.
Agak-agaklah.
Aleysa memandang muka Yanie dengan pandangan tajam. Bab-bab gini lah dia malas. Dia paling tidak gemar melihat kawan-kawannya bergaduh lagi.
"Kau ni. Sabarlah. Cuba bagi dia habiskan ayat dia tu dulu. Kau ni pun!" Ain menepuk paha Aleysa dengan tangannya yang besar itu.
Aleysa membuat muka.
"Ha yela. Sambunglah cakap." Aleysa menunduk.
"Okey. Aku nak jumpa dia bukan sesaja. Aku nak jumpa dia sebab aku nak mintak tolong kat dia supaya pujuk Aisyah balik. Tu je. Korang ikutlah aku. Tak adalah nanti Aisyah salah faham lagi." Jelas Yanie.
Kawan-kawannya sekadar mengangguk faham. Idea gadis itu boleh tahan.
"Bila nak jumpa tu?" Soal Wana.
*
*
*
*
*
Yeah I'm done chap ni! Oke tak? Entala.. rasa mcm ayt budak2 kan? Hahahah.. btw hope oke la yer? ?Segala typo maap. Klau ada ayat yg x best sorry jugaaa.. alaa biasaaa la budak skolaa. Hahahaha . Jgn lupa vote
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...