Aleysa dan Ain duduk di tempat menunggu. Jam sudah menunjukkan pukul 2 tapi batang hidung Aisyah pun tidak nampak. Selalunya waktu begini la dia sudah bersiap sedia untuk pulang bersama.
"Mana si Aisyah ni? Lambat betul! Nak kata ada kelas tambahan, semua kelas hari ni cancel. Aduh, masalah la dia ni. Dah la panas ni!" Ain sudah bersuara.
Tidak dapat lagi ditahan. Panas terik sangat ni. Walaupun mereka duduk di tempat yang redup, haba matahari tetap kuat.
"Entah la dia tu. Katanya dia buat study group dengan classmate kejap. Lek arh." Bahu Ain ditepuk perlahan.
Tak boleh nak rilex kawan aku seorang ni.
_______________________________________
Selesai sahaja belajar berkumpulan dengan rakan sekelas, Aisyah terus mengemas barang-barangnya. Buku dan alat tulis disimpan kemas di dalam beg.
Sebelum dia ingin beredar, tidak lupa juga dia menutup suis kipas selepas digunakan. Tepat pada waktu itu, dia terlihat seorang lelaki sedang lena dibuai mimpi di meja belakang.
Kelasnya diperhati. Semua dah balik. Laju betul tinggalkan aku. Dengan Mai sekali tinggalkan aku.
Siapa pula la yang tidur tu?
Dia berfikir sejenak.
Dengan langkah yang perlahan dia meneliti wajah lelaki itu. Rupa-rupanya Amri yang sedang enak tidur itu. Orang sibuk study group dia tidur je? Belajar dalam mimpi niy!
Niat hati ingin sahaja dia kejutkan Amri, tetapi Aisyah tidak sampai hati.
Jadi, dia lebih memilih untuk duduk mencangkung sambil menongkat dagu memandang wajah Amri. Wajah mulus Amri diperhatikan.
Comel sahaja wajah Amri ketika itu. Bibir kecil. Mata pun kecil je.
Tanpa dia sedar, dia mula menguntum senyuman lebar.
Melihatkan Amri mengeliat, Aisyah terus berdiri tegak. Berjalan ke hulur ke hilir.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bercakap dengan Amri.
"Weh, Amri! Bangun la. Balik. Semua orang dah balik. Bangun bangun!" Hujung baju Amri ditarik-tarik.
Amri malas melayannya.
"Oi! Bangun la Am! Bangun!!" Kini bahu Amri ditepuk kuat.
Amri bangun dari tempat duduk lalu, memandang wajah Aisyah yang hanya berjarak 4 inci daripadanya. Tajam pandangan lelaki ini. Terlalu dekat.
Terkebil-kebil mata Aisyah. Nak undur belakang dah ada meja. Kepalanya digaru-garu.
"Ehem!" Amri dan Aisyah terdengar orang berdeham.
Lekas-lekas mencari si empunya suara. Rupa-rupanya seorang cikgu perempuan lagi berdiri di depan pintu kelas memandang tepat ke arah mereka.
Ternganga Aisyah ketika itu.
Matilah!
"Aisyah?"
"Erm cikgu.. cikgu Khadijah." Nama cikgu itu disebut. Itulah guru mata pelajaran bahasa melayunya.
Aisyah tersengih memandangnya.
"Awak berdua bercinta ker?" Soal cikgu Khadijah dengan rasa ingin tahu. Dia tersenyum penuh makna.
Aisyah kaget.
"Cikgu, mana adalah! Mana ada saya bercinta dengan Amri. Takkan cikgu takkan." Kata Aisyah. Dia menafi kata-kata gurunya itu.
Dia berganjak menjauhi Amri. Takut cikgunya itu fikir lain lagi.
"Eleh. Tipu. Hahah.. tapi awak berdua macam bercinta la."
"Tak cikgu."
"Yela yela. Dah pergi balik. Dah lewat ni! Dah la duduk dalam kelas berduaan. Nanti orang fikir lain pula. Gi balik." Ujar cikgu Khadijah.
Aisyah sekadar mengangguk.
Sejurus sahaja bayang-bayang cikgu Khadijah hilang, dia menoleh memandang wajah Amri.
Ya Allah! Boleh pula dia sambung tidur?? Ingat ni rumah dia ker?
Dah la aku sorang je yang kena menjawab kat cikgu! Aih!!!!
"Oi Amri. Bangun la. Kau ni, ngantuk sangat ke?? Balik la. Tidur kat rumah." Kini suara Aisyah sedikit rendah. Kesian pulak tengok Amri.
Masih tiada tindak balas dari Amri. Aisyah sudah mengeluh.
"Ikut suka kau la. Tidur je kau kat sekolah ni. Malas nak layan. Bye! Nak balik!!" Aisyah menyambar beg sandangnya lalu berjalan dengan laju meninggalkan kelas.
Baru sahaja ingin melangkah keluar kelas, namanya dipanggil.
"Syah!"
"Apa?" Suara Aisyah kedengaran marah.
"Tunggu aku! Kita balik sama-sama. Jap." Amri mengemas segala buku yang ada di atas meja.
Tidak sampai 1 minit, dia sudah berdiri di sebelah Aisyah.
Tersenyum Aisyah memandangnya.
"Nak pulak balik. Baik tidur je tadi sampai besok!" Tangannya disilangkan.
"Hehe, sorry." Amri tersengih.
Aisyah baru perasan akan mata Amri. Matanya sedikit merah. Risau pulak.
"Amri, kenapa dengan mata kau? Merah tu. Sakit ae? Tak pergi jumpa doktor ke?" Soal Aisyah risau.
"Alah.. aku okey la. Ni tak cukup tidur je. Kau ni over betul."
"Mestilah over. Kau sakit aku yang susah tahu tak? Aish!"
"Eh eh! Asal pula kau yang kena susah?" Amri menanya.
Aisyah terdiam.
Aku la yang susah. Susah hati yang teramat kalau kau sakit! Boleh gilaaa
"Makcik! ! Aku tanya kau ni. Kenapa kau pulak yang kena susah?" Amri menanya semula.
"Ewah! Sedap mulut. Panggil aku mak cik pula ye? Bagus betul. Dah malas nak layan. Bye!!" Aisyah mengangkat tangannya ke arah Amri lalu berjalan meninggalkan Amri seorang diri disitu.
"Mak cik! Tunggu!" Amri mengejar Aisyah.
*
*
*
*
*
Alhamdullillah. Hari ni saya rasa rajin pula. Hahahah .. sekali sekala rajin kn. Tak salah en?? En?? En??Selamat membaca ye readers!! Rajin-rajinkan la tangan tu utk vote cerita ni!!! Bye♥♥
YOU ARE READING
Love You My Crush
РазноеTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...