56~Haziq ke Amri?

269 24 0
                                    

Kesemua mereka berlari anak keluar sekolah menuju ke parking kereta. Di situ terlihat Amri, Hazim, Haziq, Wafiq dan Aleysa berdiri di sebelah kereta masing-masing.

Ternganga Shahniz melihat kereta yang dibawa oleh Aleysa. Kalau tidak silap itu ialah kereta bapa Aleysa yang sering dibawanya ke tempat kerja.

Bukan calang-calang kereta itu. Besar pun besar.

Kawan-kawannya yang lain pun terkejut melihat kereta yang dibawa oleh Aleysa. Rasa macam tak percaya pun ada.

"Oi, yang berdiri macam patung menyambut tetamu tu dah kenapa? Cepat la masuk. Panas ni." Wafiq sudah bising. Dia mengibas-ngibas tangannya di muka.

Cuaca hari itu sudahlah panas terik. Pergh! Terlalu terik panas dia.

"Tak reti sabar la kau! Nak naik kereta yang mana ni?" Aisyah Jo menyoal. Dia juga tidak tahu mahu mahu kereta yang mana satu.

"Haah, aku pun tak tahu nak naik kereta yang mana satu ni. Kereta semua padu-padu. Susah aku nak pilih" Nadhirah bersuara.

"Aduh kau ni, memilih betul. Naik je la mana-mana." Wafiq mendengus.

"Ishh ye la." Nadhirah mengalah. Nak memilih sekejap pun tak boleh.

Semua mereka berkeliaran berlari memilih kereta yang mana mahu mereka naiki. Ada yang ke kereta Aleysa. Ada yang ke kereta Wafiq. Dan ada juga yang ke kereta Hazim.

Shahniz dan Nadhirah di kereta Aleysa. Yanie, Sofea dan Aisyah Jo di kereta Wafiq. Maisarah, Ain dan Syahirah pula berada di kereta Hazim.

"Aisyah tunggu aku." Jerit Wana. Dia tunduk membetulkan tali kasutnya yang tercabut.

Aisyah sekadar berhenti mendengarkan kata-kata Wana. Orang lain dah siap duduk dalam kereta, tinggal mereka berdua saja yang belum memasuki kereta.

"Pantas Wana, dorang dah tunggu tu." Ujar Aisyah. Dia sempat membetulkan tudungnya yang tidak menjadi itu. Sesekali dia menoleh ke arah Wana. Lama betul budak tu nak ikat tali kasut.

"Ala.. sabar la. Tali kasut aku ni ha..terjerut(?) pula." Keluh Wana. Sedaya upaya dia membetulkan tali kasutnya itu.

Aisyah menggeleng. Macam manalah boleh terjerut tali kasut tu. Ni mesti kes main-main ikat tali kasut, itulah jadi terjerut macam sekarang.

"Ok kejap. Dah nak siap ni." Kata Wana. Dia masih lagi cuba membuka ikatan tali kasutnya yang terjerut itu.

Kini dia mula serabut dengan beg tangan dan bunga di tangan. Nak ikat tali kasut, benda alah semua ni pula menyemak kat tangan.

"Syah, pegang jap bunga ngan beg aku ni jap. Susah la nak betul kan tali kasut ni kalau tangan penuh. " Wana membuat muka kesian. Haraplah kawannya itu boleh hulurkan bantuan.

"Ha yela. Bak sini." Aisyah menghulur kan tangan.

Bunga dan beg bertukar tangan. Saat Wana sibuk membetulkan tali kasut, Aisyah juga sibuk melakukan sesuatu. Dia memandang lama pada bunga matahari pemberian Amri kepada kawannya.

Cantik bunga matahari tu. Nampak segar je. Dia melihat bunga matahari dan bunga ros di tangannya berulang-ulang kali. Dia dapat jambangan bunga. Wana dapat sekuntum bunga.

Kenapa dia nak rasa cemburu ha bila kawannya sendiri dapat bunga juga daripada Amri? Padahal kawan dia cuma dapat sekuntum bunga. Bukannya sejambak bunga macam dia... ah..

"Syah! Syah! Kau termenung apa je tengok bunga tu?" Wana menggoyang-goyangkan lengan Aisyah beberapa kali.

"Ha? Tak ada apa-apa.. jom laa." Kata Aisyah. Dia berselindung.

"Wei, kita orang pergi dulu ye? Pandai-pandai la nak naik kereta yang mana." Suara kuat daripada Ain mengejutkan mereka berdua.

Rupanya Ain, Syahirah dan Maisarah yang menaiki kereta Hazim telahpun bergerak menuju ke tempat lain. Kereta yang dipandu oleh Aleysa dan Wafiq juga menyusul di belakang kereta Hazim.

"Wei! Kita orang macam mana?!" Suara Wana sudah separuh menjerit. Malu apa dia. Mukanya sudah membengis.

"Tu ada." Ain yang mengeluarkan kepalanya di tingkap itu sempat menundingkan jari ke arah kereta Haziq dan Amri yang masih kemas terparkir di situ.

Aisyah dan Wana menoleh ke arah jari yang ditundingkan oleh Ain. Haziq dan Amri sama-sama menunggu di tepi kereta.

Apasal rasa macam dalam drama ni? Aisyah menggaru-garu kepalanya.

"Wana kau nak naik siapa ni? Haziq ke Am...ri?" Tanya Aisyah. Dia ingin tahu.

"Hm.."

Naik Amri? Takut nanti Aisyah jeles pulak dengan aku. Naik Haziq? Aduh.. memang tak la aku nak naik dengan dia berduaan. Dah la aku still malu dengan dia pasal yang hari tu.

"Aku... aku tak tahu la." Wana meraup wajahnya perlahan. Nak pilih naik kereta yang mana pun susah.

"Kau mesti tak nak naik Haziq kan? Aku tahu kau masih malu pasal yang hari tu. Naik je la Amri. "Kata Aisyah. Tenang saja dirinya berkata.

"Dah kau cane?" Tanya Wana takut-takut.

"Naik Haziq je la. Kesian dia sorang diri." Kata Aisyah.

Wana berfikir panjang seketika. Nak kesian pula kat Haziq... aduu.. biar jelaa dia sorang diri.

"Oklah macam ni.. aku naik dia kau naik Amri. Deal." Wana memberi kata putus.

Aisyah terkejut.

"Kalau macam tu muka kau ,mean deal la kan? So, bye!" Biarpun dia akan rasa malu dengan Haziq,dia perlu juga beranikan dirinya .

Dia tidak boleh menjadi orang ketiga di antara Aisyah dan Amri.

Wana berlari menuju ke kereta Haziq.

*
*
*
*
*
Done! Hari ni sye buat 2 update! Utk readers kita try je la buat kan?? Jajajjajajaja
.

Hope you gais will like it

Love You My CrushWhere stories live. Discover now