Ahli kumpulan 10/10 berjanji untuk berjumpa di tempat biasa yang mereka pergi. Pada mulanya Aisyah berkeras untuk menolak, tetapi kawan-kawannya yang lain sibuk memaksanya untuk turut serta.
Mereka harus berjumpa. Mereka perlu menanya kepada Aisyah kenapa dia keluar group. Kenapa ada masalah tiba-tiba nak keluar group?
Jadi mereka harus mengetahui apa sebabnya. Mereka pasti mesti dia merasa sakit hati terhadap salah seorang kawannya.
Syahirah dan Ain tiba lebih awal daripada yang lain. Sempat mereka berbual berkenaan Aisyah.
Banyak Ain mencungkil rahsia daripada Syahirah tetapi banyak kali tu jugak dia mengelak. Katanya 'tunggu je Aisyah.biar dia je yang cerita'.
Habis mengeluh panjang lah Ain disitu.
Seorang demi seorang kawan-kawan mereka tiba di situ. Nadhirah, Maisarah, Sofea, Shahniz, Aleysa dan Aisyah.
Tinggal Wana dan Yanie saja yang belum tiba. Terkial-kial mereka semua menunggu.
Maisarah membuka langkah untuk menegur Aisyah. Sudahlah daripada tadi gadis itu diam. Jadi sepi suasana. Tiada seorang pun daripada mereka yang berani bersuara.
"Syah?" Perlahan lengan Aisyah dicapainya.
Aisyah tidak melayan. Dia menolak perlahan tangan kawannya itu ke tepi. Setelah itu dia terus melemparkan pandangan ke tempat lain.
Terkedu Maisarah dengan perbuatan Aisyah.
"Kenapa ni Syah? Kau ada masalah ke? Masalah dengan aku ke? Kalau aku ada salah cakap la. Jangan diam." Jelas Maisarah. Redup saja pandangannya.
Aisyah masih mendiamkan dirinya. Ketika itu dia merasakan dia tidak perlu berkata apa-apa lagi. Tiada gunanya.
Maisarah mengeluh.
Kini Aleysa berjalan mendekati. Dia mengambil tempat di sebelah kanan Aisyah pula. Biar dia pula mengambil giliran untuk berbicara dengan Aisyah.
Dia mengambil nafas panjang terlebih dahulu sebelum memulakan perbualannya.
"Hi Ecah! Kau okey tak ni? Kau ada masalah ngan kita orang ke? Ha? Kalau ada, kau cakap je. Kita orang tak kesah. Janji masalah selesai. Tell us." Kata Aleysa.
Laju dan lancar saja kata-katanya. Di akhir katanya dia memberikan senyuman yang manis ke arah Aisyah. Itu saja yang boleh dilakukan olehnya untuk menyejukkan hati si Aisyah.
Aisyah menggeleng. Dia masih tidak mahu berbicara.
Aleysa sudah sedikit merasa geram. Susah betul kalau orang tak jawab pertanyaan dia. Sekali lagi dia mengambil nafas panjang untuk memulakan kata-kata.
"Nurul Aisyah. Kau dengar sini apa yang aku nak cakap. Tak ada masalah yang tak boleh selesaikan. Semua masalah boleh diselesaikan. Tapi! Masalah tak akan selesai kalau kita tak cuba untuk selesaikannya. Now, kita orang ada kat sini untuk fix kan hubungan kita semua. Supaya kita jadi okey lagi. Kita dah kawan lama Syah, takkan disebabkan masalah yang kita orang tak tahu ni kita putus kawan? Cakap la Syah." Panjang lebar Aleysa memberi kata-kata.
Aisyah semakin terdiam mendengarkan ayat-ayat itu daripada Aleysa. Dia mula terasa tersinggung dengan kata-kata gadis itu. Mungkin gadis itu benar. Tiada masalah yang tak boleh diselasaikan.
"Okey sorry. Ni bukannya aku ada masalah dengan korang semua. Tapi.." ayat Aisyah tergantung.
"Tapi apa? Kalau bukan salah kita orang, kenapa kau left group? Kenapa kau kena left semua group kita??" Kini Maisarah di sebelah kiri bersuara.
Kawan-kawannya yang lain di kiri kanan hanya mendiamkan diri membiarkan Aleysa dan Maisarah untuk berbicara.
Aisyah menunduk. Dia tidak tahu apa yang patut dia katakan.
Derapan kaki seseorang membuatkan mereka semua tertoleh. Rupanya itu ialah Wana dan juga Yanie. Mereka baru saja tiba di situ.
Mereka berdua melangkah mendekati Aisyah.
"Hy Syah! Kau oke tak?" Ragu-ragu Wana untuk menyoalkan soalan itu. Dia bermain dengan hujung bajunya.
Aisyah tidak menjawab.
"Kau kenapa left group? Kau ada sakit hati kat salah sorang dari kita orang ke?" Yanie pula yang bertanya.
Masih tiada tanda-tanda jawapan daripada Aisyah. Dia kekal diam membisu.
"Aisyah. Kau ada masalah dengan dengan salah sorang kita orang ke?" Yanie sekali lagi memberanikan dirinya untuk menanya soalan itu.
Aisyah hanya memandang ke bawah. Dia langsung tidak melihat wajah kedua-dua orang kawannya yang sedang berdiri tegak di depan mata.
"Syah, aku tanya ni. Kau ada masalah ngan Wana ke?" Kata Yanie.
Dia meneka. Mana tahu dia terasa hati dengan Wana, sebab tulah dia tak nak angkat muka langsung.
"Ke kau ada masalah ngan aku ni?" Tangan Yanie sudah naik ke atas bahu Aisyah. Sedaya upaya dia mahu bercakap dengan Aisyah.
Aisyah menepis kasar tangan Yanie yang terletak di bahunya. Aleysa dan Maisarah yang berdiri di situ terkejut dengan perlakuan Aisyah yang tiba-tiba berubah agresif.
"Jangan sentuh aku!"
"Kalau iye pun marah, jangan la kasar sangat tepis tangan aku." Marah Yanie. Dia pula hilang sabar. Sudahlah gadis itu menepis tangannya terlalu kuat. Sampai tangannya terluka akibat kuku Aisyah.
Aisyah menjeling nya. Yanie sudah semakin panas disitu. Paling tidak suka dia pada jelingan itu.
Sudah la dia tiada mood hari ini. Dapat pula jelingan free, pergh!
"Kau pehal ha? Kau ada masalah ke ngan aku? Kalau ada masalah cakap laa." Kini Yanie memandang Aisyah dengan pandangan yang tajam. Peduli apa dia?
"Ye aku memang ada masalah dengan kau! Puas? Puas!" Suara Aisyah sudah ke langit. Berair matanya melihat Yanie.
*
*
*
*
*
For this 41 chapter I dah buat yg trbaik. Hope readers sukaa la ye??? Hahahahaha..Ok bab ni mesti korg da agak kan siapa perempuan yang buat Aisyah marah??
Hahahha.. ok la tu je 4 2 day.. hope you gais enjoy.. please wait fir the next chap
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...