39~Terserempak

270 25 0
                                    

"Weh, weh, weh! Ecahhh kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?" Syahirah tiba-tiba datang melulu kepadanya. Terus itu, digoncang-goncangnya bahu Aisyah dengan kuat.

Aisyah yang duduk kemas di kerusi itu sudah tidak menentu. Sakit bahunya digoncang-goncang seperti itu. Ikutkan hati nak je disekehnya kepala Syahirah itu, tapi tak pela..

Dia belum jahat tahap dewa tu lagi.

"Okey okey. Stop bole tak? Patah ah bahu aku kau buat macam tu." Ujar Aisyah. Dia membuat muka sedikit geram.

"Alah.. yela. Sorry. Tadi kat kedai Starbucks... aku terserempak.." ayat kawannya itu tergantung. Terhenti disitu saja.

Aisyah pula pelik. Dah la ayat tak habis.

Sebenarnya mereka sekarang ini berada di Jusco. Saja datang ke sini. Syahirah minta tolong Aisyah untuk temankan dia pergi kedai Popular beli buku. So, teman je la.

Aisyah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Apa benda kau ni Ira? Ha? Suka noh la berhenti-berhenti cakap. Straight to the point la nak cakap tu. Ni tak. Eh dah la, aku nak masuk kedai tu." Kata Aisyah.

Dia menyambung membelek-belek baju di kedai dimasukinya tadi. Ditinggalnya Syahirah keseorangan berdiri di luar.

Syahirah dengan langkah yang besar, terus mengejar Aisyah yang sudahpun selamat masuk ke kedai baju itu. Ditariknya lengan Aisyah itu perlahan.

Dia memandang mata redup Aisyah dengan senyuman kecil.

"Syah, dengar la dulu apa aku nak cakap ni." Syahirah seada-upaya membuat muka comel.

Redha saja muka Aisyah.
"Ha yela. Cakap la. Apa yang kau 'serempak' kan tadi?" Aisyah berhenti membelek-belek baju yang tersangkut di depannya. Dia berdiri menghadap Syahirah dengan tangan yang bersilang.

Dia menunggu kata-kata Syahirah dengan penuh sabar.

"Aku terserempak crush kau tadi.." wajah Syahirah menunduk ke bawah.

Crush? Crush aku? Dia ada kat sini jugak ke? Aisyah sudah menguntum senyuman lebar. Terasa berbunga-bunga saja hatinya.

Betullah kata orang kalau jodoh takkan ke mana.. cehhh! Acah ayat.

"Serious ah? Kau jumpa Amri kat mana tadi? Starbucks ae?" Mata Aisyah sudah meliar jauh mencari Amri di kawasan sekitar. Mana tahu dia da keluar dari Starbucks?

"Tapi dia datang dengan someone." Jelas Syahirah. Terasa tersekat saja suaranya untuk bersuara.

Dia menunduk memandang lantai.

"Someone? Oh dengan mama dia ke dia datang?" Aisyah meneka. Dia mengukir senyuman, teringatkan ibunya Amri. Sudah lama juga dia tidak berjumpa.

Syahirah menggeleng dengan muka straight nya.

Muncung Aisyah sedikit ke depan. Aik? Bukan mak Amri? Dahtu?

"Takkan la Amiera. Wei, jangan katakah dia yang datang dengan Amri. Biar betik wei!" Wajah Aisyah bertukar terkejut. Tiba-tiba saja wajah perempuan itu berlegar di fikirannya.

Kemungkinan juga itu Amiera.

"Tak.. bukan... kau gile ke dia datang dengan si Miera tu? Ishh.. tak logik." Syahirah mendecit.

"Dahtu? Kau ni. Cuba cakap tu straight forward je. Aku tak suka tau teka teka semua ni." Kata Aisyah. Sabar je la dengan minah sorang ni.

Dia buat perangai lagi.

"Hm.." teragak-agak untuk Syahirah mengatakan siapa yang bersama Amri ketika itu. Dia menggigit bibir bawahnya lembut.

Jarinya pula bermain-main dengan hujung benang baju.

Aisyah mulai pelik dengan sikap perempuan itu. Ada sajalah masalah dia ni.

"Oi mak cik! Siapa dengan dia?" Soal Aisyah. Suaranya sudah separuh menjerit. Matanya juga terbuka luas.

"Ok la ok la. Actually dia dengan ___(?)___." Syahirah menunduk. Dia takut.

Aisyah terkejut yang amat. Ternganga dia mendengarkan kata-kata Syahirah itu. Kenapa? Kenapa dia ada dengan Amri?

Jantungnya berombak laju. Ketika itu dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia berdiri kaku di situ.

"Kau nampak dia orang dua je ke?" Soal Aisyah lagi. Dia ingin tahu.

Lambat-lambat Syahirah mengangguk.

Kini Aisyah sudah memegang kepalanya yang terasa pening. Nak pengsan pun ada jugak ni. Tetiba saja tak sedap badan.

"Weh kau oke tak?" Syahirah mulai risau. Dia memegang lengan kawannya itu dengan kemas.

"Jom kita gi sana." Ajak Aisyah.

Syahirah pelik. Berkerut dahinya.

"Pegi mana?" Soalan dibalas soalan.

"Starbucks."

Selepas itu, Aisyah terus menarik tangan Syahirah untuk mengekorinya. Dengan langkah yang besar mereka berjalan.

Syahirah yang ditarik itu sudah merasa tidak selesa. Terlalu kuat Aisyah memegang tangannya.

Orang yang lalu lalang di kiri kanan mereka tidak diendahkan. Apa yang dia tahu, dia harus cepat tiba di depan kedai itu untuk melihat benar ataupun tidak yang dikatakan oleh Syahirah itu.

Tinggal lagi beberapa langkah untuk mereka berdua tiba di Starbucks. Aisyah semakin mempercepatkan jalannya.

...
...

...
...

Aisyah berhenti sedikit jauh daripada Starbucks, kerana dari kejauhan dia sudahpun dapat melihat Amri yang duduk berhadapan dengan seseorang itu.

Dia terkedu. Kata-kata Syahirah ternyata benar.

Dia mencelik-celikkan matanya beberapa kali. Dia harap apa yang dilihatnya itu salah. Bukan dia yang bersama Amri.

Tidak. Apa yang dilihatnya ketika itu sememangnya benar. Tangannya sudah mengepul penumbuk. Geramnya sudah ke tahap yang tinggi.

*
*
*
*
*

Ok my readers! There you are. Sory sbb buat you all tertunggu-tunggu. Sye skrg ni x de idea. Sory sesangat. Btw thun 2020 ni busy kit, maklum ah dah form 4.

Hahahah.. ok korg curious tak siapa yang dengan Amri tu? Mesti ah curious kan????

So jgn lupa utk tnggu next chapter! !! Hahhahahahaha.. muahh

Love You My CrushWhere stories live. Discover now