51~Kita bila lagi?

264 30 0
                                    

Setelah setengah jam menempuh perjalanan, akhirnya mereka sampai di kampung Aisyah. Suasana di sana sangat berlainan dengan suasana di bandar.

Di sana lebih nyaman dan tenang saja. Lainlah di bandar,  suasana yang penuh dengan kenderaan.

Yanie dan Maisarah keluar daripada perut kereta mengikut giliran. Wafiq dan Hazim yang berada di kerusi depan juga keluar daripada perut kereta.

"Assalamualaikum!" Hazim melaungkan salam dengan penuh sopan.

"Assalamualaikum!" Sekali lagi dia memberi salam

Masih tiada jawapan daripada penghuni di rumah itu. Senyap saja.

"Tak de orang ke wei?" Soal Hazim kepada Yanie. Dia menggaru- kepalanya.

"Adalaa. Aku dah kata kat Amri. Dia kata dia tak keluar mana-mana pun. Cubalah bagi salam lagi." Ujar Yanie.

Hazim sekadar mendengar kata.

"Assalamualaikum!" Kali ini suaranya lebih kuat.

"Waalaikumsalam!" Akhirnya ada juga orang yang menjawab salamnya.

Kelihatan Aisyah dan juga Amri keluar daripada rumah menuju ke arah mereka. Mereka berdua seperti orang yang baru berkahwin.

Keluar rumah sama-sama, pakai baju pun sama! Warna pink cair gitu. Jodoh?

Aisyah memandang tepat ke arah wajah Yanie yang berdiri di sebelah Maisarah. Yanie juga membalas pandangan Aisyah dengan senyuman di bibir.

"Kau ni Jim! Kuat benor suara kau. Macam apa dah. Bergegar tau rumah aku ni." Kata Amri. Dia memandang muka kawannya itu atas ke bawah.

"Eh jap jap. Sejak bila rumah nenek Aisyah ni jadi rumah kau ha?" Dahi Hazim berkerut. Ada benda yang dia terlepas ke? Macam ada something fishy jer?

"Tersalah." Amri menggaru pipinya perlahan.  Macam mana lah dia boleh tersasul macam tu sekali?

Hazim menggeleng-geleng.

"Hai Syah?" Yanie melambai ke arah Aisyah dengan perasaan yang masih lagi takut-takut.

Sempat lengan Maisarah di sebelah ditariknya. Maisarah hanya melayan saja apa yang dibuat oleh gadis itu.

"Hai." Aisyah menjawab dengan kekok.

"Hm, aku nak minta maaf. Aku da salah faham dengan kau. Aku tak dengar pun penjelasan kau. Sorry wei. Aku menyesal sebab da bergaduh dengan kau." Aisyah menunduk.

Rasa ingin menangis dia di situ. Teringatkan kejadian di mana dia memarahi Yanie membuatkan dia semakin rasa bersalah.

Tidak sanggup dia memandang wajah gadis di depan wajahnya itu. Dia malu. Sangat-sangat malu.

"Aku.. aku betul-betul nak minta maaf." Suara Aisyah sudah mengecil. Dapat didengari esakan tangisan kecil daripada gadis itu.

Yanie tanpa segan silu terus memeluk erat kawannya itu. Dia menepuk-nepuk lembut belakang badan gadis itu. Dia faham perasaan gadis itu.

Maisarah yang berada di situ sekadar senyum segaris. Dia sangat bersyukur kerana kawannya sudah tidak lagi bergaduh. Dia memeluk tubuh.

"Takpe Syah. Aku pun salah juga. Aku tak bagi tahu kau pun pasal ni." Kata Yanie. Dia memejamkan matanya lama.

"Sorry Yanie.. so.. sorry sangat-sangat." Tangisan Aisyah semakin menjadi-jadi.

Amri hanya menjadi pemerhati tetap mereka. Tersentuh dia dengan persahabatan gadis-gadis itu. Wajah Aisyah yang sedang menangis menghadapnya dilihat.

Love You My CrushWhere stories live. Discover now