17~Ajarkan boleh?

311 34 0
                                    

Pada hari itu, semua pelajar tingkatan 5 pulang lewat kerana ada kelas tambahan.

Pelajar kelas 5UM bertungkus-lumus menyiapkan segala kerja yang diberi. Lama-kelamaan pelajar kelas itu beransur pulang. Kini yang tinggal hanyalah Aisyah, Maisarah dan Aisyah Jo.

Mereka lambat menyiapkan kerja itu kerana mereka bertiga tadi masuk kelas lewat daripada pelajar yang lainnya.

Ada juga pelajar lelaki yang belum pulang. Lelaki itu ialah Amri, Haziq dan Wafiq.

Aisyah fokus menyiapkan kerjanya. Dia tidak lagi membuang masa dengan memerhatikan wajah Amri setiap hari. SPM  sudah makin hampir, jadi dia perlu lebih serius di dalam kelas.

Tidak boleh main-main lagi.

Aisyah Jo yang mengambil tempat duduk di depannya dipandang sekilas.

"Dah siap ke Syahjo?" Soal Aisyah. Mulutnya bercakap tetapi tangannya tidak henti menulis. Matanya juga masih tertumpu pada buku.

"Sikit lagi." Jawab Aisyah Jo.

"Kau, Mai?" Kini Maisarah yang duduk di sebelahnya ditanya.

"Sikit lagi." Jawapannya sama dengan Aisyah Jo.

Setelah itu suasana sepi kembali. Yang kedengaran hanyalah bunyi bilah kipas yang berpusing kuat.

Guru sains nya yang duduk di depan lagi sibuk bermain dengan telefon. Dari riak wajahnya, seperti hal serius.

Aisyah berdiri daripada tempat duduk. Akhirnya siap juga kerjanya. Buku dihantar ke meja depan. Selepas itu dia kembali ke tenpat duduk untuk mengemas segala peralatan alat tulisnya.

"Geng, pantas!" Kata Aisyah. Wajah kawannya itu dipandang satu persatu.

"Sabar." Ujar Maisarah.

Aisyah duduk bermain dengan jarinya. Dia tetap setia menunggu dua orang rakannya yang masih lagi belum menyiapkan kerja.

Sedang matanya meliar melihat sekeliling kelas, matanya mula tertumpu pada wajah Amri yang melambai-lambai memanggilnya.

Aisyah terkejut. Dia panggil aku ke?

Aisyah dengan wajah yang sedikit terkejut, mengorak langkah ke arah Amri.

"Apa dia?" Soal Aisyah. Matanya tepat melihat anak mata Amri.

"Ajarkan boleh?" Kata Amri. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu.
"Aku tak faham la." Katanya lagi. Aisyah dengan hati yang terbuka mengangguk dan terus mengajarnya.

Tekun sekali dia mengajar Amri. Tidak berkelip matanya.

"Syah, cuba kau duduk. Tak penat ke berdiri?" Tanya Amri. Dari tadi dia melihat Aisyah. Sanggup berdiri mengajarnya. Timbul pula rasa bersalah.

"Hm, penat jugak la." Kata Aisyah. Dia buat muka selamba.

"Duduk la." Ajak Amri.

Aisyah mula cair. Ya Allah! Caring nya dia niyyy!

Tanpa dia sedar dia telah pun menanya soalan yang bodoh.
"Nak duduk mana?" Tanyanya.

Dahinya ditepuk perlahan. Aduhai! Soalan. Dah terang-terang belakang aku ni ada kerusi. Aih! Sibuk lagi nak tanya.

"Sini la, duduk sebelah aku." Kata Amri. Meja di sebelahnya diketuk. Haziq terus menoleh.

Padahal ada Haziq di sebelahnya. Ini dia suruh Aisyah pula duduk di sebelahnya.

"Habis aku nak duduk mana?" Soal Haziq. Dia membuat muka. Pen masih lagi dipegang kemas pada tangan.

"Ala, meja sebelah kau kan kosong? Duduk ah sana. Sini Aisyah duduk. Aku nak dia ajar aku kejap." Ujar Amri.

Haziq menjelingnya. Apa punya kawan la.

Lambat-lambat Haziq menukar tempat duduk. Buku di atas mejanya juga ditolak ke meja sebelah. Aisyah sedaya upaya menyembunyikan senyumannya.

Relax la Syah! Jangan nak terharu sangat.

Aisyah dengan langkah yang malu-malu menuju ke tempat duduk kosong di sebelah Amri. Nafasnya ditarik dalam. Setelah itu, barulah dia mula mengejar Amri.

Langkah demi langkah diajarnya Amri itu. Amri sekadar mengangguk-angguk faham.

Bunyi kerusi yang ditolak, membuatkan mereka semua tertoleh mencari.
"Baiklah. Kamu semua boleh balik. Dah lewat sangat ni. Besok pastikan buku tu siap ada kat atas meja saya." Ujar guru sainsnya.

Maisarah dan Aisyah Jo menghela nafas lega. Pen di tangan terus dilepaskan. Aisyah Jo membuat sedikit regangan untuk mengendurkan segala urat-uratnya.

Terasa hilang sedikit rasa penatnya itu.

Mereka berdua dengan leganya terus mengemas segala barang yang ada di atas mejanya.

"Geng!" Suara seseorang daripada depan pintu kelasnya membuatkan mereka terkejut.

"Kau ni Wana! Kemain kuat lagi suara ae!" Tegur Aisyah Jo. Wajah Wana yang tidak bersalah itu dipandang.

Wana hanya tersengih memandangnya. Dia berjalan masuk ke dalam kelasnya Aisyah.

"Heheh. Pantas ah. Nak balik ni." Kata Wana. Abangnya yang masih lagi sibuk mengemas beg didekati.

Dari atas ke bawah abangnya dilihat.Macam budak-budak. Tali leher habis senget. Sempat di geleng-gelengnya.

"Wana, kau tak balik jalan kaki ke?" Soal Aisyah. Dia sudahpun kembali ke tempat duduk.

Begnya digalas kemas. Sempat matanya melihat Amri di belakang. Dia juga bersiap sedia untuk pulang.

"Oh, aku tak balik jalan kaki la hari ni. Balik ni aku nak keluar. So hari ni aku balik dengan si dia ni ha." Wana menundingkan jarinya kepada Wafiq yang berada di sebelahnya.

Dia masih lagi sibuk mengemas barang. Apa lagilah nak di kemasnya itu pun tidak tahu.

Aisyah sekadar mengangguk.

Wana berbual dengan Haziq buat seketika. Sudah lama mereka berdua tidak bertegur sejak berlainan kelas ini. Berbual dengan si Haziq ini, pasti ada saja benda yang membuatkannya ketawa.

"Wana, jom kita tunggu kat luar." Maisarah mengajak.

Dia sudahpun menunggu di luar bersama Aisyah Jo dan Aisyah.

Selepas menamatkan perbualan bersama Haziq, Wana terus menoleh melihat mereka di luar kelas. Wana yang baru sahaja membuka langkah terhenti apabila wajahnya hampir dilibas oleh beg seseorang.

Nasib baik kepalanya sempat ditunduk. Wajahnya diangkat bagi melihat si empunya beg.

"Eh, sorry sorry. Kena muka ke?" Soalnya.

Wana berdecit. Abangnha sendiri rupanya.

"Nak pakai beg memang nak kena gitu sekali ke?" Wana buat muka marah.

Mentang-mentang la dia bawak beg ringan pergi sekolah, boleh pula dia pakai beg kasar macam tu.

"Sorry . Orang tak perasan la tadi." Kata Wafiq.

Aih! Budak ni. Bukannya kena pun. Dah kecohhh. Jentik dahi tu baru tahu.

Wafiq dengan wajah selamba berjalan keluar daripada kelas. Dibiarkan adiknya itu sendirian di dalam kelas.

"Kurang asam."

Wana dengan lekasnya keluar daripada kelas. Wajah kawan-kawannya dilihat satu persatu.

"Jom ah!" Ajak Wana.

Aisyah mengangguk.

"Eh, Syah!" Amri memanggilnya.

Aisyah automatik menoleh memandangnya.

"Thank you sebab ajar aku!" Katanya.

Aisyah dengan senyuman manisnya mengangguk.

*
*
*
*
*

Siap ye gais! HuahUahah. Actually bab ni rasa mcm bored sikit en? Ke best? Klau best bgus ahh.

Vote utk citer ni tau??? Klau ade typo just abaikan ye?? Biasala. Mnusia buat salahh. Ahahah

Vote♥

Love You My CrushWhere stories live. Discover now