57~Ok done

289 27 0
                                    

Aisyah duduk diam dengan mata fokus ke hadapan. Keadaan begitu kekok di ketika itu kerana hanya mereka berdua saja di dalam kereta tersebut.

Melihatkan kereta yang dinaikinya masih tidak bergerak, membuatkannya terus menanya Amri.

"Kenapa tak gerak lagi ni?" Tanya Aisyah. Orang lain dah lama gerak auw, sekarang ni tinggal dorang dua je masih kat sini.

Amri tidak menjawab. Dia hanya membuang pandangan melihat wajah Aisyah dengan matanya yang kecil itu.

"Dah kenapa tengok orang macam tu sekali? Cepat laa jalan." Kata Aisyah. Dia mula tidak senang duduk apabila diperhati seperti itu. Cepat-cepat dia mengalihkan matanya melihat ke tempat lain.

"Kau ni kan." Amri tiba-tiba bersuara.

Laju Aisyah menoleh kembali ke arahnya.

"Apehal lak ngan aku?" Kata Aisyah. Habis dahinya berkerut-kerut. Dia membalas kembali pandangan Amri itu.

Sempat jam di tangan dikerling. Jam sudah mula berganjak ke pukul 1.30 petang. Ni kalau makin lambat gerak, makin lambat la dia balik. Mesti ayahnya itu akan bising.

"Am, pantas la." Kata Aisyah.

Amri sekadar menggeleng-geleng. Tiba-tiba Amri mendekatkan dirinya dengan Aisyah. Tidak semena-mena mata Aisyah terus terbuka luas. Terkejut dia dengan perlakuan Amri yang tiba-tiba saja ini.

Dia cuba menjauhkan dirinya daripada terlalu dekat dengan Amri.

"Kau dah kenapa dekat sangat ngan aku... ni?"Hujung jarinya menolak bahu Amri yang semakin mendekati. Tergagap-gagap suaranya berkata.

Amri langsung tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Aisyah. Dia kembali mendekatkan dirinya dengan Aisyah.

Aisyah menutup mata. Dia sudah dapat merasakan nafas Amri yang terlalu dekat dengannya. Ya allah!! Takutnyaa.

"Pehal tutup mata tu? Aku just nak tarik seat belt ni untuk kau la." Kata Amri. Terus terbuka mata Aisyah apabila itu yang dikatakan oleh Amri.

Dia melihat Amri sedang menarik perlahan tali seat belt yang berada di tepinya.

"Ok done." Amri tersenyum. Dia kembali ke posisi asalnya.

Aisyah masih lagi dengan raut wajah  terkejutnya di situ. Peluh yang berada di dahi sempat dilapnya menggunakan hujung baju. Sampai berpeluh kau!

"Sampai berpeluh kau Cah? Relax la. Aku tak buat apa-apa pun kat kau." Kata Amri.  Tergelak kecil Amri di siitu. Takut sangat perempuan ni.

"Kau ni... pon satu. Aku bukan budak kecik la nak minta kau tolong pasangkan. Ishh." Aisyah mendengus. Malu tau dia sekarang ni!

"Elok la tu aku tolong pasangkan."kata Amri. Alahai, pasangkan seat belt tu pun salah ke. Apa je yang betul?

"Cepat laa jalan." Aisyah mengarah.

Amri mengeluh kecil. Tak boleh nak relax perempuan ni.

Akhirnya kereta yang dinaiki oleh mereka berdua sudah berada di jalan raya. Amri begitu fokus dengan pemanduan nya. Aisyah yang berada di sebelah juga sibuk melayan perasaan.

Hanya lagu di corong radio saja yang dapat menemani Aisyah. Nak berbual dengan yang sedang memandu tu tapi tak ada benda nak dibualkan la pulak.

Dia mula bermain dengan jarinya sendiri. Tertunduk-tunduk saja kepalanya melihat jarinya sendiri. Amri yang sedang memandu itu, menoleh Aisyah sekilas.

"Tengok apa kat jari kau tu? Ha? Tertunduk-tunduk je kau." Kata Amri. Dia menggeleng. Main dengan jari pula si dia ni.

"Jari aku ni ha ada luka." Kata Aisyah selamba.

Sreet.....

Amri tiba-tiba menekan brek mengejut. Habis terkejut Aisyah di sebelahnya itu. Nasib baiklah kepalanya tidak terhantu di dashboard.

Kepalanya dipegang. Rasa peningnya mula datang.

"Amri, kau kenapa ni brek tiba-tiba? Bahaya tau tak? Nasib baik aku ni tak ada heart attack.  Kalau tak memang pengsan la aku kat sini." Kata Aisyah.

Dia menarik nafas dengan dalam. Huh! Nasib baik tak jadi apa-apa tadi. Dia ingatkan ada ada kucing lalu ke kat depan kereta tadi. Tapi sekali tengok tak ada apa-apa pula kat depan tu.

"Sorry.  Aku terkejut tadi." Amri meminta maaf.

"Terkejut pasal apa pula?" Tanya Aisyah.

"Pasal jari kau la. Betul-betul luka ke? Mana-mana? Bak sini aku tengok." Amri sudah risau. Tanpa berlapit, dia terus memegang tangan Aisyah.

Dibelek-beleknya kedua-kedua belah tangan Aisyah itu. Tetapi tiada satu pun jarinya yang terluka. Baginya semua nampak okey. Tak ada pun yang berdarah.

"Mana yang ada luka tu Cah? Tak ada pun." Kata Amri. Dia masih lagi mencari-cari.

Aisyah menarik tangannya daripada dipegang oleh Amri. Amri melihat saja wajah Aisyah yang masih terkejut itu.

Baru Amri tersedar akan sesuatu.

"Eh wei. Ya allah. Sorry sorry.  Aku... aku betul-betul tak sengaja. Serius. Aku tak perasan pon aku terpegang tangan kau. Aku just nak tahu je jari yang mana kau luka." Kata Amri. Dia menunduk. Rasa malu menyerbu dirinya.

Aisyah terdiam. Tenang saja dia melihat wajah lelaki itu. Dia tersenyum kecil.

"Aku gurau je la tadi. Tak sangka pula kau concerns pasal aku." Ujar Aisyah. Dia cuba menahan dirinya daripada terus tersenyum.

"Mestilah aku concerns pasal kau." Kata Amri.

"Kenapa nak kena concerns pasal aku?" Kata Aisyah lagi.

"Suka hati la." Amri tidak lagi berbalas kata dengan Aisyah. Kalau dibalasnya lagi mesti ada saja dijawab olehnya.

*
*
*
*
*

Ada mood pula nk buat.. so buat laaa.. hahahahhaa.. hope you gais suka la yer??????? Even rasa hambar... support je la ae??

Keep supporting me!♥

Love You My CrushWhere stories live. Discover now