Wana mencari-cari barang yang di mahunya di kedai 7 eleven itu. Pusing-pusing dia di dalam kedai untuk mencari apa yang di mahunya.
"Kau cari apa Wana?" Yanie yang berada di sebelah menanya. Penuh mee ramen di tangan perempuan itu. Ada bungkus bewarna merah,hitam dan pink.
Malam ni nak ramen challenge dengan genk-genk yang lain. So, ofcoss ah kene beli banyak mee. Tak sabar wei!!
"Aku cari chocolate Cadbury ni wei. Dari tadi aku dok pusing kedai mencari,tapi takde." Wana menggaru kepalanya yang terasa gatal.
Aisyah Jo datang menghampiri dengan kepala yang tergeleng-geleng. Matanya tepat ke arah Wana.
Di tangan gadis itu pula penuh dengan air minuman. Biasalah,kalau makan mee ramen mestilah ade air,kalau tak de memang kembang ah bibir tu menahan pedas.
"Apa kau geleng-geleng tengok muka aku?" Wana tidak puas hati. Apa salah gue?
Satu ketukan hinggap di kepalanya.
"Ha,amik kau! Kena sekali.Mata kau letak mana hah? Cadbury tu ade je kat depan sana. Cuba bukak mata tu besar-besar." Kata Aisyah Jo.Geram betul dia dengan budak namanya si Wana tu. Mata letak mana tah. Cadbury tu ada je kat depan tu. Aduhaii.
Wana memuncung. Dia mengusap-usap kepalanya. Tu pun nak ketuk ke? Hak alah.
"Ha,gi ah amik sana Wana. Kita orang nak bayar ni." Ujar Yanie. Bungkusan mee di tangannya dibawa bersama ke kaunter pembayaran.
Aisyah Jo yang di sebelahnya turut sama ikut ke kaunter pembayaran.
"Ok. Lepas bayar tunggu aku tau." Kata Wana. Dia terus berlari ke rak barangan makanan di depan. Barulah dia nampak memang ada chocolate Cadbury yang dia mahukan di situ.
Macam manalah dia boleh tak nampak chocolate ni tadi. Punyalah dia pusing-pusing tadi. Aih! Mata-mata.
Wana menepuk-nepuk biji matanya. Ketika dia membuka mata, dia ternampak satu susuk badan yang dikenalinya di luar kedai sedang oncall.
Itu ialah Haziq.
Wana berfikir sejenak. Aku ngan Haziq ni da gado 3 minggu auw. Takkan la aku nak sambung gado sampai 1 month,2 month kan??
Dengan lekas, Wana mengambil 2 chocolate bersamanya ke kaunter untuk membayar. Yanie dan Aisyah Jo baru saja selesai membayar barangan yang dibelinya.
"Wei gais, korang balik ah dulu. Tak yah tunggu aku.Aku ada hal japgi." Kata Wana. Dia senyum kecil. Chocolate Cadbury nya diletak di atas kaunter untuk dibayar.
"Pulak dah? Hal apa?" Yanie ingin tahu.
"Adalahh.. korang balik je dulu. Aku okey balik sorang diri." Ujar Wana.
"Ha,oke ah kalau gitu. Jom Yanie." Aisyah Jo mengajak. Mereka berdua pun mengambil langkah keluar daripada kedai.
Setelah selesai membayar, Wana terus berlari keluar daripada kedai. Sesudah di luar, Haziq menghilang. Laju betul lelaki tu hilang.
Mencari-cari Wana akan lelaki itu. Hari ni dia mesti reconcile dengan Haziq. Penat ah bila hubungan rengang ngan kawan ni.
Tak boleh nak borak sesama. Tak boleh nak gurau sesama. Tak boleh nak naik sama kereta. Sume la tak boleh.
Wana mengeluh. Memang terus hilang lelaki ni. Berlari ke apa?? Dia menunduk menekur jalan.
Bahunya tiba-tiba ditepuk oleh seseorang. Dengan malas, Wana pun menoleh.
"Cari aku ke?"
Suara tu. Aku kenal suara tu.
Dengan laju,Wana terus mengangkat wajahnya."Haziq." Nama lelaki didepannya disebut. Mendongak dia memandang wajah lelaki itu. Terkebil-kebil matanya.
"Kau cari aku en? Kau nak apa?" Soal Haziq. Dia berdiri dengan kedua-dua belah tangan di dalam kocek seluar. Tenang saja wajahnya melihat muka Wana.
Wana seakan tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Haziq. Dia mendiamkan diri.
"Kau dengar tak apa yang aku kata ni?" Melihatkan Wana yang tidak memberi respon Haziq terus menguatkan suaranya. Tak dengar ke minah ni.
"Ohh. Jap."
Wana laju mengeluarkan chocolate besar Cadbury daripada plastik begnya. Chocolate itu dihulurkan kepada Haziq. Dia tersenyum lebar.
Haziq memandang ke tempat lain. Dia membetulkan suaranya.
"Untuk aku ke? Apasal pula?" Kata Haziq. Dia masih dengan muka selambanya.
Wana diam. Matanya tajam menusuk ke dalam anak mata Haziq. Haziq merasa tidak selesa apabila dilihat sebegitu oleh Wana.
Lehernya diusap-usap.
"Apa kau pandang aku gitu sekali?"
"Sorry."
Perkataan itu yang keluar daripada mulut Wana.
"Ha?" Haziq tidak mengerti.
"I said sorry." Wana mengulangi kata-katanya tadi.
Ketika itu, pipi dan telinga Haziq terus memerah. Rasa macam tak percaya pula yang si budak pendek ni cakap sorry kat aku.
"Eh kau oke tak ni? Asal muka ngan pipi kau merah? Hah?" Wana risau. Dia menjengket melihat pipi Haziq. Betul-betul merah la.
"Aku oke ah. Panas. Panas sangat sekarang ni, tu ah muka aku merah." Haziq memberi alasan. Dia menolak perlahan Wana jauh daripadanya.
Tak tentu arah jantung aku sekarang ni wei!!
Wana mengangguk.
"Sorry tau. Sorry sebab selalu marah kau. And sorry sebab tak dengar cakap kau hari tu. Aku tahu aku degil. Aku minta maaf. Btw, thanks sebab selamatkan aku hari tu. Kalau tak sebab kau memang kena langgar la aku ngan kereta. Hm,sorry tau. Sorry sangat-sangat." Ikhlas gadis itu meminta maaf. Jarinya dimain-main."Bape banyak kali kau nak kata sorry ni?" Soal Haziq. Dia tersengih memandang Wana.
"Hm, oke. Actually aku da lama maafkan kau. So, don't worry la." Kali ini Haziq sudahpun menguntum senyuman.
"Betul ke?" Kata Wana. Dia inginkan kepastian.
"Betul. Ni untuk aku en? Thanks." Chocolate di tangan Wana diambilnya. Selepas itu dia terus beredar.
Wana masih lagi berdiri di situ. Haziq da maafkan aku? Secepat tu??
"Oi. Kau nak balik hotel en? Cepat la jalan. Aku pun nak balik hotel ni." Haziq yang sudah jauh itu bersuara. Dia menunggu Wana.
Wana tersenyum.
"Tunggu aku." Wana berlari mendapatkan Haziq. Semakin laju dia berlari mengejar,semakin laju itu jugalah lelaki itu berlari jauh daripadanya.
*
*
*
*
*
How gais? Satisfied? Untuk bab ni saya buat macam ni je la yer?? Btw,cite ni kan da nak abis kan? So,sye kena la buat hbungan si budak perempuan ni ngan lelaki ni berbaik.Hahahahha. Semoga anda sume masih terhibur oke? Keep hwaiting!!!✌🏻
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...