69~Tu bukan dia

281 28 2
                                    

Terkebil-kebil mata Aisyah melihat Wana yang masih tidak faham dengan kata-katanya.

Kepala Wana menyenget melihat wajah Aisyah. Da kenapa pula dia ni.

"Kau dah mandi ke wei?" Soal Wana. Sengaja dia bersandar di belakang badan abangnya.

Mata Aisyah membulat besar.
"Aku daa... aku da mandi." Aisyah mengangguk laju seperti burung belatuk. Matanya masih lagi fokus melihat kawannya.

"Patutlahh tudung kau tak betul. Senget tu ha.hahahah." Kata Wana dia bergelak ketawa. Bukan main suka dia ketawa sampai badan belakang abangnya itu pun dia sempat pukul.

Kedengaran suara abangnya yang mengaduh kesakitan.

"Ah."

Aisyah membetulkan tudungnya yang dikatakan oleh Wana senget itu tadi. Laa... patutlah minah tu ketawakan dia. Tudung yang dipakainya sekarang itu senget gila-gila.

Cepat-cepat ditariknya tudung itu supaya menjadi lebih kemas. Ni sebab si Wana la dia berlari laju macam usain bolt daripada atas nak turun ke bawah.

Kalau tidak, tak ada maknanya tudung aku ni tak betul.

"Wana tak yah sandar kat dia la. Sini. Cepat. Kau gi naik atas mandi, pakai baju elok sikit." Ujar Aisyah. Dia berdiri di belakang kerusi meja makan.

Bibirnya digigit-gigit.

"Ala.. biarla. Ni abang aku je pon. Lagipun, aku malas la nak mandi awal." Kata Wana. Dia memuncung. Dia semakin menyandarkan dirinya pada belakang badan abangnya.

"Ya allah diani. Abang sendiri pun tak kenal ke. Tu bukan dia la!"

"Wafiq ada kat atas. Kau ni gila la."Hamik kau. Terkeluar perkataan gila dari mulut aku ni.

"Apa kau ni."

Wana berkerut. Dia mula berdiri dengan tegaknya. Bukan abang aku. Apa maksud dia ni. Kalau bukan abang aku, dahtu yang siapa.

Wana menoleh mendepani badan lelaki yang membelakanginya. Dia sedikit mengundur. Perlahan badan lelaki itu dipusingkan supaya memandang wajahnya.

Alangkah terkejutnya dia melihat si gerangan di depan mata. Ternganga mulutnya ketika itu.

Lelaki di depannya itu juga terdiam. Terkebil-kebil dia melihat dirinya yang kaku disitu. Aisyah menutup mulutnya yang terbuka dengan tangan kanannya.

Serius, dia pun terkejut juga ni. Even dia pun da tahu.

Of course la dia tahu. Waktu dia nak keluar tandas lepas dah mandi, dia ternampak Wafiq lagi sibuk mendengar lagu di dalam bilik. Siap tersenyum-senyum  tengok phone.

Selepas itu, dia pun berjalan mendekati ke bilik Wafiq. Bahu lelaki itu ditepuk sekali

"Ha. Apedia? Dah siap mandi da?" Soal Wafiq.  Dia menanggalkan headphones di kepalanya. Dia memandang wajah Aisyah yang tersengih menutup kepalanya dengan tuala basah.

"Haah. Wei, Haziq da balik ae? Awal betul dia balik. Ada hal ke?" Kata Aisyah. Dia ingin tahu.

Wafiq menggaru-garu dahinya.

"Sejak bila si Haziq tu dah balik? Dia ada je la kat bawah tu. Tengah buat breakfast.  Rajin mamat tu harini." Wafiq tersenyum.

Aisyah hanya mengangguk faham. Dia cuba menghadam ayat lelaki itu. So, Haziq masih ada. Wana tadi pergi mana ae? Gi bawah en?

Wait! Haziq pula kat mana?

Dengan langkah yang besar dia terus memasuki bilik dan mencapai mana-mana tudung pun untuk dipakai. Tudung hitam diambil dan terus disauk(?)nya  tudung itu di kepalanya.Setelah itu dia terus turun ke bawah.

Haziq memandang tepat anak mata perempuan di hadapannya. Jantung sudah mengepam laju  sehingga membuatkannya sukar untuk bernafas.

Tercungap-cungap dia menarik nafas.

Dia memandang kepala gadis itu. Ya allah, dia tak pakai tudung. Dia bagaikan terpesona melihat rambut gadis itu yang terikat kemas. First time aku tengok.

"Wana!" Sergahan daripada abangnya mengejutkannya. Lekas-lekas dia menoleh ke arah suara itu.

Wafiq berdiri di anak tangga terakhir dengan pandangan terkejut.

Haziq juga terkejut dengan suara kawannya itu. Laju kepalanya menunduk ke lantai. Habislah aku kali ni. Gumam Haziq sendiri.

"Tudung kau mana?" Kuat suara abangnya ketika itu. Kira macam high pitch ah.

Aisyah sekadar mendiamkan diri. Marah betul bunyi abangnya itu. Ni mesti kes sebab tengok si adik dia tak bertudung depan lelaki.

Wana tersedar sesuatu. Kepalanya dipegang. Omeigod! Atas kepalanya kosong. Tiada tudung yang menutupi aurat rambutnya.

Dengan rasa malu, Wana terus membuka langkah berlari memasuki bilik di atas. Mata Wafiq hanya mengekori langkah adiknya yang menaiki tangga itu.

Setelah hilang kelibat adiknya di tangga dia terus melihat wajah Haziq yang sedang menunduk menekur lantai.

"Haziq!" Wafiq memanggil. Dia berjalan mendekati kawannya itu di ruangan dapur.

Haziq mengangkat wajahnya dan membalas pandangan dengan Wafiq. Bibirnya digigit tanda dia merasa gelisah ketika itu. Takut dia  pula dipersalahkan.

"Aku naik atas dulu auw. Hm, korang borak-borak dulu la ae?" Kata Aisyah. Dia memberi sengihannya kepada dua orang lelaki tersebut.

Wafiq memandangnya sekilas dan terus mengangguk.

Aisyah hanya diam dan terus bergerak  menuju ke atas bagi mendapatkan Wana. Dia pasti, mesti ketika itu kawannya merasa malu tahap maksimum.

So, dia mestilah kena ada untuk menemaninya.

Gila kau tak malu? Ingatkan peluk abang sendiri. Tapi rupanya kawan sendiri yang dipeluknya. Aih!

Wana yang duduk di birai katil dipandang. Tanpa bertanya, dia terus mendapatkan tempat kosong di sebelah Wana. Merah beb muka minah ni.

"Kau oke tak Wana? Merah gila pipi kau ni ha." Pipi gadis di sebelahnya itu dirasa. Uish, panas.

"Merah ke wei? Ishh. Malunya. Mesti muka aku merah cenggini en waktu berdepan ngan dia." Kata Wana.  Dia tidak dapat membayangkan bagaimana lah mukanya sebentar tadi. Mesti buruk.

Aisyah menahan gelaknya.
"Tu lah. Siapa suruh kau main peluk je si Haziq tu tadi. Ha?" Kata Aisyah.

"Aku ingatkan tu abang aku. So aku peluk la. Tak tahu la pula si dia tu tak balik lagi. Padahal aku dengar pagi tadi yang dia kata nak balik." Monyok terus muka Wana. Malu sangat ni wei!

Aisyah menggeleng.
"Dah dah. Kau gi mandi sekarang. Dah tu pakai baju elok sikit then pakai tudung. Go, go." Aisyah menolak kawannya menuju ke tandas. Sempat tuala yang tersidai di tepi pintu bilik diambil.

Wana hanya turuti saja kata-kata kawannya itu.

*
*
*
*
*
69! Yeah! Uish tak sangka saya da tulis smpai chap 69 kan! Pergh!

Hope sume readers still suka la bca cite sye ni ye?? Jangan penah rasa bosan oke?? Keep reading it and keep voting!!

Any criticism you can comment down. Saya akan paham

Tapi if you all suka, comment la juga kata suka. Hahahahhaha... bye!

Love You My CrushWhere stories live. Discover now